Wednesday, September 26, 2012

Day 12


hari ni umur muna dalili 12 hari...so far she has been a good baby, Alhamdulillah..sayang anak mak ;) maknya pulak apa khabar? haha good question...anak tudung ntah ke mana, stokin ntah ke mana..nasib baik ada MIL yang rajin ingatkan suruh makan ubat berpantang..masih berbekung..ya allah is, tolonglah disiplin sikit...kalau kau tak jaga badan kau sendiri, siapa lagi nak jaga? huhu

sekarang ni, baby muna dan bapaknya tengah nyenyak tidur..memang bahagia rasa tengok dua-dua buah hati ni tidur...kalau dulu suka tengok papamuna tidur..siap ada satu folder gambar dia tengah tidur..haha mahal tu! Memang some people have weird hobbies..hehe..sekarang ni tambah lagi sorang buah hati...mana tak hati mama ni berbunga-bunga.. (^__________^)
despite being tired plus sleepy caring for the baby, tapi semuanya well worth it. Sangat.. ;))

btw, kelmarin simcard aku rosak..tak tau kenapa tiba-tiba cip tu kembang..bila masuk dalam phone, tiba-tiba tertera “simcard not inserted” macam-macam hal je..dah banyak number aku tukar..malas nak gi maxis centre, beli je sim baru habis cerita. At the same time aku tengah tunggu bestie aku si mimi tu beranak..bila log in fb, rupa2nya dah deliver semalam..25 september 2012..a cute mini mimi (a baby girl), maybe dia ada sms aku..too bad, simcard rosak..dah sms dia tapi belum ada jawapan..tak sabar sangat nak tengok anak mimi ;))

Monday, September 24, 2012

when i left u..

Umur muna baru 8 hari tapi aku terpaksa tinggalkan muna kat rumah dengan nenek dia sebab aku kena pegi interview..last week (18 september) aku bukak email dan ada panggilan interview untuk jawatan guru mara..masa tu ada tak sampai 4 hari untuk prepare..(22 september) papaluna pun izinkan aku pegi..why not aku cuba kan.

tiba hari interview tu aku sedar yang aku tak sempat nak prepare apa2 sangat..ada exam psychometric, microteaching dan interview..ye la, mana nak prepare, aku bz jaga muna. tapi aku pegi je kot2 ada tuah dapat kerja tu. lepas exam masa pagi tu, aku dah start rindukan muna..so aku tengok la gambar dia kat wallpaper hp aku.


tiba-tiba je aku rasa sedih sangat..meleleh air mata..rasa bersalah pun ada sebab terpaksa tinggalkan dia untuk setengah hari..of course i didnt do well for the microteaching. panel pun tanya, awak tak prepare ke? tapi diorang tak tau yang aku baru 8 hari dalam pantang. dewan exam tu sangat sejuk! ada jugak satu masa tu urusetia panggil nama aku. rupa-rupanya papamuna yang suruh panggil sebab dia risau aku belum makan.

sampai settle semua dalam pukul 4:30 petang, baru aku makan. throughout the day, all i can think about is muna, muna, muna. macam ni rupanya perasaan ada anak. 

Wednesday, September 19, 2012

nama baby (officially)

dah lama nak buat entri ni sebenarnya tapi asyik tertangguh..maklumlah ibu baru ;) dulu aku pernah tulis kat sini yang aku nak namakan baby dengan nama adhira sebab simple, dan rhyme dengan nama bapak dia...lepastu, macam dah terlupa dengan nama tu dan papaluna pun suggest nama Mwani...aku tak berkenan pulak sebab nanti orang panggil ani, macam nama kakak a.d..dalam 2-3 hari pertama tu baby belum ada nama lagi..

lepas tu aku fikir, aku nak something yang agak unik. nama yang tak sama dengan orang lain, kalau sama pun 1 dalam sejuta macam tu la..kalau kakak2 dia aku namakan luna tsara dan luna tuma'ninah, baby pun deserve satu nama yang kitorang cari sendiri untuk dia..nama tsara dan tuma'ninah tu masing-masing bermaksud kesenangan dan ketenangan..yang tu papaluna yang pilih dari buku "petua selamat bersalin, penjagaan bayi & nama-nama islam yang terpilih: bimbingan lengkap untuk ibubapa/ bakal ibubapa". buku ni sebenarnya aku pinjam dari kawan aku masa pregnantkan luna-luna, tapi entah macam mana boleh lost contact..so jadi aku punya la..hehe

aku nakkan nama yang agak dekat dengan luna, cari2 dalam buku yang sama, aku berpuas hati dengan Muna..muna bermaksud cita-cita..lepastu aku nak cari nama kedua yang agak jarang didengar tapi serasi dengan nama pertama..so dapat Dalili...yang bermaksud pemimpin..aku rasa, cita-cita serasi dengan pemimpin..lagipun baby akan jadi anak sulung untuk kitorang..

