Sunday, June 30, 2013

tepuk amai-amai vol 2

kesinambungan entri tepuk amai-amai...saje je share video ni...aksi se tecik ni sebelum didodoi tido tengahari..orang suruh tido dia teruja pulak..haha


Friday, June 28, 2013

my cheeks don't lie

bila mamamuna jumpa shades kat dalam keta...inilah jadinya:

.
.
.
.
.
.






masa ni muna dah notice dah spek tu...and the rest is -history....

chubby cheeks. freckles. ohhh


seriusly tak berani nak pakai apa-apa product to solve the problem

the only skin regiment yang aku amalkan (cewah) ialah moisturizer..

p/s: i love baby soft skin...jeles dengan kulit anak sendiri..uwaa ;p


Thursday, June 27, 2013

crawling

just a short update..nak share video muna merangkak..teehee...actually video ni dah agak lama bersarang kat tepon..

muna first crawl masa baru masuk 9 bulan...aku lah orang paling happy kot masa tu..and until now ;)


Wednesday, June 26, 2013

muna's nine months checkup

assalamualaikum...apa kabar korang? sihat ke..masa aku menaip ni muna tengah selsema...aku suspek sebab dia duk main aircond kat dalam keta tadi..dengan keadaaan jerebu sekarang ni (eh srwk kan takde kena efek jerebu sangat? hehe)

blouse mama buat untuk match dengan skirt..hehe

hurm, 17hb jun lepas muna pergi klinik untuk checkup 9 bulan...ada sesuatu yang buat aku risau...yang lain semua ok.....berat muna tak naik pun..memang tak berganjak dari 6.7kg dari 8 months dulu..haih, risaunye...

btw, kena injection kat bahu, ada kesan darah kat baju putih muna ni..awww ciannye die..






perkembangan muna setakat ni:

berat still 6.7kg....mama have to work harder ;\

dia semakin tahu...adakah dia imitate aku bila taknak bagi dia sesuatu, aku ambik letak belakang badan..sekarang she's doing it too ;D

aku suka main hello? hello? dengan dia, pastu dia letak hp kat telinga....hehe

dah dapat 'independence'...sebab kitorang biarkan dia merayap jauh2 sikit..ada jugak la sekali dua pipi/dahi cium lantai

kalau dia kat dalam walker, suka sangat kalau kita nak main kejar2 dengan dia...memang dia jalan laju2 sambil tergelak

suka show off skill dia from crawling position to sitting position..kadang2 dia angkat punggung tinggi2 lebih had!

ada sekali dia pegang bateri AAA tu 1 biji setiap tangan pastu main passing2..yang kanan pegi kiri sambil yang kiri pegi kanan...hah~ nak explain pun susah ;\

suka menjerit2,,sebesar2 yang boleh dia buka mulut ;O

rapat dengan papa dia...kalau dia tengok papa dia keluar pintu, memang merengek...tapi masa papa turun keje tak pulak?

suka muncung2 macam nak cium orang..huhu nape ek?

belum tumbuh gigi...tak saboo nya mama nak tengok gigi dia..

overexcited kalo jumpa orang yang biasa dengan dia..contohnya, kazen2 dia selain aku, papamuna n paknek n maknek dia..dia akan tergelak sambil menghantuk2 kan kepala dan menendang2..haha

dah kerap berpaut pada apa saja sebab nak berdiri

sangat cepat boring dengan mainan2 dia..suka letak dalam mulut dan kunyah mengunyah

dah taknak baby bites dan milna..dia nak suruh tukar brand lain lagi kooot..

still buat ekspresi muka yang sama bila nak berak..so bila aku nampak aku terus baringkan dia dan buka diaper, then aku buat bunyi uk..uk..uk.. muna pun teran macam faham je aku suruh berak..

najis dia memang keras tapi dia tak pernah nangis masa berak and najis dia lancar, bukan seketul2

hurm, that's all kot yang aku larat pikir...hehe

"mama...tengot tuu...temutt"

"baaaah muna dapat tangkat temutttt"

"yay...pandai x anak mama ni"

"eh kat seluar mama pun ada temuttt"

"mama nape rumah ni banyak temuttt..jom tolong muna tari lagii"


"eh mama ni pandai laa..mama kata semut suka muna sebab muna manis...camni kan??"

Tuesday, June 25, 2013

Muna's porridge



Sekarang ni aku tengah berusaha menambah selera makan muna..



Sebelum ni walaupun dia taknak makan..buat2 muntah la.. Tapi aku fikir sampai bila nak biar dia macam tu kan..

So aku cairkan sikit..baru dia nak!

Huhu dia tak suka texture yang pekat rupanya..aku ingat umur dah banyak sesuai la kan..bukan berketul2 sangat pun.. 



bangun tido je terus aku buat bubur nasi dia. hari ni, aku tambah bayam dan ikan gelama goreng yang diambil isi..

siap bubur aku tapiskan..

Tapi still tak banyak dia makan..better than before la..aku tengah berusaha nak pupuk selera makan dia..

Tertanya2 pulak aku..bila nak tumbuh gigi nie sayang...dah 9 bulan lebih dah (T____T)

Wednesday, June 12, 2013

[Petua] melembutkan daging dalam masakan



Assalamualaikum..dah masak? 
Ape lauk hari ni? 



