Wednesday, July 24, 2013

the mall next door

kalau korang perasan aku pernah buat entri pasal new place to shop pada 15 april yang lepas..aku cerita pasal pembangunan kat samarahan ni, tempat aku bermaustatin sekarang..hehe

aku ada mention pasal mall ni, and it's great news for me sebab mall ni dah open! dah berminggu2 dah pon..lambat update :P hehe, tapi bad news, aku ni sentiasa kering...camne nak shopping?? huhu...window shopping je la dulu..yang penting ianya dekat dengan tempat tinggal aku, senang aku nak merewang..bukan rewang masak ramai2 tu ek, tapi lebih kepada merayau takde sebab..heheh

sorry bad quality image..pakai camera phone cap ayam jer ;p
ohh..just look at this view:

taken from thesummermall.com
banyak lagi belum complete, cant wait for the summer lagoon. gsc..ape lagi ek...

dont dissappoint me okay mall next door. 

Monday, July 22, 2013

persiapan raya ;)

hi korang..ok tak puasa hari ni? aku tengah selsema + sakit tekak ni..memang tak best bila kena, lagi2 masa tengah puasa..hukhuk

macam mana persiapan raya korang? aku ada gak skodeng blog2...bukan main lagi yek...haha...ok ar tu...raya pun tak lama je lagi niii..ketaq lutut i ni

so far ni je aku sempat beli:



raya punya pasal...semua kalau boleh nak ditukar baru...heheh..

baju? kuih? persiapan lain-lain is zero. ha? tak caye? huhu memang zero la..yang aku tau sekarang ni asyik nak siapkan baju orang je...sampai satu masa tu, kat tempat keje..anak bos aku kacau aku tengah gunting kain, so aku cakap "jangan kacau kakak..kakak dah lambat niiiii" ahem, 'kakak' eh..yer lah takkan nak panggil aunty? walaupun bos aku baru 33 tahun..kehkeh.

pastu, aku terfikir sejenak, selalu gak aku cakap macam tu ek? sikit2 dah lambat..haha..tu ar sapa suruh tido time keje (oops bocor rahsia) (^_^)

p/s: ok tak kerusi tu? hehe my mil punya la...sama je kan, tinggal serumah...dapat le aku bergambar kat sofa baru dia ni..btw, baju aku satu dah siap, papamuna satu gak tapi warna lain..muna belum nampak bayang pun baju dia..haha..so that's all persiapan aku untuk tahun ni yang konon2 nak ready awal tu..

p/s/s: sorry kalau tertipu..;p

Saturday, July 20, 2013

go to sleep

"is bubur anak kau hangus"..tiba-tiba adik ipar aku bersuara..omggg..haha..macam mana aku boleh tak ingat yang aku tengah memasak??? insiden berlaku pagi tadi.

lagi satu, muna jatuh katil buat kali kedua baru je tadi..omggg...huhu..dah bergaris kepala dia..masa kejadian, aku kat bilik menjahit, papamuna pulak tengah tido dengan muna. masa tu papa dan muna baru je tido..maybe muna ni dia tido ayam je kot..ishh..boleh pulak dia bukak mata balik dan terguling2 sampai hujung katil..n..gedebuk~ jatuh.

seriously, mama muna should go to sleep. get a good quality, deep sleep..huh.

n double seriously, muna should go to sleep. just go to sleep..jangan duduk, tumbang, meniarap, merangkak, duduk balik then tumbang sebab nak tahan mata mengantuk sampai dahi terhantuk kat bibir papa..mama pun slalu kena.

haih, mana lah tumpahnya kari kalau tak atas roti canai~




sekadar video hiasan

nite2!!

Thursday, July 18, 2013

muna n the playground

hmm, aku pun tak tau is it playground atau ada nama lain, hentam je la kan..awal bulan july yang lepas aku dan papamuna bawak muna jalan2..yang sebenarnya mama dia ni yang dah gatai sangat kaki nak berjalan...beli kain and whatnot..nak raya ni kan..masa tu belum puasa lagi..


masa ni muna belum 10 bulan...dia pandai merangkak dan nak berdiri, tapi belum pandai berdiri unsupported..so tak banyaklah yang dia boleh main..huhu..kitorang more to lepak santai lepas letih berjalan cari barang yang nak dibeli..hehe


tapi tak banyak pun shopping, just keperluan asas dan restock susu dengan diaper muna..ada jugak beli headband, topi, jelly shoe, dengan baju muna untuk pakai di rumah..selebihnya mak ko ni meroyan beli kain..heheh..rambang mata ku ini..


