aku tak bawak kad mengandung yang lama tu, so aku diam je la..kalau bawak senang sikit keje doctor. pastu dia tekan-tekan dekat scar aku dan tanya, “sakit ke puan?” aku jawab lah “ermm..tak”..dia tanya “kenapa awal sangat baby twin tu nak keluar? Ada jadi apa-apa ke kat puan masa tu?” Aku cakap la, “signs of labour dah ada, lagipun contraction makin kuat” malas aku nak mention yang dua hari sebelum tu aku gi kursus kat Pahang, naik flight, naik bas, turun naik tangga..tak cukup tido..mungkin indirectly all those could be the contributing factor. Ada lagi faktor-faktor lain yang aku rasa menyebabkan aku bersalin awal, tapi tak sesuai pulak nak cakap kat sini. P&C laa uols.. ;p
pastu dia terangkan kat aku yang maybe aku tak dapat nak deliver secara normal…sedihnya! Dokter, please la don’t burst my bubbles ;( I nak banyak anak kalau boleh..
tadi aku bagitau papaluna, suruh dia ambik kad mengandung yang lama tu kat rumah..sekarang ni, kat sinilah aku, maternity ward..tunggu laluan baby bukak. tapi still belum tau dapat tak bersalin normal. aku dah terbayang kena curl kan badan sebab doktor nak cucuk kat spine, cucuk jarum sana sini lepastu aku geli2 (sumpah geli, tak main2) and then kena marah dengan nurse..haha..OT yang sangat sejuk..dan kejam..biarkan aku menggigil kesejukan sambil perutku dibelah! Oh tidakkk..aku rasa ada movie pasal badan patient belum terima kesan bius sepenuhnya dan boleh rasa kena belah tu..apa ntah title dia. tak sempat tengok pun movie tu..to think of it, horror gila. me and my imaginative mind..suka nak terbayang2 macam2 benda. (-_-!)
setakat ni dah 3 kali CTG..(tak suka la, sebab lama sangat nak guling-guling tak dapat, sampai panas benda tuh baru nurse nak bukak..) takpela..for baby, mama will endure all this..who says it’s going to be easy anyway kan… contraction pun belum cukup kuat..tapi dah start la..i just hope for the best right now..ada jugak terserempak dgn my ex-colleague momot yang otw disorong masuk labour room tadi.. Dia nangis..aku ingat nak cakap hi, tapi dia tak perasan kot, tengah tahan sakit tu.dah 3 orang aku tengok nangis sebab menahan contraction..stay positive je la. Kalau orang lain boleh nape tidak aku kan.
*gud luck is*
No comments:
Post a Comment
thanks for your comments (",)