Tuesday, December 31, 2013

Taking things for granted



Salam...terharu baca blog miss felixia.yeap yang aku dapat link dia dari beautiful.nara. Tanpa sedar, mengalir air mata aku..huhu airmata seposen la katakan.

Sebelum ni aku pernah ceritakan kat seorang kawan baik aku ni (dalam fb chat)..yang aku sekarang dah jadi terbiasa bertudung. Sebelum ni aku 'free hair' je. Kalau pakai tudung pun on off. Tapi semakin lama aku jadi tak selesa kalau tak pakai tudung..lagi2 dengan status isteri kepada seseorang, aku jadi tak suka kalau ada lelaki pandang2 atau tengok aku tanpa tudung kepala.

Tapi of course berhijab is more than that. Covering up, untuk melindungi diri sendiri, Lillahi Taala. Yang penting niat tu. dan mestilah kena dengan cara yang betul kan.

Aku ambik sikit ayat dari blog dia "...and I looked at myself, and I feel liberated...I feel so happy and protected...I feel safe... ...and it almost made me cry when I looked into the mirror with that very blue little hijab. I feel special, and deserving. And then during Hari Raya this year, I was modeling for a Muslimah boutique fashion show...and I was so happy to be able to cover up myself and put on the hijab again... Then secretly I realized...that I actually longed for it."

tersentuh aku baca. sedangkan aku kadang2 abaikan keindahan berhijab tu sendiri..aku harap sangat aku dapat kekuatan untuk istiqomah dalam berhijab. sebab unlike her, aku memang dilahirkan seorang muslim, dapat pendidikan agama, dikelilingi dengan muslimah yang baik2..alhamdulillah..

'the things you take for granted, someone is praying for. be thankful.'

Monday, December 30, 2013

akhirnya....daiso sampai kuching :)

Daiso...macam tau2 je aku dah lama idamkan daiso sampai kuching. ni semua sejak join group GBSB la ni..hehe...yeayy~alhamdulillah. aku memang suka barang2 dari jepun...dari mana2 pun kalau cute dan smart , mesti aku sawan tengok..hihi bahaya tuh.

last saturday aku ajak papamuna pegi boulevard, nak belikan kain nak wat baju untuk little yaya ;) dah lama plan nak pegi sebab daiso pun baru launch kat situ..aku rasa nak borong satu kedai okeh..especially bahagian jahitan2 nih...selain barang mainan muna ada laa aku beli kain felt, covered button punye tools, beg comei dengan sewing kit ni..all for rm5 each!

image googled

iamge googled

comeiiii kan? aku punya yang light blue tu..dah la bila tutup dia nampak macam compact powder...boleh la bawak ke mana2 saja aku pegi...

masa muda remaja dulu aku suka pegi niko niko doh...kat jusco mid valley..tengok ring file pon aku dah happy. kisahnya, aku beli ring file yang boleh refill dengan kertas B5..dari sekolah, sampai matriks sampai uni sampai dah jadi mak orang ni aku still simpan file tuh..bukan 1 tapi 3 bijik..hehe..

aku kalau sayang barang tu, aku akan pakai lama2, dan one thing, sebenarnya aku tak suka orang lain sentuh~ huh mengada ;P

gambar masa tengah pakai kat uni, nama tuh papamuna buatkan..tapi aku dah buang sticker nama ni..hehe

pastu aku perasan kat tepi e-mart matang ada satu kedai ni pun jual barang2 dari jepun. teruja aku masuk kedai tu..sempat jugak beli macam2 aku pun dah tak ingat apa bendanya..tapi sebab macam jauh je matang dengan samarahan, so aku selalu tak berkesempatan nak pegi..

mana2 aku pegi kalau aku jumpa barang super cute n super murah aku akan grab...

cute kannn...yang pen tu bleh tutup jadi pendek macam capsule. 

ni aku taktau nak buat apa...bisnes card?? hahah

30sen je wehh
banyak lagi yang aku tak ambik gambar. ntah pape je kan. memang berjam2 aku boleh tahan dok belek satu2 barang sampai lebam. nasiblaa ada kids zone, dapat tinggalkan muna n papanya lepak santai sambil aku belek2 barang satu persatu.

muna happy sangat bermain...kata papamuna
btw, daiso kat boulevard ni 2 tingkat sebenarnya...tapi tak sempat pulak aku nak naik atas..ade satu cerita tak best sebelum kitorang sampai. huhu nanti aku citer kat next entry..kbai ;)

