Showing posts with label my baby. Show all posts
Showing posts with label my baby. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

1st Giveaway Ctmah Rahim

assalamualaikum...haiiiii 

pantang tengok ada giveaway, mesti aku nak join kan?huhu...GA kali ni dianjurkan oleh gojes mommy (yang nak dapat adik baby!) Ctmah Rahim.

senang je nak sertai GA ni kalau ada gambar aksi comel-mintak-cubit-kat-pipi macam ni:

agak2 korang apa yang adik alisha tengah buat ni eh?  haha...geramnya tengok muka dia (>.<)

kalau bertuah dapat la salah satu daripada hadiah kat bawah ni...semua ada kat ctmahcorner..macam comel je...macam nak jeee (memang nak ponn) ;P



GA ni bermula dari 23 Jan 2014 dan tamat pada 17 Feb 2014 (genap Alisha 1y 6m)


okeh! jom tengok muna, the curious one. 
masa ni 11 bulan, belum pandai jalan..

dalam perjalanan nak pergi beraya rumah kawan mama. alolo behave nya anak mak.
eh kejap. 


ini yang sebenarnya berlaku, habis kaki mama (skirt purple) pun kene pijak  :

tengok dari kiri ke kanan: tak.reti.duduk.diam

macam-macam ye aksi anak dalam kereta...
sebab ni aku prefer duduk kat belakang
kalau kat depan...semua benda dia nak capai
papa nak drive dia pon sibuk nak drive..haha.

good luck korangs~

Saturday, January 18, 2014

Erin (..life after "i do") First Giveaway

assalamualaikum :) 

masa untuk berGA lagi...hehehe...ni kali ketiga aku join..
just for fun...tapi mesti ar nak menang..hehe
this time aku nak join giveaway Erin a.k.a Mama Aish..
cakap banyak pun tak guna...sila terjah blog beliau sekarangg :)

*****copy paste starts here*****

Salam,

Are you ready?? Ok, get set go!!


TEMA GIVEAWAY




Daddy and Baby Cool

SYARAT PENYERTAAN

Mode garang is on! keskes


1) Follow blog ..life after "i do"

2) Buat satu entry dengan tajuk Erin (..life after "i do") First Giveaway

3) Copy seluruh entry aku ni termasuk gambar tema dan gambar hadiah dan paste ke dalam entry GA di blog korang (printscreen tak mau aaa) dan jangan lupa letak link blog ni dalam entry korang tu.

4) Dah paste entry aku kat entry GA korang, bawah sekali baru korang masukkan gambar suami dan anak korang yang korang rasa paling cool dan menarik (suami dan anak sendiri sahaja ye, suami or anak orang lain ku tak terima, mak-mak jangan masuk dalam gambar, aku nak tengok ayah-ayah mithali pulak, asyik muka korangggg je..hahahaha)

5) Bawah gambar tu buat entry ringkas pasal gambar suami dan anak korang tu, mungkin boleh bagitau kenapa gambar tu ko rasa cool dan menarik sangat dimata ko (itu contoh ye). Nak merepek pun boleh, tapi jangan la panjang sangat.

6) Jangan lupa paste link entry giveaway korang tu di ruang komen entry ini, kalau lupa tak dapek den nak nolong..gahaha

7) First Giveaway aku ni akan bermula pada 15 Januari 2014 sampai 15 Februari 2014.

8) Sila baca syarat penyertaan betul-betul, tak lengkap kalu, reject la jawabnya. Sebarang surat menyurat, whatsapp, sms, kolling-kolling tidak akan dilayan (paling muka ke tepi) kahkah..hoihhh garang sangat ni. Boleh je nak tanya apa-apa, komen je kat sini, nanti aku jawabkan, nak email pun boleh, nak whatsapp pun boleh, saya tak garang, baik je..huhu

9) 3 orang pemenang dengan gambar paling cool dan menarik sahaja akan dapat hadiah ini



Boleh gantung di playroom anak :)

Ok, tu je, join ramai-ramai ye, bye!