Pagi tadi papaluna pegi daftar kelahiran dan dapat surat beranak..jadi dengan rasminya, baby yang aku kandungkan lebih 9 bulan ni bernama:
.
.
.
.
.
.


"Muna Dalili Binti Addie"

(─‿‿─)

Saturday, September 15, 2012

My little precious


Hi! Inilah si comel yang belum diberi nama..beberapa jam selepas dilahirkan pada 14 september 2012, pukul 1:34 tengah hari, hari jumaat..iaitu semalam..berat baby 2.81 kg, syukur alhamdulillah, proses kelahiran normal,..gambar kat atas ni gambar beberapa jam selepas baby dilahirkan..boy or girl? Huhu surprise! Sekarang masih di hospital menunggu untuk check out ;)  Still in a disbelieving state, can’t believe now I am a ‘complete’ mother, and that I’m bringing my baby home today ;))

Thursday, September 13, 2012

Not another c-sect pliz! [part 2]


aku tak bawak kad mengandung yang lama tu, so aku diam je la..kalau bawak senang sikit keje doctor. pastu dia tekan-tekan dekat scar aku dan tanya, “sakit ke puan?” aku jawab lah “ermm..tak”..dia tanya “kenapa awal sangat baby twin tu nak keluar? Ada jadi apa-apa ke kat puan masa tu?” Aku cakap la, “signs of labour dah ada, lagipun contraction makin kuat” malas aku nak mention yang dua hari sebelum tu aku gi kursus kat Pahang, naik flight, naik bas, turun naik tangga..tak cukup tido..mungkin indirectly all those could be the contributing factor. Ada lagi faktor-faktor lain yang aku rasa menyebabkan aku bersalin awal, tapi tak sesuai pulak nak cakap kat sini. P&C laa uols.. ;p

pastu dia terangkan kat aku yang maybe aku tak dapat nak deliver secara normal…sedihnya! Dokter, please la don’t burst my bubbles ;( I nak banyak anak kalau boleh..


Not another c-sect pliz!

Ya..masa entri ni dibuat, aku dah kena admit kat ward maternity dah..Currently dah masuk “latent phase of labor”..takleh dah nak balik rumah..now on my bed, relaxing..hehe..laluan pun dah buka 3cm, mild contraction pun dah mula terasa..

Sebelum tu nak cerita sikit kisah sebelum sampai katil ni..

nasib baik aku ikut gerak hati..pagi tadi macam ada tanda nak beranak cos keluar cecair bercampur darah. tapi darah sikit sangat, tak macam dulu. aku confuse sekejap…ketuban belum pecah? sakit pun belum datang? Is this it? aku bagitau la kat MIL, dia pun panggil bidan untuk “merasa perut”. tengah tekan-tekan perut, bidan tu tanya aku, “sakit perut tak?” Aku jawab lah “tak”, sebab memang takde rasa ape-ape pun. dia tanya lagi, “baby banyak gerak tak?” Aku pikir sekejap, dan jawab “macam kurang je..” so dia suggest suruh kitorang kemas-kemas barang dan pegi je sebab baby dah ‘mengeras’..dan dulu aku kan kena ‘potong’, so manalah tau kot2 rasa nak beranak tu lain..


Braxton-hicks?

di klinik, pagi tadi

My oh my..sakit dah datang..camne ni..papaluna bukan boleh di bagitau dulu kalau sakit sikit camni..haha panic lebih! Kena explain sakit ni belum nak beranak lagi..or so i think..erk..aku rasa dulu lagi sakit..patutkah aku tunggu ? Pukul 8pm tadi dah start so aku bawak tido je..sekarang dah nak kul 1am..macam tak sakit lagi..macam mana pun, due memang dah dekat. pagi tadi baru pegi checkup 39minggu. Seminggu je lagi..im going to enjoy my sleep while i still can. Hehe

Friday, September 7, 2012

[D.I.Y] bobbin & thread organiser

Hi semua..hari ni kita akan buat bobbin organizer...untuk sesiapa yang suka menjahit macam aku ni, mesti serabut nak letak kat mana bobbin-bobbin ini semua...biasa aku letak kat dalam kotak pill je yang ada sunday to saturday tu...pastu, benang tu start to tangle sesama sendiri..membuatkan hatiku panass...hehe



ada macam-macam jenis bobbin organizer ni...tapi kat tempat aku ni takde pulak jual yang fancy2 macam ni (source: google image)






penyelesaiannya senang aja..tak payah beli yang plastik punya organizer sebab boleh do it yourself! tapi yang ni i did not do it myself, kerja-kerja bertukang ni kan kerja orang lelaki, but you get what i mean kan.





