Thursday, August 27, 2015

checkup adam sebulan

assalamualaikum...

hari selasa yang lepas kitorang bawak Adam untuk checkup sebulan..tapi masa tu Adam dah 35 hari umur dia. macam biasa semua. berat Adam dah 4.95kg. hampir 5 kg! boleh tahan ye anak mak ni :)



asal ambik gambar dia, mesti tengah tido. hehe. nanti la tunggu dia besar sikit sure banyak gambar..macam kakaknya..




tengok..sporting pulak kak muna kali ni. manis sangat senyuman tu. aku pulak masih berpantang hari ke 35. macam masa berpantang dengan muna dulu..aku ambik 39 hari je.. atas nasihat mil aku. sebab anak dh 4 katanya. aku memang suka la kan..tak payah pantang lama2. ni pun aku dah ngelat2 dah.



ni namanya air masak/ periuk. sebelum direbus..



lepas dah rebus..jadi coklat kehitaman. ya...silakan minum. haha..

menaip dengan mata memgantuk, sekian

ZZzzzzzZ

Wednesday, August 12, 2015

Byilyamel

Assalamualaikum...

Dan bermulalah langkah aku ke dalam dunia perniagaan. Cop! Sambungan entry saat Adam melihat dunia tu kemudian ye. Bukan senang nak taip panjang2 dengan hanya menggunakan smartphone.

Aku dah lama jugak simpan angan2 nak berniaga. Sebelum ni aku menjahit je. Tapi kira berniaga jugak kan. Tapi bidang lain. Menawarkan perkhidmatan. Kali ni aku cuba retail pulak lah.

Aku still minat nak menjahit. Tapi memandangkan Ada baby baru..dan aku pun tinggal nun jauh kat lubok antu..so terpaksaaa tangguhkan dulu.

Dan orang kata kalau kita nak buat sesuatu tu, buatlah apa yang kita minat. Aku n papamuna dah sepakat nak jual tshirt..tshirt rockband dan lain2. dia handle bahagian dewasa..aku kanak2.










Aku tengah dalam proses nak ambik gambar dan upload satu persatu kat dalam ig @byilyamel. Pergilah usha ye. Lagi bagus folo terus..jangan malu2..

Sunday, August 9, 2015

Saat Adam Melihat Dunia..part 1

Assalamualaikum..

Hari ni adam berusia 19 hari. Syukur Alhamdulillah..sekarang aku dapat dakap Adam Mirza, anak yang aku kandung selama 40 minggu. Adam anak keempat aku. Dia ada 3 orang kakak, Ninah, Tsara dan Muna. Tapi Ninah &Tsara tunggu kami di syurga.

Ditakdirkan pada pagi hari selasa, 21 july 2015, syawal kelima..pada usia kandungan 40 minggu 1 hari, Adam selamat dilahirkan secara cesarean.

Apa, cesaerean?

Yep, czer kali kedua. Kali pertama dulu ialah masa melahirkan kembar tak cukup bulan Ninah & Tsara..lama dah, tahun 2009. Pastu 2012, Muna lahir secara normal (vbac).

Czer dulu emergency. Kali ni semi emergency. Aku memang tak jangka dan taknak pun kene operate. Tapi Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk aku. Ok marilah aku cerita detik kelahiran Adam ke dunia...




Belanja gamba Adam satu. Hihi

19 july, Syawal ketiga, Ahad.

Aku masih macam biasa..(maksudnya macam kebiasaan sepanjang pregnancy..boleh dikatakan satu perjalanan yang mudah. Alahan tu biasa je mual2 n tanda2 hamil biasa pada trimester pertama..tak sampai muntah2. selain tu, kali ni badan aku gemuk sikit dari biasa..sejak awal tau, bukan kenaikan mendadak..memang rasa lah berat sangat badan. Tak sempat nak kuruskan badan dulu sebab aku nak baby tahun 2015. Hehe.)

Sepanjang pregnancy kali ni aku aktif. Malam raya ketiga ni sempat aku pergi beraya ke rumah jiran sebelah..jiran aku ni masak mee jawa..dia ajak aku makan tapi malu la..hihi..aku minum air gas..tak tahan laa nak tengok je sebab air tu sgt sejuk n sedap. Lepastu sambung jalan umah kakak ipar..makan kek lapis india puas2..aku suka kek ni sebab ade cadbury..balik umah pulak sambung makan nasi dengan ayam masak merah..pastu terkejut aku tgk ada mee jawa jiran sebelah tu hantar...macam tau2 je isi hati aku..rezeki..alhamdulillah..bila pregnant, cakap je nak makan apa..ramai orang nak sedekah. Seronok!