Sunday, December 29, 2013

emo tapi happy hari ini

ntahla. aku emooo sangat sebab tak dapat attend wedding nadia..nadia ni bff ku kat sekolah dulu, along with nazliza..kitorang punya group name N2M.. haha lame kan? (sorryyy naz)..

tapi aku happy sangat sebab nadia dah kawin..sempat aku kacau dia kat whatsapp malam tadi tanya pasal malam pertama dia...(hahaha..ofcos aku main2, sengal lah korang :P ) hari ni dia sanding, semalam dia akad nikah..memang mata aku dah berair dah. rindu sangat. boooo~

masa nikah hari sabtu

ni bersanding tengah hari tadi
cantiknyaa nadia...aku tak saboo nak tunggu dia dapat baby..hehe..dapat join the club. so next time aku plak guna ayat "so mak2" macam yang dia cakap kat aku..heheh..

naz kawin next year...weee \(^_^)/ pastu naz pulak dapat baby..

pastu muna pulak dapat adik...ehhhhh? haha

im waiting for more pictures...nanti aku upload lagi...for memories' sake..

Wednesday, December 25, 2013

Colour block



Hai..hari ni krismas, tak ada program la hari ni..still hujan on off. So nak keluar pun macam malas..best lagi duduk umah. Btw dlm gambar ni kitorang pegi hari ahad yang lepas. Jalan2 dekat2 je.

Tak suka ok keluar time cuti hujung minggu atau public holiday. Payah cari parking. Crowded. Orang berpusu2 je.
Oh nak cakap gak, muna punya outfit macam colour blocking je..haha. Gaun tu abng kamal dia bagi, sweater tu aku jait, selipar baby gap.

Aku tengah pilih2 baju muna, muna boleh merengek. So smbr je sweater takut sejuk n sambar selipar..huhu..kuning pulak tu. Haha.

Sakit mata aku tengok. Huhu. Ape2 jelah. Selamat bercuti korang!

Tuesday, December 24, 2013

Hiatus

Assalamualaikum. It's been a while since my previous en3. I really dont know how to get myself back on track. Back to updating about my boring life. One boring day after another..Haha. But i'll try... I believe this is only temporary.

Hahaha. Hilang sekejap terus tersasul. Nanti la kita borak lagi k. Hari tu konon nya en3 warming up. Last2 kelaut. Tepon baru format. Kemalasan nak install mcm2. So terbantut je nak update blog. Flash camera pun dah tercabut. Angkara sape lagi kalau bukan muna.. Sekarang ni hujan memanjang. Risau kalau banjir. Erk jangan lah masin mulut aku.

Friday, December 6, 2013

push and pull

nak update pasal my little precious jap..lately ni muna kadang2 kalau aku mintak kiss, dia taknak layan..tak macam dulu..mesti dia kiss pipi aku...tapiii kalau dia tengah bermain, even beramai-ramai dengan kazen2 dia, kalau aku angkat kaki sikit, SIKIT je pun, terus dia menggelabah pegang kaki aku sambil merengek macam takut aku nak lari je..haha...



ni newsletter untuk 14 months week 2 kot. patutlaaa dia macam tu ek..kadang2 needy sangat, kadang2 dia ignore je aku.. nasib baik mak tak sentap wahai anak~ 

baru tadi check email dapat newsletter lagi. untuk 14 months week 3.. seronok. sebab ada kaitan dengan muna..



sebelum ni aku ada cerita pasal perkataan2 yang muna dah pandai sebut kat sini dan dia dah mula pandai guna certain perkataan kat sini

senarai perkataan yang dia selalu sebut dan tau bila nak sebut:

  • omok : taknak..(masa menyusu atau lain2)
  • udah : sudah...(bila tengah mandi selalunya)
  • aman : nyaman.. (masa tengah makan)
  • tutu : susu (masa haus)
  • oboh : jangan (masa tengah main)
  • topi apak : topi bapak (sambil mengendong songkong bapaknya kesana sini)
  • kipas :kipas..(sambil tunjuk kipas)
  • ball: bola (sambil main bola mainan tu)
  • peyut : perut (sambil angkat baju tepuk2 perut)
  • kaki: kaki (sambil pegang kaki sendiri atau kaki orang)
  • idung : hidung (sambil picit2 hidung aku)
  • muyut : mulut (sambil cucuk2 mulut aku)
  • epoon : telefon (sambil main2 handphone aku)
  • acut : kasut (sambil tunjuk2 kasut)
  • adik: adik (sambil tunjuk patung baby yang dia selalu bawak mandi)
  • ingaa : telinga (sambil tunjuk telinga)
  • perss : diaper (sambil tunjuk diaper dia)
  • otoo: motorsikal (sambil tunjuk motorsikal lalu lalang)
  • nenen: nenen (sambil tunjuk...err takpelah)