so first step is to cari papan atau kayu yang cantik, gosok dengan kertas pasir kalau rajin..pastu buat grid kat atas kayu tu untuk tentukan kat mana nak ketuk paku...kalau tak buat pun takpe, tapi tak selari la, unless kau memang terer..saiz paku pun mestilah comel,sebab bobbin pun tak besar mana..

as you can see, boleh jugak guna idea yang sama untuk buat organizer untuk benang pulak..actually ni dah lama buat, tapi nak buat lagi sebab tak cukup tempat..


papaluna buat ni masa 2011, masa baru nak berjinak-jinak dalam dunia jahitan ni...sekarang perlu yang lebih banyak paku dia...boleh buat rapat-rapat jugak...jimat space

so there you go, mana tau boleh di aplikasi untuk projek lain jugakkan? selamat mencuba (>‿♥)

37+ weeks



syukur alhamdulillah..my pregnancy dah sampai stage full term. Dah tak risau lagi pasal prematurity. oh beginikah rasanya..still boleh handle ni..lagi 2+ minggu baru sampai due. sangat nerves! Kalau boleh, biarlah dia ikut due..cos im not ready..yet! Haha. 

Barang-barang baby mostly dah beli..ada jugak yang tak beli sebab pakai barang kazen2 baby ni..jangan membazir..tadi ada checkup kat klinik kesihatan, sekarang ni kan lebih kerap, setiap 1 minggu kena pegi. Balik dari checkup, shopping barang baby lagi. takut takde masa pulak nanti..barang yang belum dibeli macam diapers, botol susu, baby wipes..towel mandi..dan sebagainya..dah settle ;)

i am going to miss this baby bump! nanti baby dah keluar tak dapat lagi rasa gerak-gerak dalam perut..huhu. 
see you soon my little one~ 

phone blogging

boring punya pasal,berbekalkan phone nokia 6300 yang antik ni dgn kredit rm2, aku pun subscribe la mobile internet for one day...godek2 setting blogger ni. Mcm best lak leh blog through phone..ye, memang ketinggalan..aku slalu ada je benda nak ditulis tapi bila laptop depan muka tak tau lak nak tulis apa. Anyway ni testing aje..alrite, nanti aku try upload gambar pakai phone jugak.

Wednesday, September 5, 2012

[SEW] Bed Sheets & Pillowcase

Rupa-rupanya, sangat senang untuk membuat bed sheets dan pillowcase ni..tapi sebenarnya senang lagi kalau beli siap kan..tapi tu lah, tak dapat nak explain lah the fun that comes with sewing ni..especially bila semua kita buat sendiri dari memilih kain, benang, aksesori (kalau ada la), menjahit, sampai la dapat hasilnya..dengan boleh custom made lagi..best!


Ini first time aku try so aku beli kain ni, 3 meter je..kain ni lerang dia besar, so memang sesuai untuk dibuat bed sheet. sebelum ni aku pikir kena sambung kat tengah sebab aku ingatkan semua kain lerang dia lebih kurang sama..hehe


aku buat macam bed sheet style biasa je, next time aku nak buat yang boleh sarung kat tilam...bagi zip..pastu buat tegang2 so senang sikit keje aku pagi2 tak payah lama sangat kemas tilam..hehe..ataupun leh cuba buat tali kat bahagian bawah tu so that bed sheet ni tak berkedut-kedut sangat..


it's done! cukup-cukup je untuk tilam dengan dua bantal..bantal-bantal lain dengan comforter letak tepi jap, nak ambik gambar...hehe...nanti2 nak try buat complete set siap dengan cover untuk comforter sekali pulak lah..macam ni (pic googled):



Helpful tips: beli dua jenis kain, yang bercorak dengan yang plain..yang plain murah lagi kot..yang plain tu buat untuk bed sheet dengan bantal-bantal yang jadi pelakon tambahan tu je..so it is value for money kan? kalau bercorak semua pun semak jugak..dan kalau nak shopping, pegi time sale, sebab kene beli banyak meter ni..aku kira2 dalam 15 meter sebab ada dua comforter..hehe..

btw, kain kitorang ni papaluna yang pilih..tetiba dia leh cakap "nyesal pulak tak ambik yang hitam putih yang kita first tengok tadi.." mengada.

oh not to forget, untuk bakal cahaya mata kitorang pun aku ada buat jugak..cute kan? untuk baby kena la warna yang terang dan ceria..baru comel...tengah sarat pun nak menjahit jugak..tengah menghitung hari ni...


ok lah, that's all for now, jom tido!  (-.-)zzz


My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...