Friday, December 19, 2014

Tom yam berminyak?

Assalamualaikum..

Lately ni aku asyik cerita pasal makanan je kan. Haha. Kali ni aku makan tom yam. Aku suka tom yam. Sebab macam sup2 je light tapi masam dan pedas. So konon macam healthy la. Memang la healthy kalau cara masak dia cara yang healthy.

So pagi tadi aku rasa macam nak makan tom yam.




Wow. Mangkuk besar gile. Yumm.




Aku order dengan telur dadar sekali, senang nak suap muna. Malas nak order lain, konfem tak abes.

Sekali aku rasa..aduii kenapa berminyak sangat ni. Kalau minyak dari ayam tu lain. Ni memang macam minyak masak dah tertumpah dalam tom yam tu. Haha. Telur dadar pon sangat berminyak. Huhu memamg stail tukang masak ni masak guna minyak yang banyak kot.

Tom yam ni memang macam2 je rasa dia, depends ngan air tangan tukang masak tu dan of course bahan-bahan yang dicampur dalam tu.

Favourite papamuna ialah tom yam. Kalau makan kat kedai memang susah cari tom yam yang perfect, since citarasa kita pun berbeza kan. Tapi kalau korang tanya aku, definitely aku tak suka tom yam yang berminyak macam ni.

Eh nape aku rase aku pernah blog pasal tom yam gak sebelum ni. Haha. Kalau aku yang masak ntah macam mana.

Sekian. Terpanjang pulak bebelan hari ni :)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...