Wednesday, July 15, 2015

Glucose tolerance test :normal result :)

Assalamualaikum..

Test gula...minum air gula...benda yang paling aku tak gemar bila pregnant...first pregnancy aku sampai 25w je..terbersalinkan twin awal, so tak kena minum..masa peknenkan muna, aku kene minum masa dah dekat2 nak bersalin...sbb berat aku naik..biase lah, masa tu lepas raya tahun 2012..hehe



Takde kencing manis... sia2 je minum sebab 2 hr lepas tu kalau tak silap, dah beranak dah..

Pregnancy 2015 ni..kene minum awal, masa 7 bulan atau sebelum, nurse suruh buat mogtt ni tp aku duk delay2.malas weh! Last2 nurse buat aku cuak, die cerita pasal komplikasi and what not..terus aku buat.



Aku buat kat hospital sebab kat klinik takde kemudahan makmal ni. Sekali result keluar...aku hampir2 kene kencing manis. Sbb bacaan 7.7.. kalau 7.8 tu konfem kene..so doc pantau kenaikan berat aku..kalau naik byk aku kena repeat test. Gulp!

Tiba kat klinik pulak, nurse tak puas ati sebab kalau nak diikutkan dah kencing manis dah T_T. Tapi sebab nurse takde kuasa nak komen lebih2, so dia akur je la ngan keputusan doktor dr hospital.

Tapiii dia ngan kawan dia duk bebel depan aku,.saje je tau.. "apelaa doktor ni, bahaya la untuk si ibu" blablabla , sebab derang yakin aku ada diabetis. Risau jugak aku masa tu. Tapi aku fikir takpelah since aku takde simptom2 org yg ade diabetis.. ceh. Konfiden..aku cuba nak buat kat private clinic tp takde kat area betong or lubok antu masa tu! Or aku yg tak jumpa..yang ade klinik2 biasa je.

Masa pun berlalu..aku pun balik ke kampung papamuna..follow up pulak kat sini..sebab aku lom beranak kan..so kena la pegi checkup yang seminggu sekali tu..sekali aku kena jumpa doktor sebab berat aku statik untuk 3 kali checkup...doktor pun perasan kenapa aku tak repeat mogtt sbb dia nak buat birth plan untuk aku..dia kata kalau aku ade diabetis aku takleh bersalin lebih due..

pulak dah..dia suggest aku repeat test gula..masa tu nak masuk 39 minggu gak. Dia tak paksa, tapi untuk kebaikan baby, aku pun akur la.

Dia tanya aku, ade minum tak lepas mogtt sebelum ni..memang aku ade minum air mineral..masa muna dulu pun aku minum gak. Hehe! Dah diorg kate boleh..aku minum la..sebotol mineral kecik tu aku minum. Doktor cakap tak valid laa result tu..kalau seteguk je still ok..aisehh.

Finee..kali ni lepas aku minum je aku tak minum ape2 pun. Berdebar tunggu result. Sebab aku takmo kena induce kalau lebih due :(



Bila tengok result, alhamdulillah, syukur.. aku tak expect result macam tu. Happynya..so doktor bagi extra 10 hari lepas edd..20hb julai +10hari. Kalau sampai 30 july belum bersalin, kena pegi hospital laa..

5hari berbaki sebelum edd. Sabar menanti..semoga anak dalam kandungan aku ni sihat,sempurna dan cute.dengan izinNya. Aminn.

Raya dan adik muna: yang mana dulu?

Assalamualaikum...

Hai, hari ni aku dah 39w 1d...kalau masa pregnantkan muna dulu...tengah hari tadi aku selamat dah deliver baby..hehe..kalau ikut due, isnin depan edd aku..today is selasa the 14th of july.



tapi nampaknya adik nak stay lama sikit lah 😊..but it's okay..mama dah bersedia. Esok rabu, lusa dah tengok anak bulan..mungkin jumaat raya. Wee!

Cuma persoalannya, antara raya dengan kelahiran adik, yang mana datang dulu? Adakah aku berjubah atau berkain batik di pagi raya..sama2 lah kita nantikan..semoga semuanya selamat.

Persiapan raya bagi aku sederhana je..esok kot kawan aku, elot anta baju yang aku hantar kat dia untuk dijahit..lama dah..sebelum puasa lagi. Aku gunting je..dua pasang jubah lelaki dan sepasang baju melayu untuk papamuna, 3 pasang jubah untuk aku..dan 3 pasang baju fesyen untuk muna..sekali kawan aku komplen baju muna susah nak dijahit..hehe..halus sangat.

Tahun ni aku memang takmo jahit..aku dah belajar untuk say "NO". Lagipun aku tengah sarat kan. Please consider my situation. Cewah..barulah rasa bebas nak berehat..nak pegi mana2.

Puasa? Aku try nak puasa..tp bila sampai pukul 3 macam tu aku dh lemah gilee..tak larat weh...so aku puasa je setengah hari. Lama2 mmg aku tau aku tak tahan puasa, so aku tak puasa terus. Haa terus terang je cakap. Haha. Mak mertua pun cakap jangan puasa..sebab aku dah sarat betol..



Kalau bab berjalan, kuat aje. Ni siang tadi masa tengah cari barang keperluan langsir..Lepas pergi kk untuk scheduled checkup melenconglah kejap..pegi satex kat samarindah..satex ni memanggil2 aje..tak pergi rasa bersalah pulak. Hehe

Tengah duk sibuk ambik gambar muna yg teruja dalam keseronokan sebab dengar lagu raya..sekalii tepon aku jatuh dan screen retak dua. Nasibb tak retak seribu...mau nangis weh.. sabarjelah. Sape suruh ko sibuk ambik gambar..huhu. sempat aku beli kain sequin untuk buat jubah lepas raya nanti. Hurmm..macam2 je aku ni..papamuna dah sound, kain yg lama pun penuh lemari, ni nak beli lagi..amboiii tipu sangat, mmg banyak kain aku yang belum jadi baju tp belum sampai tahap penuh lemari tauuu.

Haha aku tau itu hanya sebuah metafora. Saje jee defend ego sendiri..hahahah..maaf abng :p

Apa pun, aku sangat berharap kelahiran adik dipermudahkan olehMu Ya Allah..hanya padaMu tempat aku meminta dan berserah..aminn.

Till next entry ❤❤
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...