***** copy paste ends here*****

taknak muka mak yeh? alaaaaaaa.. takpelah..hehe
i present to you dear Erin,
papamuna & muna
"daddy & baby cool"





situasi masa kat klinik kesihatan untuk checkup 8 bulan
cukup mithali tak? hehee



takmo bebel panjang2..
easy peasy punya GA..korang tunggu apa lagi?
sekian, thanks for reading :)

Saturday, November 23, 2013

mommycha 1st giveaway

assalamualaikum.
nak jugakkk join GA mommycha
sebelum ni asyik terlepas je GA mommies yang lain..
bz kemain..haha..
cut the story short, jom click ramai2..ewah 


inilah penganjur GA ni. meet mommycha, ber 'sweet moment' dengan mikhail yang comey

 .: bismillahirrahmanirrahim :.

ramai dah join..gambar diorang menarik belaka lah..
still nak join? haha takper cuba nasib je
belek punya belek...aku pilih gambar ni


ini gambar candid masa majlis doa selamat muna
masa ni umur dia 5 bulan
aku pun tak perasan bila orang ambik gambar ni
aku duk sibuk bercakap dengan muna
macamlah muna paham kannn (^_^)
muna pun buat2 paham je laa..sian kat mama
tengok dahi anak beranak ni putih je lepas sesi tepung tawar
masa ni..macam tak sedar orang ramai di sekeliling
mama n muna dalam dunia sendiri
inilah mama & muna's moment yang sweet 

thanks 4 reading!
kbye ;)

Wednesday, October 9, 2013

muna n the high chair

muna...muna...aku perasan kan, anak aku ni memang tak boleh blah dengan high chair ni..kat mana2 pun kitorang pegi makan, stress aku tau..haha.


yang 3 gambar belah kiri tu hanya beberapa minit je...lepas tu berlakulah pergelutan seperti gambar 4. dia selalu berdiri dalam high chair. mama iz gerammmz

kenapa la eh? why why oh whyyy?

maybe kat rumah takde pun bendalah high chair ni...aku slalu bagi makan muna kat walker je...since walker dia ada meja.. aku tanya aku sendiri jawab. haha

gambar lama
so selalunya kitorang akan makan bergilir...kalau sorang tengah makan, sorang jaga muna...kalau tak camtu, boleh terbalik pinggan mangkuk atas meja..huhu tak sanggup aku.

ni pun sekejap je duduk camni sebelum semua barang tu dia campak pastu nak berdiri n panjat meja  
aku tengok budak lain elok je duk makan atas high chair ni...kot2 dalam gambar je kot macam muna ni gak kan? ni hari yang sama masa pegi taman buaya hari tu...nak gak selit gambar sendiri:

mama yang vain serius terasa cun pakai selendang gini..bahaha
nasib ko lah muna dapat mak yang very der vain pot. haha muna tengah tido pun dia nak selfie...ni la aktiviti aku sebagai co-driver..selain online kat phone...hehe ;P

Tuesday, October 8, 2013

Deja Vu di Taman Buaya

deja vu...di taman buaya
sebenarnya kan....aku dah seminggu lebih cuti..macam eh, cepatnya masa berlalu..aku berharap je banyak kerja yang selesai..tapi masih bertimbun banyak tuuu jugak. hihi. dalam cuti2 tu, hampir setiap hari keluar, aku ni mana suka lekat kat umah. haha, biarpun nak pegi warung je makan roti canai. asalkan ada hirup udara segar, hati aku senang...sempat bawak muna pergi tengok buaya. 

ada gak mixed feelings, macam eh tak bahaya ke, kang tak tido malam pulak anak aku tengok buaya ganas sangat...(fikir aku, takpe la, muna dah besar..dah nak masuk setahun sebulan..besar ke pun? hehe) 

eh tak. sebelum tu aku dah berubah fikiran, dah pegi pun semenggoh nak tengok orang utan, tapi sampai2 pukul 4 pm..dah tutup. tu la sibuk round2 cari barang...santai2 tak sedar dah lewat..taknak lah balik kosong macam tu je kan..so taman buaya it is. jong's crocodile farm & zoo nama tempat ni, tutup pukul 5 masih ada masa~

masa mula2 masuk akan nampak gambar ni...

