Thursday, October 31, 2013

{TEASER] test stitching


kain warna oren ni kain customer untuk masjlis doa selamat baby dia hari ahad ni. tapi dia nak ambik hari jumaat..which is esok! baju dia empat beranak..

kain jenis jersey ni kena guna jarum tebal, aku guna organ saiz 16/100. 

sebenarnya test stitching tak perlu buat bentuk bersegi2 ni. just nak test sama ada jahitan tu bagus ke tidak...boleh berjam2 kita test ni..alhamdulillah, kali ni sekejap je..

aku nerves. serabut aku..seserabut jahitan kat gambar tu..tu la motip aku letak gambar tu..heheh

time ni lah si polan nak suruh panjangkan tangan baju, sipolan satu lagi nak suruh aku gunting jubah untuk dia, sorang lagi suruh buat jubah anak dia..dan ada sorang lagi nak ambik baju kurung siap jahit manik batu2 tu hari sabtu. which is lusa.

btw, baju oren ni sepasang tu ada border lace. huhuhuh..tengok je lah apa jadi nanti. 

Wednesday, October 30, 2013

muna n her first few words


nak update sikit pasal language development muna...ternampak kat fb sorang member ni update senarai perkataan yang anak dia dah pandai sebut...aku pun nak gak..haha. antara favourite words muna...walaupun kadang2 lain yang diajar, lain yang disebut...dan kadang2 dia main belasah je..asalkan jadi bunyi macam terer membebel...hehe


  1. mama / mamak = aku la tu...*wink2*
  2. apak/ papak= papamuna
  3. pateap = pusak /kucing
  4. apu = api/ lampu
  5. pecah = ijah kazen dia..haha
  6. ayam = ayam lah..atau manok 
  7. nintak/mentak = mintak
  8. tush = tampar/ paluk
  9. pak = tendang / sepak
  10. otor = motor basikal pink dia
  11. atiq = atiq kazen dia
  12. emenek = maknek..my mil
  13. nek= paknek my fil
  14. oboh = jangan / sikboh
  15. ika = kazen dia ika
  16. adum = tido
  17. o menya /munna = oh muna/ muna (diri dia sendiri)
  18. tichak = cicak
  19. apak atang = bapak datang

kakak ipar aku kata.."muna ni jalan belum pandai betul, tapi mulut dah lebih cerdik..cepat dia pandai cakap nanti"...hihi..biar je laaa aku nak puji anak sendiri kannn..

ekceli bukannya perfect pun dia pandai sebut semua tu..ikut mood dia jugak...selalunya dia ikut apa yang dia dengar..kadang2 dia layan orang suruh sebut...kadang2 buat dekk aje..haha. dan ada gak dia bagi signal guna body language je...nak susu atau makan, tunjuk perut..atau tunjuk botol susu...nak apa2 pun slalu dia tunjuk je..

tapi one thing for sure, suara dia kalah suara aku..riuhh..

dan...pandai merajuk wehhh..kalau dia diam sambil merenung orang tu, sambil gentel2 tangan ke, kaki ke..siap jeling lagi..tengah merajuk la tuh~ macam tadi, kakak ipar aku terkejut dia nak makan maruku..kan keras..panjang pulak tu..so tindakan refleks aku mestilah aku sambar sebelum dia masukkan dalam mulut...terus dia merajukk laa..

macam2 kerenah anak kecik ni...dia jugak lah yang buat semua orang dalam rumah tersenyum ;)

Tuesday, October 29, 2013

free lunch di Matang

bila dah nak hujung tahun ni...nak dekat2 cuti sekolah, memang ramai kan yang nak kawin...seronok tengok orang membina masjid ni...especially kalau meriah dengan keluarga..rumah yang kecik jadi penuh. 


highlight of the day
masa ni aku tengah pangku muna..so kakak ipar aku la jadi mangsa untuk sediakan aku punya hidangan..hehe..lauk banyak2 dia ambik ayam masak merah dengan sambail ikan masin jek..pastu aku suruh ambikkan daging masak apa ntah..the food was marvelous ;P

tingkat atas rumah..rumah separuh kayu yang cantik..sambil menunggu pengantin bersiap

masa ni muna dah start nak rimas...panas dan ramai geng2 kazen mazen tegur2...sesi catching up with each other..

