Friday, April 10, 2015

update adik muna

assalamualaikum..

tak sabar rasanya nak sampai ke bulan julai..kalau boleh rasa macam nak cepatkan je masa..hehe..

sekarang aku kat hospital betong..nak buat appointment untuk test gula. dah lama sebenarnya kena buat tapi aku tangguh2..tapi tadi nurse suruh buat sebelum masuk 7 bulan. aiyooo. malas gile nak minum air gula.

aku takde sejarah kencing manis.. masa ngan muna dulu pun bacaan normal. tapi tu lah.. bmi aku cantik sangat.haha..aku rasa bmi aku tak pernah ok kot. huhu..tetiba rasa berazam nak kuruskan badan lepas beranak. tu yang tak sabar tunggu tu.




buat ketiga kali, dan semua kena sticker hijau. huhu..yang first sbb kandungan lebih dari satu dan anemia..yang kedua sebab kematian perinatal n emergency czer..yang ketiga ni pulak sebab yang sama kot..tapi yang ketiga ni bmi aku lebih sikit. .saboo je lah.

doakan pregnancy kali ni smooth ye.

Monday, April 6, 2015

sama tapi tak serupa

assalamualaikum..

dah makan ke..makan apa tu..hehe

ni nasi ayam penyet yang papamuna oder..dikedai yang sama..cuba korang perati..dan cari perbezaannya..







haa..dapat tak? aku ni dah jadi habit kot, suka bagi komen kalau pegi kedai makan. tapi selalunya aku komen dengan orang yang teman aku makan tu la..takde la buat review ke ape..

bezanya pada sambal, satu macam sambal goreng dan berair, satu lagi macam sambal mentah..

pastu ayam dia pun lain..satu tu garing, satu lagi juicy..

dia punya ulam kira sama je la, timun n kobis.

teringat pulak nasi ayam penyet pertama yang aku makan, masa tu still study lagi, final year kot. sekitar 2008. memang orang indon yang masak..ayam dia betul2 diketuk jadi penyek. dan dia masak pun lain macam berkicap tp sedap..sekarang ni macam tak jumpa je versi tu. pastu ulam banyak, sambal pun ada guna tomato..dan hidang dalam lesung batu mini, memang feel lah makan. tapi kalau lesung tu jatuh atas kaki lagi la feel..hahah..berat gile..tapi sekejap je dia pakai lesung tu kot..tak praktikal mungkin. tapi memang aku ingat laa sebab first impression dia memang best. sory la takde gambar, google pun tak jumpa.

sekarang ni stil kat kampung lagi..esok dah balik lubok antu dihatiku. hehe.

tadi aku makan ni



nikmatnyaa. baru rasa macam makan makanan berkhasiat. harhar.

sekian bebelan hari ini.

Saturday, April 4, 2015

muna's new hobby

assalamualaikum..

update sikit pasal muna mana yang sempat. tengah cuti ni so line internet ok sikit, takde bengang2. harhar.

another ten days muna genap 2 tahun 7 bulan..aku bukanlah rajin nak ajar anak tiap2 hari..err, maksud aku selalunya aku takde idea apa yg nak buat untuk dia, supaya dia learn something new everyday..aku tak penah buat atau beli flashcard, atau ape2 la yang mak2 sebaya aku buat untuk anak diorang. homeschooling jauh sekali.

aku just biar natural je, kadang2 mengaji, baca doa makan, doa tido. kadang2 ajar lagu twinkle, twinkle. currently dia tengah seronok dengan lagu "bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta..." tu. Lagu abc dia memang hafal, tapi dia tak kenal huruf lagi, kalau "A" dengan "O" aku rasa dia tau kot. haha. nampak tak banyak verbal sahaja. sebab aku memang rajin potpet ngan dia. lagipun mak dia ni tak ramai kawan nak bercakap, pastu duduk pulak kat tempat yang line telefon dia satu bar je (tu pun suka main acah2 biskut chipsmore) jadi kesimpulannya amatlah kasihan. hahaha

tapi tak dapat dinafikan aku admire mak2 yang jenis rajin dan banyak idea untuk anak dia homeschool. rather than bagi gadget semata2..tablet muna dah rosak, sbb slalu jadi tempat mak n bapak main candy crush. hehe. tp sayang jugak sebab dlm tu banyak learning tool yang baik jugak. nanti mak belikan yang 1baru kayy. n promise tak donlod game candy crush dah!

lately aku suka suruh dia mewarna. sebab aku nak dia blaja fokus, panjangkan attention span dia. so far bila aku compare dengan kazen dia yang baru masuk tadika 5 tahun tu, wah jauh beza. muna dapat warna dalam garisan dan nampak ok sikit la hasil dia berbanding kazen dia tu. hehe taktau lah budak lain, so agak bias di situ. lantak la kan.










as her mother, walaupun macam takde bende pun, budak2 lain lagi hebat. nevertheless, i am so impressed~

sekarang kitorang kerap jugak bergaduh, dan muna pulak makin berakal, susah jugak nak handle kadang2. kata orang sebab dia nak dapat adik, tu yang perangai dia lain sikit kot. aku pun sama. kadang2 aku pujuk dia, kadang2 dia pulak pujuk aku..haih..

btw, sekarang kandungan aku lebih kurang 6 bulan seminggu, kite cerita lain kali lah k, till next entry 👋

byee
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...