Thursday, May 30, 2013

[D.I.Y] refashion a blouse

hi korang...today..let's refashion a blouse...(without hurting it) so no tools needed ok..u just need a brooch or anything with a pin or whatever type of cloth fastener u can find..but please be fashionable..hehe;)

baju...bab ni aku memang surrender la..dah lama kot tak gi shopping baju..huhu..kena save money for something more important..ecece..so aku prefer beli bundle, or yang on sale, or buat sendiri jek!

masa nak pegi ranchan tempoh hari, aku main redah je la buat baju ala kaftan longgar2..kata nak pegi berekreasi kan..haha.


gile ko...masa nak pegi tu, time tu gak aku jahit...alhamdulillah, dapatlah dipakai tanpa rasa curiga..hehe..bukan ape, aku da bosan gila nak pakai baju2 yang lain..aku rasa banyak pompuan camni kan..baju penuh almari tapi 'takde' yang boleh dipakai..but in my case, lebih dari 1 almari ;P i need wardrobe makeover obviously  (T_T)

then, masa nak pegi birthday party adik tiz haritu aku recycle je baju ni lagi..hehe..aku pikir occassion berbeza, takpe kot.. tapi aku ubah skit ar...tadaa~






sama tapi tak serupa kan? hehe..susah okey nak ambik gambar dalam bilik yang gelap sebab papa n muna dah tido..alolo~

what i did: aku gather kain ke depan pastu pinkan dengan brooch dan pakai dengan long black skirt. ada gak yang kata, 'cantik baju, mana beli?'..and it only cost me rm 3 for the fabric. lalala~


Tuesday, May 28, 2013

doa mama

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ






"mama doakan muna dah besar nanti jadi seorang wanita muslimah yang solehah..dan mama doakan semua yang terbaik dalam hidup muna...inshaallah..amin.."

*hugs n kisses*

Sunday, May 26, 2013

[SEW] little peplum with hoodie

kesinambungan entri teaser little hoodie yang lepas...here we go...dah berkurun baru nak update kann..heheh



fabric yang aku guna ni sangatlah best..so stretchable, tapi aku taktau la apa nama fabrik ni..by the way, baju kitorang sepasang (^___^)




 haa...tau tak kenapa sepasang??



sebabnya, asalnya ia sebuah jubah! yang aku alter jadi...blouse! hehe..sebabnya...jubah ni aku beli online...pendek sangat..tak kuasa mak, so jadilah mangsa tangan aku yang takleh duk diam ni ;D

jubah dah jadi blouse

ok...back to making little peplum hoodie..idea ni datang tetiba je..peplum tengah in kan sekarang sana sini orang pakai peplum, tapi aku kasi tambah hoodie lar, sebab aku takde beli baby punya headband untuk muna..so macam takde aksesori kat kepala dia..to make the peplum interesting, aku tambah la hoodie... dan aku buat button kat depan so that senang nak bukak dan pasang baju masa nak timbang muna..




masa gunting ni aku tak ikut pun mana2 saiz atau ukuran...i knew muna so well so aku just gunting je ikut lebihan kain jubah aku tu...kalau korang nak buat jugak ukur la kat baju2 lain yang baby korang selesa pakai..mostly lebih kurang je cutting dia kan..

yang hoodie tu pun aku first time buat..ok la menjadi..tu aku refer kat contoh baju muna gak..kira pandai2 la..kalau korang ada masa google2 la tutorial..inshaallah banyak kat internet ni..




actually sebelum ada baby lagi aku da berangan nak wat baju yang ada hoodie untuk baby sendiri..cewah~ sejak aku tengok baby omputih pakai tapi aku rasa gambar dia copyrighted so malas la aku nak share..still simpan sampai sekarang..masa berangan dulu, aku baru berjinak2 dalam dunia jahitan ni...pastu aku pun terpikir la..

