Thursday, January 31, 2013

working mommy

ahhh...akhirnya gigih jugak aku log in blog kesayangan ni nak bagitau kat korang yang sekarang ni aku dah bekerja. yes! i am now a working mommy.. :')

aku rasa macam bermimpi je. eh betul ke ni? ceritanya camni, hari yang sama aku bawak muna gi checkup 4 bulan haritu (i owe an entry on this!) petang tu, ada sorang member aku ni datang rumah..dia tanya aku nak kerja tak? mula2 aku berat hati sangat nak tinggalkan muna..aku ingatkan aku akan jadi surirumah sampai dia at least dah besar sikit..dia baru 4 bulan lebih la kot. so masa member aku tu tanya, aku macam blur skit, macam ada mixed feelings. dia datang pun tak bagitau dulu sebab aku dah tukar phone number untuk kesekian kalinya. hehe.

tapi bila dah peluang datang macamni, rasa sayang pulak nak tolak. kalau korang perasan, kat entry aku pasal wishlist tu..aku kata 
"sekarang ni mood nak menjahit je..kalaulah aku ada masa nak gi kursus untuk belajar lebih mendalam lagi, kan seronok.."
Alhamdulillah, permintaan aku telah dikabulkan..terima kasih Ya Allah..dalam aku "berkursus" ni, aku juga dibayar. hihi..



gambar kat atas ni propa je...bukan aku yang buat pun..hehe..ni hasil kerja real student kepada bos aku ni..by the way, bos aku ni seorang guru yang mengajar jahitan..



ni lah hasil kerja aku...tapi, aku potong je...yang menjahitnya orang lain..sekarang ni pun terkial2 je aku buat pola baju nih. sbb ni la aku selalu takde masa nak online~



banyak lagi nak kena buat! setiap sorang, ada potongan badan yang berbeza kan...kerja aku la tu untuk melakar pola dan menggunting kain untuk dijahit..apa nama pekerjaan baru aku ni ek? ntahla..tapi apa yang pasti, im enjoying my new 'job'.

aku suka persekitaran kerja yang bebas..tempat kerja pun kat dalam rumah.. bila datang pagi, disuruh minum pagi, dah tengah hari, disuruh makan, dah petang sikit disuruh minum lagi. buat macam rumah sendiri. meaning to say, asalkan kerja siap, then ok. 

ini pun dah lebih dari yang aku mintak..boleh kerja flexible hours (selalunya aku start pukul 9:30 pagi dan balik pukul 4:30 petang), sabtu dan ahad cuti, salary based on berapa banyak aku dapat buat. asal rajin je la.one thing, aku tak tau ar sampai bila khidmat aku ni diperlukan..just go with the flow...as for me, i only have so much to learn ;)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...