terpaksa aku dukung muna sambil tunjuk2 kat luar tingkap...sambil tu sempat selfieeee ko~ haha

eh, lupa lak nak bagitau sape yang kawin?? pengantin lelaki tu anak kepada cousin my mil...kiranya dua pupu dengan papamuna..aku pun baru tengok dia in person, walhal aku pernah jahit baju raya dia untuk tahun 2012..masa tu tengah menunggu hari je nak deliver muna..dah cukup bulan..heheh

tak nampak sangat muka pengantin
still tak nampak..haha
lepas perut kenyang, balik tu singgah emart kat matang tu..dekat sangat dengan rumah pengantin..aku dapat beli syampoo dengan jam muna je..dah masuk 3 jam dia..haha..nak belek2 barang sendiri memang tak sempat..biras aku dah call, anak dia taknak jalan2 lagi...nak balik...huhu

eh apa dalam bakul tuu?

teruk tau mamamuna ni asyik letak muna dalam troli je!

mende ni pun wat aku nak beli kann

ye lah...masa kecik dulu mana ada benda ni...kalau ada pun tak merasa...haha

kalau blackout sronok gak dapat main suluh2 menda ni kat dinding..ngeee

p/s: lately sibuk jahit baju orang..bangun2 je terus ngadap sewing machine kesayangan..even sebelum nak pegi kenduri ni pun..menjahit gak pagi tu..nak cakap baju mak n anak : recycle jek, kbye!

Saturday, October 26, 2013

cendol kampung

cendol..aku bukanlah peminat cendol...
dan dessert2 yang sewaktu dengannya...
yang manis...
tapi kalau kau bagi aku choc lava cake, 
ok kite geng. hehe

tapi let's give cendol a try..
lagipun dah depan mata kan.. 

hoi makan je la.


malam kelmarin2 kakak ipar buat cedol kampung ni
aku try, makan panas2
sedap!

tapi yang gambar kat atas tu, kelmarin punye
yang mil buat, aku makan dengan ice
versi sejuk
ponnn sedap!

proses membuat cendol:

tepung beras kot..seingat aku la

guna acuan maruku..memang sempoi mil aku ni

asalkan jadik..ni yang fresh2 dari acuan masuk dalam air

proses membuat air santan..campur gula apong (lebih kurang macam gula melaka)

guna sagu je sebagai tambahan, tak sempat lak nak beli kacang merah..kalau ada memang sedappp

campurkan air santan yang dimasak tadi dengan cendol dan sagu

my mil buat untuk jual kat warung papamuna depan rumah tu
sambil buat untuk makan sekali
rm1 je untuk 1 cup

so macam mana?
cendol? cendol kampung?
layan gak laaa...

muna n her ponytail

small things can make a huge difference...
rambut muna semakin panjang..
baru2 ni baru aku terdetik nak ikat rambut dia..
better late than never yeh?

ekceli aku suka buat pigtails..atau bunches..
tak sabo nak tunggu panjang lagi dapat wat full ponytail..hehe

yang ni aku expect untuk pakai buang ye

aku tak reti nak bereben2 sangat ni...
getah jenis ni....sakit tak?
aku ada buat eksperimen gak.. (cewah)
yang ni lembut je, plus dia kecik, 
takyah buat pusingan banyak kali

haa mau nye tak hangin mak tengok?

ok skit la..walaupun tak tentu pasal..hihi

susah nau nak ambik gambar dia ni..
tak sesusah aku ikat rambut dia
sampai papamuna pun hairan
"nape dengan sayang dia nak, kalau orang lain ikat dia taknak eh?"

well, aku kan mak nye...mestila aku ada cara 
hahahaha

Friday, October 25, 2013

tuesday outing

dah jumaat dah pon dek non...baru ko nak hapdate kan..takpe, harus update supaya ada kenangan..hehe..