20 july, Syawal keempat, Isnin

6:00 a.m

Aku bangun pagi, pegi toilet, ada turun tanda. Lendir bercampur darah. Sebenarnya malam masa tengah tido aku ada terbangun2..ada jugak rasa macam contraction yang sangat mild..Braxton hicks kot..aku memang tunggu saat ni. Lagipun aku dah cukup 40w. Tak sabar nak beranak. Excited aku bagitau papamuna, jommm pegi hospital~

8:30 a.m

Sampai ke hospital. Bapak mertua ikut sekali hantar. Sempat singgah mekdi, alas perut..hehe. sampai hospital..mula2 pegi register. Tak tau pulak ambik masa yang sangatt lama. Sian pulak bapak mertua aku, lama sangat tunggu. Huhu. Aku pun belum rasa sakit..sebab tu lama kot. Nak kata ramai tak jugak. Mungkin doktor tak ramai. Yelah kan masih mood raya. Masa ni lepas buat ctg, cek jalan dah 3cm. Mula2 doc muda perempuan cek. Lega lah aku. Tapi dia tak jumpa jalan lah pulak! So dia panggil doktor lelaki india ni..hurmm nasib tak sakit. Masa ni la diorg tanya history..pastu mulalah cerita yang tak berapa best..kemungkinan aku tak boleh beranak normal. Huh!

11:00 a.m

Tunggu turn untuk discan..doktor suspek baby besar..macrosomic kalau tak silap aku dengar. 3 kali aku discan. 2 orang doktor pakar n doktor lelaki tadi scan sebab diorang nak pastikan anggaran berat baby. Semua dapat lebih kurang 3.88kg. Kalau diorang tekan2 perut, maybe tak kurang 3.6kg gitu. Tapi still, semua tu anggaran. Dia plus minus 500g. Maybe 3.2-3.3kg je, mungkin jugak boleh sampai 4.3kg!

Kat sinilah masalahnya. Doc pakar dah pujuk aku untuk czer. Tapi aku berkeras nak normal je sebab aku agak konfiden dapat beranak normal sebab ada pengalaman vbac masa muna dulu..maaih aku ingat..mula2 doc tak galakkan sebab ada previous scar..tp berjaya jugak. Dgn izin Allah swt. Sejujurnya aku dah agak down masa ni sebab dengar macam2 risiko doc sebut. Sebab kali ni lain. Lebih berisiko sebab baby besar. Muna dulu 2.8kg je. Kalau korang folo cite beranakkan muna dulu, aku memang pangkah la czer ni. Siap ada entri 'not another csect please'..

Tapi doc2 duk brainwash aku. Eh macam2 je. Kepala baby tersangkut lah, baby lemas lah, bahu patah lah, oksigen tak sampai ke otak n baby mungkin ada masalah otak sebab oksigen tak sampai lah..isk..bukan aku menidakkan semua tu..memang boleh berlaku. Aku dalam dilema dah tapi seboleh2nya aku nafikan. Aku rasa aku mampu sebab aku ada tulang pinggul yang besar. Doc pakar pun dah pastikan..kepala baby memang agak besar tapi dapat lalu..haha mcm lawak pulak ayat aku. Masalahnya bahu baby mungkin boleh sangkut..banyak kemungkinan. Tapi aku tetap nak beranak normal. aku agak konfiden. Doc cakap risiko untuk scar lama tu koyak masih sama. Alaa masa muna dulu pun korang cakap camtu. Bisik hati kecik aku.

Basically aku yakin aku dapat melahirkan secara normal sebab muna berjaya dilahirkan normal tanpa komplikasi.

3:00pm

Akhirnya...settle rundingan dan aku dapat katil kat ward. Tak sabarr nak beranak! Lega rasa dapat duduk relax..baring2. Btw aku bersalin kat hospital kerajaan..so aku suruh papamuna n bapak mertua aku balik dulu..aku dah biasa sorang2..nanti masa melawat papamuna datang lah melawat.

