Thursday, January 21, 2016

duduk goyang kaki je pun boleh buat duit

assalamualaikum...



betul lah kan. duduk, goyang kaki, then dapat duit. hehehe. jangan marah...

aku masih minat dan suka dengan aktiviti ni. memang ada hikmah jugak masa kontrak kerja jadi fasilitator schoolnet dulu tamat. aku ambik inisiatif untuk menjana pendapatan melalui menjahit..slow2 start.

sekarang alhamdulillah..walaupun aku dah pindah duk kat lubok antu ni, masih ramai yang bertanya..aku pulak rasa bersalah nak menolak. tapi kalau tak tolak aku pulak yang tersiksa. sekarang dah kerja tetap..ada baby kecik ngan anak umur 3 tahun lebih. masa agak terhad..huhu..

apa pun kalau yang membaca ni aku pernah jahit baju awak2, terima kasih tau. tanpa anda..siapa lah saya.

cewahh!

Tuesday, January 19, 2016

pesanan kepasa semua ibu bapa...

Assalamualaikum..

nak share sikit apa yang aku dapat melalui whatsapp group. yang baik kita ambik yang buruk kita buang ok? kita yang ada anak..harus baca ni..renung2kan dan selamat beramal.

Pesanan untuk semua ibu bapa... cikgu juga adalah ibu bapa pd seseorang anak... peringatan untuk semua... mudah2an membantu membentuk anak2 dlm masyarakat yg perihatin...

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.

Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.

Kita kat rumah paling banyak anak 6 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.

Jangan percaya sangat dengan cerita2 anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu.

4. Anak kita layak dimarah.

Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.

Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.

Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.

Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.

Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.

Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.

Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru2. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam Al-Quran.

Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.

Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.

Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan untuk jalani kehidupan di dunia dan diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

Friday, January 15, 2016

Setahun

Assalamualaikum..

Hari ni genap setahun aku bekerja as a gov servant. alhamdulillah..walaupun tak kaya mana (haha) tapi so far so good..rezeki tu bukan hanya hadir sebagai wang ringgit sahaja...

Especially part tinggal kat Tabut ni..dalam sekolah. aku sangat suka environment kat sini. pedalaman..tak ada pencemaran..hidup sederhana..dan yang paling penting aku dapat tengok anak2 aku masa waktu bekerja! pernah sekali je miss lunch dengan muna sebab aku ada taklimat kat sri aman..selain tu, i have never missed lunch time dengan si kecik tu. lagi2 kalau aku lewat sikit banyak kerja, dia kata dia tunggu mama..nak makan sama.. huhuu..so touched.

Masa mula-mula dapat tau posting kat sini memang sedih gile..risau..5 jam perjalanan dari rumah mertua. tapi sebenarnya posting kat sini ialah satu rahmat dari Allah swt kat aku n keluarga kecil aku ni..sebab aku dah lama mengidam nak tinggal rumah sendiri..berdikari..Alhamdulillah..betul jugak kan. pada Dia tempat kita meminta. sebak pulak rasa..aku minta dikurniakan anak lelaki, termakbul juga pada masa yang sama..Adam sekarang nak masuk 6 bulan. syukur tak terhingga sebab semuanya dipermudahkan.



Ni pemandangan aku balik rumah yang sekangkang kera je dari opis tu. muna memang minat sangat melukis..aku n apak dia support je ape pun minat dia, insyaallah..

Hidup ini indah~

till next entry 😊

Friday, January 8, 2016

jangan terlalu berkira

Assalamualaikum..

semalam aku pegi sri aman sebab nak pegi asb..nak keluarkan duit je pun. perjalanan ambik masa lebih dua jam.

pastu datang2 dapat ni:



gilee..lama tu nak kene tunggu. nasiblaa aku tau boleh keluarkan kat pos opis. so bergegas la pegi ke pejabat pos n dapat ni:



satu nombor je! lepas tekan nombor terus kena panggil. hehe.

tu je nak cerita sebenarnya..nak ambik mood blogging balik...i know i've been a lazy blogger. hehe

it's important to have plan B. tapi segalanya thanks to Allah swt, urusan aku dipermudahkan...

ni nak pesan sikit,



pesanan untuk diri sendiri juga...mari sama2 memudahkan urusan sesama kita..especially kita yang government servant ni..

okbye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...