dan lain2...contohnya nama orang..tak ingat lah aku..apa lagi ek..yang pasti dia dah recognize benda2 di sekeliling..alhamdulillah, muna early talker..cuma aku harap sangat dia tak over..hehe..

dan sekarang dia mula nak memahami konsep..geli hati jugak aku tengok gelagat dia ni...dia penah nampak aku mekap, aku pakai eyeshadow , bekas palette tu agak besar, pastu dia pon nak pakai gak..dia sapu kat pipi



yang lucunya...baru2 ni dia jumpa satu notebook aku ni: 


mula2 aku tak paham sangat kenapa dia duk sapu2 jari dia atas notebook tu pastu palit kat pipi...berulang2...barulah aku ingat...rupanya dia fikir tu mekap aku jugak..haha kiutnyaaa

pastu ada satu insiden tu, dia duk main2 botol susu dia sambil cakap susu labek, susu labek berulang3..labek tu adik ipar aku, muna panggil dia usu labek, dia duk merenung botol susu sambil cakap 'susu labek'..rupanya dia fikir usu dengan susu tu benda yang sama, sebab bunyinya sama...haha

nak share gak satu video ni, dari bulan lepas aku nak share sebenarnya...sory quality teruk dan abaikan kaki aku k...


video


muna ni suka sangat buat sesuatu tu, macam dalam dunia sendiri je...toddler memang macam ni kot kan..dia akan habiskan apa yang dia mulakan..tekun je dia duk kutip manik2 tu..

btw, masa ni dia duk main kat 'playroom' dia yang baru siap..aku belum share lagi ek..hehe..next time la aku story pasal so-called playroom tu..till then, have a nice day!

Thursday, December 5, 2013

[Petua] bawang putih dan ikan goreng

hai korang..ini namanya entry warming up. cerita pasal ikan pon jadi la. aku nak kongsi petua menggoreng ikan supaya tidak melekat pada kuali...ya... kalau taknak melekat guna lah nonstick pan...kan..tapi petua ni pun boleh guna untuk menyedapkan lagi ikan goreng korang tu..percayalah~ 

gambar tak boleh blah, hangus ikan kau senah~
ni aku khaskan untuk member2 seperjuangan yang cukup urban untuk tidak tau petua ni...credit goes to calon adik ipar (calon jer belum bakal lagi, sebab ada ramai...hahaha) yang bertandang ke rumah dan sambil dia tolong masak, sempat aku ceduk ilmu ni dari dia.

ok let's jom

step 1 : ambik bawang putih seulas, buang kulitnya. ketuk2 manja..sampai pecah sikit
step 2 : panaskan minyak dalam kuali..dah panas campakkan bawang putih tadi..perlahan2 ya!
step 3 : biarkan bawang stay dalam kuali dan gorenglah ikan seperti biasa
step 4 : siap~ ikan yang digoreng tak melekat dan rasa lebih sedap..
step 5 : bawang putih tadi dah hangus pun, sila buang ye, jangan dimakan pulak ;p

************************************ 

cerita pasal ikan...ini yang berlaku tengah hari tadi

okeh...aku makin confuse sekarang. 
rupanya, aku patut confuse antara tongkol dengan tenggiri, 
bukan tongkol dengan sardin...
sebab sardin jauh beza okeh. 
ni my mil la ni duk sebut sardin besar, sardin besar 
aku terikut pulak..tenggiri la kot
haha salahkan orang pulak.
aku dah edit status aku tu kepada 'tongkol atau tenggiri'
this is sooo embarrassing. 

ini tongkol. (image googled)

ini tenggiri (image googled)

dan this, my friend, is sardine..(image googled)

kalau nak senang boleh tengok part ekor..jauh beza
lepas ni tak payah nak jadi bimbo pegi pasar
pastu tanya "bang ni ikan ape?"


graduan sains akuatik katenyer......
looong sigh. everyday is a learning process.
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...