5:30 pm

Sebelah katil aku, tak sempat tanya nama, dia bersalin kali ketiga..first dia normal, 2nd czer n sekarang dia nak cuba vbac. Dia dah ada contraction, tapi sama je jalan baru 3 cm. Makin lama makin sakit. Aku pulak risau tengok. Borak2..kitorg masing2 suruh laki beli kfc. Dia beli dulu, aku risau gak takut lapar so aku pun pesan papamuna beli gak. Takdelah dia kekok makan sorang2..

10:00pm

Dah ctg yang keberapa aku tak pasti. Tapi aku tetap belum ada contraction..macam masa muna dulu, sama gak..subuh esoknya tu baru ada sakit yang kuat. Tapi setiap pregnancy tak sama kan.

Kakak katil sebelah ni (dia tua dr aku) asyik mengerang kesakitan je. Sian pun ade. Huhu. Nurse tanya dia ada ambik selusuh ke. Dia kata ada. Nurse marah n cakap tak bagus, sebab selusuh buat dia sakit kuat padahal jalan belum bukak banyak. Nurse cakap kalau nak ambik selusuh boleh tapi timing kena betul. bukaan dah 6cm bagus ambik..cepat n lancar je baby keluar nanti. Kalau ambik awal sangat nanti jalan belum bukak tapi contraction kuat. So diri sendiri yabg sakit. Wallahu'alam. Aku nervous nak rasa contraction sebab aku dulu pun ambik air selusuh yang bidan buat awal2. Sakitnya memang...tak terkata lah.

6:00 a.m

Aku tak dapat lelap mata sangat..lagipun ada ctg setiap 4 jam..kakak sebelah aku dah 6cm jalannya..dia disorong ke labour room..seksa gak aku tengok. Aku yang seksa. Dia aku tak tau..mesti la seksa lagi kan..sedikit sebanyak ini semua buat jiwa ku kacau..aku ada cuba berzikir..layan henfon..tengok video n gambar muna..makin lah aku bercelaru..macam2 perasaan ada. Ditambah pulak dengan rindu yang menebal kat muna..salahkan hormon. Hehe.

Eh nanti sambung lagi la. Dah berjela dah ni.



Kalau orang tengok Adam mesti tanya apa kat sebelah mata kanan dia tu..tanda lahir la..mesti diorang kate apa yang ko kempunan tak dapat makan..huhu..semua benda aku dah makan. Taktau pulak kalau ade benda yang aku teringin tapi tak kesampaian.. apapun, aku terima 'keunikan' Adam tu seadanya..pada aku dia dah cukup sempurna..

*masa (jam) dalam entri ni aku agak2 je. Hampir tepat. Dan mungkin ada benda aku tak ingat nak cerita*

Till part 2.

Saturday, August 8, 2015

Raya 2015

Assalamualaikum..

Kesinambungan entri lepas..antara raya ngan baby, yang mana datang dulu? Sebab aku due raya ketiga..so sangat ternanti2 saat nak melahirkan tu...rasa macam terlalu lama...

Alhamdulillah, aku sempat beraya..sempat makan sedap2. Hehe. Baby lahir ke dunia pada raya kelima. Tapi ni entry raya so nak cerita pasal raya je la.. orang lain dah lama update cerita raya..aku ni dah hujung2 syawal baru nak update. Hihi.

Bukan nak cerita banyak.. just nak share gambar.. tapi semua gambar dari ig je. Bezanya aku letak watermark. Ntah tetiba gatal nak letak watermark.









Raya pertama kitorang pakai baju kaler turquoise.. tak minat sangat kaler ni tapi tahun ni decide nak cuba.







Malam raya tu sambung lagi jalan..sebab rumah blackout. Memang tiap tahun akan blackout..boring betul..jalan dekat2 je sebab dah malam..takut budak kecik tu nak cranky sebab mengantuk.

Esoknya tu, dah takde baju raya sepasang..sebab baju papamuna ngan baju muna lom siap. Kaler maroon..so pakai ape yang ada je..





Biasa2 je cerita raya. Huhu..raya ke 4, isnin tu..dah turun tanda lendir campur darah..awal pagi...tapi tak rasa sakit lagi..terus pergi hospital.

Ada masa nanti aku tulis pasal cerita pengalaman bersalin pulak eh..okbai!
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...