masa sangat terhad..kejap2 dapat mesej, 

"is akak nak pakai baju tu hujung minggu ni" 
ataupun "dapat tak siapkan baju bla bla bla tu untuk isnin depan" 

atau lebih tragis 

"akak nak pakai baju tu malam ni" 
ataupun "esok pagi akak datang ambik".

haa...tak ke gelabah aku jadinya. lagi kesian, bila tak tau nak mulakan yang mana dulu..semua nak cepat, everything is urgent..

belum lagi ada yang tiba2 muncul suruh alter ini itu..macam anak buah papamuna, nak naik flight dah, time tu gak dia suruh aku potong kaki seluar yang dia baru beli..tiga pasang pulak tu..pastu dia nak aku ambik yang hujung tu, letak balik kat tempat yang dah dipotong to keep the original look. omg...dengan nak mandikan muna, nak masak..migrainnnn weh

haha...takpe2, kena selalu utamakan customer. tapi anak dan hasben pun utama jugak. jadi, pandai2 lah curi masa bersama...lepak santai kejap. 

setahun sebulan...ni sebab aku suka buatkan hoodie, senang nak gantung paci dia tu

hoodie lah mende paling senang, since papamuna allergic dengan headband..grr

hari pun hujan masa ni..so agak sejuk

menda ni berhantu weh...habis duit aku...bongok. haha
aku takleh dekat menda ni lagi...geram woh


haa..taktau nape ponytail dia tinggi sangat

apakk, muna nak main nak ya....?!

layankan aje...

berseluar pendek je..malas nak tukar2 baju, terus pegi...haha
basah baju kena ailio dia...huhu



nasi ayam lagi....this time salad crispy chicken rice..ha lebih kurang camtu la nama dia

papamuna makan tom yam..feveret dia nih
muna dah menyusu sebelum tu...so aku just suapkan dia nasi n ayam aku tu...tapi ofcos lah, dia tak senang duduk kat dalam high chair  ni...hanginn mak tau.

kamek madah xmok, xmok lahh diam dalam tok..paham sikk?

sekian.

Wednesday, October 23, 2013

Gigi 4 batang




Mama baru perasan 3 hari yang lepas, gigi anak mak ni dah tumbuh kat belah atas..yang gigi rabbit tu 2 batang..Hehe..muna tak demam pun..tu yang mama tak tau tu..dia dah mula berjalan pun tak demam..cuma dia selsema sikit sebab berjangkit dengan mama..hehe..syukur tak selsema teruk.

Kiranya dia nak pandai jalan tu sama waktu nya dengan dia nak tumbuh gigi ke 3 dan 4. Patut lah malam2 tak lena tido dia..

teruja aku dia dapat gigi..rugi tak rakam ekspresi aku masa tu..haha

Makin comel la anak mama ni
(^___^)

Monday, October 21, 2013

stay at home mom

video

muna dah dapat melangkah jauh sikit...yeay! 
alhamdulillah, mungkin tak lama lagi, dia akan bebas ke sana sini..
dan aku kena bagi lebih pengawasan kat dia
pagar yang pendek tu kat dapur dah pasang
kat depan belum lagi

setelah berbincang dengan papamuna...
aku rasa aku dah tak keje lagi lah.
aku keje ape sebelum ni? leh baca kat sini
tapi maybe there's a few things yang aku kena settlekan
sebelum leh jadi stay at home mom
mampu kah aku?
tapi sebelum ni from 7 months pregnancy sampai muna 4 bulan, 
aku memang stay at home je

so lucky yang kat rumah pon dapat cari income lagi
aku kan menjahit..mesin pun dah bertambah jadi 3
(ada satu lagi serger yang aku geram nak beli
duk diam2 dulu kat wishlist
mana tau ada rezeki lebih nanti kan)

but still kerja aku banyak kat rumah ni,
ada 'regular customer' gituu
so right now, ia terpulang pada aku je lagi
nak buat duit ke taknak? hehee..