ada cerita sebenarnya di sebalik jelly shoe ni. tak tau ar boleh percaya ke tak sebab papamuna ni memang suka loya buruk..hehe..masa tu, aku lepas shopping kain, diorang tunggu kat luar kedai, masa kat escalator aku terperasan muna pakai kasut ni, aku tanya 

mama: "eh? bila masa beli kasut ni...sempat eh abang.." 
paspa: "ni muna sendiri yang pilih kat kedai sebelah tu tadi...dah dia pegang taknak lepas, kena la abang beli.." 
mama: "ye ke....haa..ada warna lain tak? pattern lain? (dengan nada SEDIKIT excited ;p)"
papa: "takde..takde...ni yang last piece..takde lagi dah" 
mama: "alaaaa"


tapi tengok gaya pun muna memang suka betul kasut baru dia ni..





haruslah pink kan (^_^) bajet KPOP sungguh.

Wednesday, July 17, 2013

husband n wife :) vol 2

wifey : (lepas beberapa minit getting ready) ok dah jom..
hubby: .....
wifey: sorry la bang, sayang ni asal keluar je mesti capai tudung hitam..ntahla..nape suka sangat tudung hitam...tak pandai la nak pakai tudung bertingkat-tingkat tu 
hubby: sape suruh pakai tudung bertingkat-tingkat?
wifey: ....err....(krikk krikk, mungkin bukan jawapan yang dijangka si isteri ;p)

Monday, July 15, 2013

mama's blonde moment

hi korang...belum terlambat kan nak ucapkan selamat berpuasa...selamat menjalani ibadah berpuasa di bulan yang mulia ini...

so gagah jugak aku nak buat entri di tengah2 kesibukan. hehe..aku ni tukang jahit kot..mestilah bz gila time ni..ahh, maybe korang tak dapat bayangkan..takperlah..hehe..

apapun ni semua bukan alasan untuk kesilapan tak boleh blah aku yang ni:


it says "from 12 months...toddler..pieces and texture" ...alamak dah salah beli la...today muna baru 10 months old..ni beli kira2 setengah bulan yang dulu...i know i said previously yang muna dah taknak cerelac kan..tapi aku cuba je tukar2 sebab kadang2 aku memang tak ada masa nak buat bubur untuk dia..

aduhai..sian nya anak mama, tapi most of the time memang aku buat tau..hehe..so far muna dah makan cerelac jenis beras merah, gandum dan madu, rice n soya, rice n ayam, rice n vegetables and this one.

see..memang ada texture...besar pulak tu...masa ni duk pikir "nape ek banyak ketul2 cerelac ni?" haha. blonde moment.

masa bagi muna makan kena bagi sudu gak kat dia, kalau tak boleh ar tengok mak n anak ni gado berebut sudu...kehkeh

yes! habis dia makan...selalunya aku bagi dia main dengan makanan dia bila dah habis makan...pelik kan? hehe

ha..dia memang minat kepal2 kan makanan dia..

pastu dia minat hentak2 kat meja walker dia...

"hokehh sayang...times up~mama nak kemas semua ni, nanti main lagi yek" come, bagi mama ;]

muna dah pandai marah mama ek?! babab nanti..isshhh

sebelum ni muna memang taknak makan sangat...asal nak bagi makan je dia sibuk buat2 muntah..macam mane aku tau dia buat2? sebab makanan belum masuk mulut lagi dah wueekkk..haha

tapi sejak aku merajinkan diri buat macam2 jenis bubur untuk dia...alhamdulillah, sekarang ni senang sikit nak bagi dia makan...dan kuantiti pun lebih dari sebelumnya..aku harap dia nanti ada selera makan yang sihat..kalau terlebih makan dah susah pulak kan?

haha..macam2 la mama muna ni. btw esok ada checkup 10 months..berdebar rasanya nak tengok berat muna naik tak..until next entry, assalamualaikum ;)

Sunday, July 7, 2013

Gaya tidur


Anak mama ni ada macam2 gaya tidur. Dan salah satunya macam dalam gambar ni ;) nite2

Thursday, July 4, 2013

Fast learner?


Aku suka bila dapat newsletter babycenter..sebab senanglah aku nak tengok milestones baby besar dia ni..hehe.

Clapping checked, wave bye-bye checked, pointing when she sees something checked, shrieking loudly to attract my attention checked, laughing at silly sounds and expression checked, crying in a specific tone to convey a particular 'request' checked!

Dah lama jugak muna pandai buat semua ni..tp maybe in the next few weeks and months dia akan lebih 'mendalam'. Gituu..haha

Saje je nak puji anak sendiri, kalau bukan kita sape lagi kan..hehe
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...