sarawak ni banyak buaya, so kira ok lah kitorang perkenalkan kat muna haiwan ini...selain dari haiwan2 yang biasa muna tengok seperti kucing, ayam, burung, cicak, semut,ulat gonggok, lipan (err ni tak sempat tengok dah lari duluuu) dan anjing.

waktu ni sejuk tau, sebab dah petang dan baru lepas hujan

muna memang suka tengok haiwan...semua toddler pun curious kot kan..

haiwan ni comel gile...lupa la nama dia


tengok muka nerves muna tu, haha...kat atas tu burung merak...dekat sangat jarak, mana tak nerves ;p

aah...lega burung merak da turun

berjanggut la nak tunggu dia melebarkan sayap kat belakang tu...huhu

banyaknya!

gemuk hokey.

hi encik buaya..encik ni 'buaya' ke?

itik kan ni? hehe

mini waterfall

yang ni aku slalu tengok kat sekolah aku dulu..dia suka curi bekal orang tau..huh

tak puaslah tengok kau, buaya.

dunno what's on muna's mind...yang pasti, banyak yang dia dah tengok...hehe

oleh sebab kitorang pegi lewat, takde show buaya makan daging bergantung tu, banyak jugak yang kitorang tak sempat tengok. sebahagian gambar ni pun dari anak buah yang pegi lawatan siang tadi..huhu, memang tak plan betul2 pun. rasa nak pegi lagi..

tapi ada sesuatu sangat dengan taman buaya ni tau. aku tak pernah pegi sini, seingat aku la. tapi kenapa macam familiar je semua, macam pernah tengok, macam pernah pegi..ish memang deja vu..



video buaya di beri makan...agak bising sikit so boleh mute la korang

k bye!

Wednesday, October 2, 2013

muna dan swimming pool

citer ni dah lama gila. baru nak story..hehe..banyak benda lain nak citer tapi ntah lah. nak ambik mood dulu kot...huhu...citer pasal muna punya first time mandi kolam....hari tu dah mandi air terjun ....tukar angin pulak...kalau nak pegi mandi kat pantai belum lagi kot...at least tunggu muna pandai jalan..dapat main2 dengan pasir..

dah lama upload kat fb baru nak story kat blog..hehe

lepas raya haritu, aku bawak muna pegi mandi kolam. aku suka kot swimming. tapi bukan swimming betul2 la..tak reti! hehe..swimming ni la exercise bakar lemak yang paling aku suka. sebab tak rasa macam exercise tapi banyak kot kalori dibakar disebabkan pergerakan kita dalam air...cewahh dah kurus ke?

sebenarnya sebelum tu nak pegi kat tempat mandi yang lagi satu...kat tepi giant mall..pastu tengok air macam dalam je..tak jadi pulak nak mandi situ..o..tedah.

on the way...suka gambar ni walaupun shakey ;)

dalam air ni tau

kalau ikut aku, nak je aku masuk mulut monster tu. best kot.

bila frust tak dapat mandi kat situ, esoknya anak2 buah papamuna suggest pegi mandi dekat2 je. kitorang pegi sini: 

alamak tempat dating lama la...haha

pelampung ni sempat singgah beli rm 8.50 je!

tak banyak gambar sebab kitorang anak beranak mandi sama...hehe. ada satu kejadian yang tak diingini lepas pegi mandi kat swimming pool ni..huhu..but don't worry, tak serius aku rasa.. nak tau? stay tuned ;) 

Thursday, September 26, 2013

muna n the scooter

hi korangs..best kot blogwalking...meriah la sikit aku punya dunia maya ni..baru terkial2 nak follow geng gojes..terasa kerdil diri ini tatkala melihat blog2 supermom yang memang gojes2 belaka..hihi

tengok2 folder gambar sendiri, aku pun dah pening2 lalat dah ni...beribu2 lemon gambar dalam laptop ni, am not kidding k...dah try nak upload kat google drive, depa pun takmau...terlebih had sudah..nak beli external drive macam sayang duit pulak..tapi risau aku kalau2 gambar2 ni semua hilang...oh tidakk....

