Showing posts with label beauty tips. Show all posts
Showing posts with label beauty tips. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

[ S.I.C ] tips segarkan kulit kepala

hello.....banyaknya nak dibebelkan, tapi masa tak ada. tak seperti selalu, asyik muka ni je update blog kan?

orait. hari ni aku nak share satu lagi tips yang aku sendiri dah tried n tested. berkesan jugak. kalau korang jenis yang cuci rambut tiap-tiap hari sebab kalau tak cuci sehari rasa berminyak je, tips ni memang sesuai. lagi2 yang macam aku ni, bukan je sekali sehari, tapi tiap kali mandi kalau tak cuci rambut rasa macam tak selesa je. tak segar. pulak tu, rambut jenis hutan hujan tropika, stok susah nak kering dengan cepat, sepenuhnya.

tapi yang tak best nya kalau kita kerap sangat cuci rambut dengan syampoo, conditioner, treatment etc3 tu...maknanya kita mendedahkan kulit kepala kita pada bahan kimia lah kan? hurm...dont like, dont like.

so kadang2 tu boleh la cuba alternatif yang lebih semula jadi. tadaaa~

pic googled



caranya:
cuba korang masa mandi tu ambik limau nipis 2-3 biji, belah dua. pastu pada rambut yang basah, korang perah limau tu. pastu gosok2 di seluruh kulit kepala dan korang akan rasa kesegaran yang serta merta! ok excited lebih..jangan lupa bilas bersih2 ye ;P

macam biasa, ini cara simple aku je, actually tips ni ex-jiran aku yang amalkan..ntah2 korang dah bertahun2 pun buat..tak kisah la kan..kalau nak explore lebih banyak pasal limau nipis dan khasiatnya, sila tanya pokcik gugel ye.

Friday, October 19, 2012

[S.I.C] awet muda dengan daun sirih

masa tengah menulis ni, aku masih dalam pantang sebenarnya. hari ni hari ke 36. baru hari ni nak share. maklumlah, ai is bz dengan muna ;P..masa baru-baru dalam pantang hari tu mak mertua ada pesan, pagi-pagi bangun tido ambik 3-4 helai daun sirih (suka hati la nak banyak mana), ramas-ramas dalam air dan air tu buat untuk cuci muka..haa, tak payah pakai cleanser mahal2..sesungguhnya air sirih yang semula jadi dan segar ni lebih berkhasiat..sebab tak ada bahan kimia kan. common sense.

macam ni lah rope daun sirih untuk kawan2 yang xtau..hehe. pic googled.


ada jugak orang rebus daun sirih untuk dapat airnya, ditumbuk dulu sebelum tambah air panas..macam-macamlah caranya. tapi tau-tau jelah aku ni tak berapa nak rajin..hehe. terpulanglah pada si pengamalnya..kalau nak tau banyak lagi info pasal sirih, sila gugel k, jangan malas ;) ok bertemu kita lagi dalam entri lain S.I.C..daaa


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...