"alangkah bestnya kalau aku pandai wat camni..tapi cemane ek? ek?"

angan-anganku kesampaian akhirnya...so happy to see muna in it ;') 


Saturday, May 25, 2013

trip to ranchan recreational park

assalamualaikum (^___^)

nak story sikit walaupun a little overdue, haha..baru dapat pegang lappie ni...tak best ar update pakai fon je kan..

masa cuti umum sempena hari pekerja hari tu, kitorang plan nak gi taman rekreasi ranchan, kat serian..agak jauh gak la, tapi situ je tempat familiar sebab nak bawak budak tecik ni sekali..yes! muna ikutt...weee

aku penah gak pegi berdua je dengan papamuna, best mandi2 sebab aku suka duduk bawah mini waterfall tu sambil air yang deras mengurut2 bahuku..hehe tapi kali ni aku decided untuk takmo mandi..nak pegang muna je..

tapiiii mengalahkan mama, muna mandi gak~ tak padan dengan umur baru 7 bulan setengah masa tu..

best sebab muna sporting ;p

with papa.. (",)


(,") with mama...

muna mandi gak! tapi dalam baldi je la, maknek dah kasi green light kan, so why not? hehe

best gak makan2 ala picnic camni...bukan selalu tauu

everything went smooth, alhamdulillah...bukan ape, bawak baby ni ada kerisauan sikit..just as soon as diorang puas mandi (nyesal lak tak mandi)..hujan pun turun dengan lebatnya...tak dapek nak singgah shopping kat pasar serian..huhu

maybe next time! 

Tuesday, May 21, 2013

Tepuk amai amai..


Assalamualaikum..

lama gak tak update blog eh. hehe. ni nak update ni tapi sikit je ar. ok la kan dari takde lansung ;p 



ni newsletter from babycenter :



"Hello, melissa! 

 Your baby is starting to grasp what it means when someone can no longer be seen, the result of a growing understanding of what's called object permanence. An exciting demonstration of this comes the first time your baby tries to imitate a goodbye wave by twisting a wrist or flapping a hand. Not all 8-month-olds can wave bye-bye,but it's a fun new feat to anticipate. It takes a certain amount of fine-motor coordination to wave in the style of the Queen (or Mom and Dad). "



actually dari 7 bulan kitorang dah ajar muna untuk wave bye2 especially masa nak gi keje. pastu dia ada gak ikut tapi tengok mood dia ar rajin ke tak. 



semalam, masa aku nak bawak dia gi klinik untuk checkup, tetiba dia wave bye2 kat cousin dia, siti (yang ambik gambar ni hehe)..alolo tomey nya tangan kecik tu wave bye2 tanpa disuruh. bila suruh takmo pulak. 

alhamdulillah perkembangan muna setakat ni baik..

as in motor coordination tu, dia tau main tepuk amai2 gak..sekarang ni bila aku start nyanyi "tepuk amai2.." dia dah start tepuk2 tangan dia. kadang2 bunyi, kadang2 tak kena pun.haha..

muna dah semakin paham..huhu. 

malam tadi lepas dia cakar muka aku, dushhh kaki dia hinggap kat pipi aku..adoi..xleh gentle sikit ke nak gerak mama ni sayang oi.. haha geram kot tengok mama liat nak bangun ;p



P/s: muna punye wave style Queen atau ala2 miss universe gitu..'(-.-)

Tuesday, May 14, 2013

8 monthsary




Dear muna is already 8 months old?! Waa..cepatnya masa berlalu..4 bulan lagi je dah setahun.



P/s: muna dah start merangkak ;)

Sunday, May 12, 2013

Muna's first sneakers



Belum dapat pakai lagi la..still agak besar..Why pink? Hehehe dah boleh imagine muna mintak beli barbie. Aww ;)

i like this new app 'molome'! cantek kann gambar ade filter2 mcm instag ;p

Senyum



Senyum..xperlu kata apa-apa..