alaa..bukan gambar apepun, aku memang suka snap2 gambar, mostly pakai tepon je pun since kamera aku dah rosak. huhu..

anyways..aku nak share aktiviti kitorang kalau weekends, kalau tak melencong kemana2...kitorang akan gather2 (family mertua) sebab semua rumah dekat2..kira merapatkan silaturrahim...4 buah rumah berderet, first rumah PIL, pastu ketiga-tiga tu umah kakak2 papamuna..bilalah agaknya turn kitorang pulak ada rumah sendiri? hmm..

kalau anak2 buah dah berkumpul..boleh migrain ko tau. hahaha...gile lah penangan budak2 ni...tapi kadang2 best gak diorang ni, boleh diharap. aku slalu je suruh diorang macam2..tapi kena bagi upah la...kalau tak, lambat cerita..all in all, it's a win-win situation..huhu

taraaa~ scooter yang dah menunggu kehadiran muna


alamak kaki tak sampai nak tekan minyak

lalala...nasib baik ada orang tukang bawak scooter...meet kakak pika, adik bongsu abang kamal

ok, muna nak pegi mana lagi?

part yang paling best ialah, muna ni cucu yang paling kecik. kira the latest one..kalau tunggu adik papamuna kawin, maybe lambat lagi...kalau kakak2 muna pun macam lambat lagi jerr...menurut firasat aku la...hihi..tapi kalau nak ada cicit maybe tak lama lagi. tunggu kamal dan wife dia ada anak. omg..kalau kamal sepatutnya panggil aku 'cik is' then anak dia panggil aku apa ek??? hahaa...


sebagai cucu paling kecik dan tomei, barang2 kazen2 dia banyak yang dapat kat dia..contohnya, scooter ni...biras aku cakap 'is. kalau muna nak main scooter ni, ambik la bawak balik rumah, abang atiq dah taknak main sangat benda ni'...

muna jom. hehe

Tuesday, September 24, 2013

muna is one! happy birthday sayang ;)

assalamualaikum...sedar tak sedar muna mama ni dah setahun~ 

ponnnn ponnn!!!perhatian semua, iolss dah setahun okeyh
seronok sangat ada anak kan. hidup memang banyak berubah. kadang2 aku mengeluh jugak sebab sejak muna mengambil tempat dalam hidup aku dan papamuna, susah aku nak cari masa untuk diri sendiri. even untuk buat entry, amatlah payah. sebab bila aku betul2 ada masa, it's either aku akan ngantuk atau memang takde mood untuk menulis. sememangnya, aku kaki tido..haha

tapi...tapi bila tengok muka muna...mata si cantik yang merenung tepat ke dalam anak mata aku, aku tau dah yang aku sekarang bukan kena jaga diri sendiri je..wake up is, wake up. 

sebelum birthday, aku memang tak plan apa2 untuk muna. despite angan2 aku yang macam2 tu..."nanti kalau muna setahun aku nak buat macam ni...buat macam tu.." siap ada entry "blow the candles and make a wish" lagi tu...ye aku memang kuat berangan...

sampailah ke hari ulang tahun kelahiran muna, 14 september yang lepas, aku still blur. "eh takkan laaa tak celebrate hari jadi anak...at least ada la gambar untuk kenang-kenangan"...aku pun cakap kat papamuna, "bang, jom kita beli kek muna, pastu kita bawak la dia round2 kejap, hari ni kan hari dia" as usual, papamuna tak banyak membantah. 

birthday girl pakai gaun yang mama buat ;)

so simple tapi aku puas hati..hehe
nama pun birthday girl kan, tak sah la kalau tak potong kek...hihi...tapi kan ada satu benda aku terkilan...hukhuk...orang lain sambut birthday anak, ada jugak yang jemput my FIL untuk baca doa...tapiiii untuk cucu kesayangan ni, kitorang boleh LUPA baca doa..huhu...dah nyanyi lagu happy birthday, terus tiup lilin dan potong kek..very the western style...mentang2 menu pun western...xsuka2!