tahniah anak mak dapat kaki
good luck to myself..
bukan senang nak jadi stay at home mom ni.
walaupun aku selalu mengimpikan untuk jadi a career woman
sesuai dengan kelulusan yang aku ada
infact i've worked hard for it...
tapi jadi full time housewife pun aku suka 
since sekarang aku ada amanah untuk dijaga
it's my own little daughter.
mama sayang sangat kat dia.

aku percaya
Allah dah menetapkan yang terbaik untuk aku
       dan aku terima semua dengan hati yang terbuka..
insyaallah


Sunday, October 20, 2013

mama's alone time

salam hari minggu...hari ni aku tak tau aku kat mana dan tengah buat apa. sebab...entri ni autopublished. hehehe..

sebelum kawin dulu, kita banyak masa bersendiri kan. tapi sejak ada anak..memang tak ada masa bersendiri..waktu bekerja tu ialah waktu bersendiri jugak. tapi kita tengah keje kan..mana ada masa nak buat benda2 lain.

view cantik tapi cameraphone aku sengal

masa aku taip ni hari jumaat, aku mintak tolong papamuna jaga muna sekejap kat rumah, dan hantar aku kat summer mall. aku nak lepak2 sambil minum dan online. nanti bila papamuna pegi sembahyang jumaat, maknek muna ada tolong tengok2 kan dia..muehehehe..jadi mem besar kau sekarang yek.

aku rasa dalam minggu ni aku blum miss nasi ayam..kenapalah dengan aku ni..hehe

cheesy dip..yumm
papamuna temankan aku makan, pastu dia pun balik dan tinggal la aku sorang jadi lone ranger...haha..lepas online puas2 lepas ni aku nak window shopping..papamuna suggest aku tengok wayang, tapi belum launch lagi cinema kat mall ni...

aku dah biasa sorang2 kat mall, masa kat kl dulu, masa wat part time..mengimbau kembali kenangan masa remaja...masa tu, boleh kata tiap kedai kat midvalley tu aku hafal..dah jadi macam second home..aiseh...

shoutout to my partner-in-crime : mimi aquamarine! if only you're here...dapat kita lepak sama2 kannn..dapat ko melunaskan mengidam ko kat nasi ayam crispy tuu..rinduunya..hehe

ofcos, tengah taip ni rindu sangat kat muna dalili si comel yang macam magnet dengan aku tu.. (",)

Saturday, October 19, 2013

muna's pink ride

haruslah pink kannn...hehe..morning korang..akhirnya, muna dapat gak present dari mama dan papa..kira belated birthday present lah ek? walaupun tak seberapa, janji hadoo..ngeh3

sebelum tu, jom kita skodeng kat google images bike2 yang mama berkenan..berkenan saje tauu:



eh? macam pernah ku lihat tapi di mana yeaaa?

kalo yang ini iya pernahlah ku meelihatnya...bahaha

exactly the same kan? aku pernah story kat sini


hoiii nape comel sangat niii?


yang ni macam sooo comfy

eh police bike pink!  ni versi mahal ...huhu

alololo ni aku dah imagine main kat outdoor..best!

weh! yang ni pun aku pernah nengok kot?

haa..sama kan, ni gambar aku crop printscreen kat entry birthday muna  sebelum ni..

ok..cukup lah cuci mata, jom kita tengok muna punya pulak...pakai pedal saje ye! kayuuh jangan tak kayuhh~



pinn ponnn ada hon. bingit telinga aku

muna, muna...pandang kamera~ sini..sini!

ewah...senyum meleret pulak..hihi
macam-macam dia nak buat..


bukan senang nak ambik gambar budak kecik ni...banyak betul pergerakan dia...aku risau dia tumbang..tengok, kaki tak sampai pedal pun..huhu..oklah to be fair, aku bagi satu gambar natural, tanpa aku suruh pose2 k.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
please scroll down
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
scroll lagi...jangan malas..hehe
.
.
.
.
.
.
.
.
3
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
2
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
1
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

this is how we do it....ahak ahak ;p
p/s: muna pakai brand new cloth diaper kaler merah from Kedai Ummi. ;)
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...