Malam tadi aku dijemput ke rumah cousin a.d untuk jamuan hari ibu..aku on aje kalo bab makan2 ni..hehe..

Org kata haram sambut hari ibu ni..hurm..kalau tanya papamuna dia memang tak tau semalam hari ibu..blur bah..haha

Rasa2 kan, haram tak sambut hari guru ke..hari pekerja ke..etc..

Tapi memang best jadi ibu..berbanding dulu, sebelum jadi ibu, sekarang hidup dah berubah..hari2 ialah special day sebab dapat tengok anak membesar..

Makanya...hari2 ialah hari ibu~ ;)

Wednesday, May 8, 2013

[SEW] Baju kurung adik tiz







Hi assalamualaikum..seperti yang dijanjikan...cecewah.... ini kesinambungan entri teaser yang lepas, kain tersebut telah jadi baju~ alhamdulillah, siap pun seperti yg aku harapkan. Hehe

Actually, ni kali kedua aku menjahit untuk jadikan birthday present..huhu..aku prefer cara ni sebab kalau nak beli hadiah, aku tak dapat afford hadiah yang mahal2..huhu, kalau beli hadiah murah2 nanti aku rasa tak best pulak. Hehe..

Btw, tiz ni umur dia 2 tahun..nenek dia first cousin dengan nenek muna..besar keluarga belah papamuna ni..

Why baju kurung? Coz dia da banyak gaun..hehe.I hope little tiz likes the baju kurung..takde gambar tiz la, semua bz makan..hehe

Monday, May 6, 2013

Vote




Warna warni pilihan raya..ini kira kali kedua aku vote, yang first tu untuk peringkat negeri je.. So untuk pru, ini yang pertama.dua2 aku pangkah dacing. Hehe. Biarlah apa orang nak kata kan..kita masing2 ada pendirian sendiri. Dan kena hormatlah pilihan masing2..

Walaupun kat wall fb banyak sangat yang mengutuk, banyak isu..aku pun tak paham dari mana ia datang..tup2 seolah2 ada satu gelombang anti dengan kerajaan..kenapa ek ramai yang marah2? kalau bolehlah kan, dah senang nak lagi senang..dah murah nak percuma..

Yang aku heran tu..nape senang sangat terpengaruh..senang sangat share benda2 yang belum tentu sahih..orang kita ni suka ikut gelombang kot eh?

macam tu jugaklah dengan produk2 collagen lah, pemutih la, supplement lah..seems like everybody is doing it..tak salah pun, memang tak. It's just that, tiba2 jadi femes..mcm blooming..teringat pulak 'algae bloom' haha..tak terfikir ke kesan jangka panjang? Huhu

Ada yang fikir, kat tempat aku ni, biasalah kampung, terpisah dengan arus kemodenan, manalah orang2 sini tau apa tu politik..manalah tau dengan 'kezaliman' yang kerajaan dah buat..

Hurm, susah kan..kalau dah suka buruk sangka..apa pun tak ok..tak betul..tak meletakkan sesuatu di tempatnya..tapi maybe lah kat tempat diorang pemimpin tu tak bagus..it's ur right to choose..tp ini sampai nak ubah total ni, ape cerita ni..

Bila keputusan dah keluar macam tu, jangan buruk sangka dengan qada' n qadar Allah s.w.t je dah la kan. Just remember, ini suara majoriti, bukan 100% yang pilih..so terimalah dengan hati yang terbuka..k?

Yang mana satu mainstream pun aku taktau..haha..tapi takpe, kita kena open minded sikit..macam ni baru boleh perform..aku tak perlu utusan atau tv3..yang aku tau aku takmo dsai jadi pm. Titik!

Saturday, May 4, 2013

[TEASER] sewing project


Hello bloggie, dah lama tak update kan. Bz la..so aku dapat bagi teaser je sekarang. Ni kena siapkan sebelum malam. So wish me luck okay? Hehe
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...