Monday, December 22, 2014

Pisang goreng cheese

Assalamualaikum..

kali ni nak share aku punya pisang goreng cheese.. Sila jangan jeles. Hahaa




Ni yang aku buat. Hehe. Ok tipu, pisang tu beli. Aku just parut cheddar cheese n coklat cadbury.

Sebelum rasa, macam mengidam sangat2. Sebab dah banyak kali dengar orang cakap sedap. Tapiiii, bila aku makan tak sedap pon?

Maybe cheddar tak berapa sesuai kot. Ah, entahlah. Asalkan aku puas hati dah makan.hehe

Lepas ni makan pisang cicah sos je la. Ada jugak yang makan dengan kicap kan? Err, sedap ke?

Friday, December 19, 2014

Tom yam berminyak?

Assalamualaikum..

Lately ni aku asyik cerita pasal makanan je kan. Haha. Kali ni aku makan tom yam. Aku suka tom yam. Sebab macam sup2 je light tapi masam dan pedas. So konon macam healthy la. Memang la healthy kalau cara masak dia cara yang healthy.

So pagi tadi aku rasa macam nak makan tom yam.




Wow. Mangkuk besar gile. Yumm.




Aku order dengan telur dadar sekali, senang nak suap muna. Malas nak order lain, konfem tak abes.

Sekali aku rasa..aduii kenapa berminyak sangat ni. Kalau minyak dari ayam tu lain. Ni memang macam minyak masak dah tertumpah dalam tom yam tu. Haha. Telur dadar pon sangat berminyak. Huhu memamg stail tukang masak ni masak guna minyak yang banyak kot.

Tom yam ni memang macam2 je rasa dia, depends ngan air tangan tukang masak tu dan of course bahan-bahan yang dicampur dalam tu.

Favourite papamuna ialah tom yam. Kalau makan kat kedai memang susah cari tom yam yang perfect, since citarasa kita pun berbeza kan. Tapi kalau korang tanya aku, definitely aku tak suka tom yam yang berminyak macam ni.

Eh nape aku rase aku pernah blog pasal tom yam gak sebelum ni. Haha. Kalau aku yang masak ntah macam mana.

Sekian. Terpanjang pulak bebelan hari ni :)

Monday, December 15, 2014

Nasi ayam bala bala

Assalamualaikum..

Haii. Nak tepek gambar makanan lagi. Haha..




Sedapp sangat ayam dia. Rasa kicap manis2..sambal dia ok je..ulam pon fresh. Yumm

Muna asyik mintak je..sedap kot.

Location, enang sari cafe, samarahan.

Murah..tak ingat brape, rm6-7 camtu kot. K sekian sahaja review yg tahpape ni, zassss.

Sunday, December 14, 2014

Nasi pecel lele

Assalamualaikum..




Puas hati dapat makan nasi pecel lele harini..hehe

Kebetulan kitorang keluar tapi tak breakfast lagi..dah nak tengah hari dah pon. So carik nasik lar..hehe

Papamuna suggest makan kat pak somet ayam penyet kopitiam ni..sebab dari luar tengok macam best jer..

Tuah aku la dapat jumpa pecel lele kat kota samarahan ni. Boleh kata rare gak. Orang sini rata2 macam tak minat sangat dengan ikan keli.

Sedap woh..muna pon asyik mintak je. Saiz ikan pon sangat la besar. Memang puas hati. Harga pon ok sangat, below rm10.

Cakap pasal muna, hari ni dia genap 2 tahun 3 bulan.








No gadget for kids? Ala bia je la. Dia tengah susun puzzle. Pepandai laa kita nak hadkan. Eceh.

Burpp. Alhamdulillah :p

Saturday, December 13, 2014

Mengidam twin

Assalamualaikum..



Indahnya ciptaan Tuhan. Orang kate berangan tu percuma kan? Hehe

Aku bayangkan yg kakak tu muna..dan aku dah selamat lahirkan twin babies..alolololo~ comel!

Sesiapa yang kenal aku, ada yang tau aku pernah pregnantkan twin, sampai 25w, diorang nak keluar dari rahim aku.. Luna tsara, n Luna tuma' ninah...mama rindu sangat.

Ok taknak sedih2, nina n sara di syurga sekarang. Doakan adik2 kamu ye sayang2 mama.

Friday, December 12, 2014

Musim demam

Assalamualaikum..

Cuba la update sekejap dalam kesibukan..hehe macam aku sorg je yg sibuk :p

Muna pun baru je tido..sebelum ni dia demam..panas jugak, so mmg kena bawak gi klinik..nasib baik panas dia turun. Sekarang memang musim demam kot. Kat mana2 je dengar ada orang demam, tak kira besar ke kecik.huhu. Nasib baik aku belum demam. Tak mintak punn. Hehe. Alhamdulillah untuk kesihatan yang baik setakat ini.




Balik dari klinik, blanje budak demam makan kat kedai feveret dia, singapore chicken rice (scr).. Ceria je muka, tapi sebenarnya lemah, sebab kurang menyusu dan makan..




Tablet baru la katakan..asyik2 nak tengok boboiboy..layankan je la..budak demam..




Alolo..cian muna. Next time demam, nak cuba jerlum kan kepala muna dengan air asam jawa. Walaupun aku blur apa maksud jerlum. Haha. Tengok komen kawan kat fb..dan ada kawan sorang lagi suggest minum air zam2..

Insyaallah nanti boleh cuba. Sekian coretan orang yang tengah sibuk :D

Sunday, December 7, 2014

muna's new toy

Assalamualaikum...

Mamamuna teruja je wat entry ni sebab first time ni ha wat entry guna tablet. Haha.

Akhirnya aku beli jugak tablet untuk muna..aku rasa sekarang masa yg sesuai. he he.  murah je..memang untuk bebudak. belakang ada gamba hello kitty. cover pon kaler pink.



aku tengok muna dapat nyanyi abc lepas tengok kat youtube beberap kali..maybe dia dapat belajar benda lain jugak guna tablet ni. hopefully!


My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...