hi cik adik...belum lagi laa
eh nape ada orang nyanyi2 kat sana tu??
oo..diorang nyanyi untuk muna rupanya...hurm..okey, sekarang boleh potong
ok ker kek ni, jom muna test dulu...erm...not bad lahh
oopsiee...sedap la mama..jangan letak gambar ni kat blog tau...huhuh

last minute punya plan, so result nya pun kategori last minute jugak la ye...tapi aku tak kesah...sebab aku tak suka nak pening2 kepala memikirkan yang tak ada...lebih baik aku fokus dengan apa yang ada...hehe..

birthday girl, jauh menung nampak? huhu
ala sayang mama ni, senyum la sikit....
aaa...ok lah tu...senyum kena paksa ke ni? hehehe
muna bukan ape mama, muna tek berani la tengok bola2 ni...besar sangat..takut tenggelam...huhuh
haa yang ni muna suka...
eh, mana hon dia mama?
back to this car...yang ni best ma, ada hon hon...hehe
mama...mama.....where are youuu
lalala~mama jangan pegi jauh2 tau..kita main bola baling nak?
wow...best lah motor ni mama, nak satu? amboii

*****************

nak dijadikan cerita, masa keluar bawak muna jalan2 tu, sempat aku selesaikan semua yang berikut.. ecewah:


  • order cake american chocolate (aku tak feveret kek lain), 
  • beli wrapping paper polka dot 
  • belon warna warni 
  • tali putih tu 
  • print alphabets 'happy 1st birthday muna' (semua untuk aku buat backdrop tak semenggah yang kakak ipar aku gelar 'pelamin' muna...hahaha..ribbon tu lebih ribbon masa kamal nikah haritu..pastu aku duk gulung2 ribbon tu guna skill yang aku blaja masa sekolah rendah dulu. pehh..)
  • sempat gak aku beli yang headband bintang2 tu tak sampai rm2 aku beli..seringgit berapa ntah, suka sangat tengok muna pakai sebab matching dengan baju..
  • beli barang2 makanan..

tapi satu benda lagi yang aku agak terkilan. pengajaran untuk lain kali, jangan sesekali beli belon sepeket aje...beli la 10 paket ke...sebab dalam satu paket tu 3 ketui je yang dapat diselamatkan..yang lain bocor...hampeh tul...huagrrh..

pelamin tak semenggah  :P
feel tuu makan..feveret everr katanyaa
dari segi makanan pulak, aku tau dah, memang takde masa nak prepare makanan sangat, ingatkan nak buat mee..tapi sape nak masak? aku bz kot buat pelamin muna...kehkeh...papamuna pulak bz setup 'warung' dia untuk orang lepak2 tengok bola. so aku pun suggest beli makanan frozen je. antara menu yang ada ialah popcorn chicken, french fries, coleslaw, nuggets, keropok cheese, air milo ais dan kek.. nasiblah...aku tak jemput ramai pun...huhu

jemput makan ye apa yang ada...haha
***btw, birthday muna tahun ni best, sebab jatuh pada hari sabtu...hari isnin cuti umum bersempena hari malaysia...masa malam birthday tu, orang lain bz tengok bola, pastu jiran depan rumah buat concert sebab esoknya tu majlis perkahwinan anak diorang...so, memang meriah. tapi aku pening2 jugak sebab kerja menjahit menimbun...

Apapun, Alhamdulillah aku sangat happy sebab muna enjoy birthday nye..(i hope so)..dan aku pun enjoy walaupun disambut dalam keadaan yang last minute dan banyak sangat kekurangan...

masuk je pukul 12:00 aku up status ni kat FB:

"Happy Birthday to the One & Only Muna Dalili. from Mama Is & Papa Alok"

sayanggg muna anak mama.
::hugs & kisses::

(っ◕‿◕)っ      (◕‿◕✿)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...