Today aku nak share satu petua untuk melembutkan daging dalam masakan..biasalah, daging kan liat..kalau yang mahal tu maybe takyah kot guna petua ni..hehe..



Anyways, simple je sebenarnya. Tambah batang tebu..buang la dulu kulitnya ya. Ada kawan aku guna untuk ikan jugak. Jadi lembut isinya katanya.. 

Dalam gambar tu sup tulang daging..

jom kita try~

Saturday, June 8, 2013

I need help!




Tolong..tolong..help me to clean up this 'mess'.. Cewah..ni la sumber pendapatan sampingan aku..sampai hati cakap camtu..kekeke..bermonolog pulak.

Sekarang ni i absolutely have no time for myself..no more time to waste.

Even typing this makes me feel guilty (T____T)

Thursday, June 6, 2013

blackout bbq

malam minggu yang lepas, kitorang decided untuk buat a little gathering..santai-santai sambil bakar2...ehhehe bbq la..




actually, tak plan pun..kakak ipar sebenarnya nak ajak keluar makan...the whole family...tapi tau2 je la, ade yang nak pegi ada yang taknak, macam2 je alasan...so kitorang pun pikir better buat kat rumah je..selalu gak buat bbq macam ni bila ada kesempatan dan ahli keluarga tengah ramai..oleh kerana last minute, tak sempat nak beli barang sangat...kalau aku takmo makan nasik n mee..aku mau french fries...baru layan weh..



semua ok je, until one time aku tengah bergilir dengan papamuna untuk makan sebab sorang mesti duduk kat bilik teman muna tido..sekali aku tengah makan tu boleh pulak BLACKOUT........memang spoil la...nasib baik ada enjin generator kat umah...tapi berasap gak la..huhu 

bz la kejap kitorang settlekan muna dulu...pastu bila dah stabil sket , generator pun dah pasang, lampu pun dah terang..apa lagi...sambung makan ar...haha

nasib baik tak lama letrik ilang..ok la, itu cerita malam minggu yang lepas..sekarang ni lapo pulak wat entri ni..haha

sekian.

Wednesday, June 5, 2013

muna's eight months checkup

kesayangan guwe

Assalamualaikum...it's already midnight dan esok nak kije (T_T) nanges dulu...

padahal dah cuti 4 hari tak puas ke cik jah...bukan cuti buat sendiri tau~

haha.. dont get me wrong, my life is not upside down (yet!) i am just too busy with sewing..with work..with hubs..with baby (in no chronological order k)...just too busy lah~

but ada rasa tanggungjawab lak kat blog ni..ye la kan, kalau aku tak hapdate, sape nak tolong hapdate? hihi...dah suruh papamuna dah, takde nya dia layan...fb dia pun dah bersarang..

moving on...

checkup kali ni lain sikit...sebab aku leh terlepas appointment yang dah di set oleh nurse kat dalam kad baby tu...yer la, selalu hari isnin...tetiba lak dapat rabu...tu yang terlepas pandang tu...haha..no stress ok..small matter je, so aku pegi 20th may..

checkup kali ni takde injection, so it was very brief...so kita pun terus ke perkembangan muna setakat ni lah ye:

  • berat jadi 6.7 kg...naik 350g sahaja...
  • tak suka makan, tapi kalau lapar habis dia makan..
  • agak kuat menyusu...sebab tu kurang makan kot
  • bukan ape dia susah nak makan, dia suka main berebut2 sudu dengan mama..tensi mama tau..hehe
  • pastu bila mama suapkan, dia buat muka 'ewww' huhu sabooo je la
  • then mama bagi dia baby bites..at least dia puas hati dapat pegang sendiri ;)
  • dah pandai ambik paci letak dalam mulut, bila boring dia cabut dan campak sesuka hati~
  • dah pandai merangkak actually tapi oh sangat malas...2-3 steps pastu kembali mengesot..
  • dah pandai gurau macam mama... tetiba dia kata "eh! ...  eh! .....eh!" diikuti pergerakan badan yang ada pause2 gitu
  • bangun2 tido terus tepuk amai2...ni mesti kes mimpi main tepuk amai2 ni...hehe
  • ada demam sekali, kalau tak silap 24 may kot. tak lama sehari semalam je
  • macam leher dia dah panjang sikit..lepas baik demam tu...ke mama je yang perasan? hehe
  • suka kalau didirikan sebab dia suka berpaut kat sesuatu..kalau didukung pun dia duk panjat2 perut kita..feeling2 rock climbing seh
  • rasanya tak lama lagi nak tumbuh gigi! 
  • suka ikut semut dengan telunjuk kecik dia...dan suka nak ambik benda2 kecik atas lantai
  • suka bergoyang-goyang macam tengah menari sambil duduk...sambil tepuk2 kaki..
  • sangat banyak air liur ;p
  • sangat suka dibawa bersiar2...tenang aje...takde susu n paci pun takpe..tapi bila kat rumah macam2 lah agenda dia..semua serba tak kena.....huhu
ok lah stop kat sini dulu...dah malas dah otak ni...


tengah kaco nurse rekod perkembangan dia...tu sebelah tangan duk atas meja

bam bam dah dia..hoodie mama buat kali ni fit2 kat badan

tengah cari idea nak kaco mama

waktu senggang mama

tapi di waktu senggang mama suka kaco dia tido, gerammm


last but not least.... 
luv u much ;*



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...