Saturday, March 31, 2012

second stage

apa khabar ibu-ibu mengandung? sihat? morning sickness dah hilang?
omg, baru tau my bestie kat u dulu tengah pregnant jugak. dahla due date dekat sangat! as excited as i am receiving the news, aku saje tak bagitau aku pregnant jugak..kasi surprise sikit kat dia..haha! jahat. by the way tu pun bukan aku yang receive news tu, aku notice status update kat fb dia ckp baju dan seluar dah ketat, then baru aku macam dapat agak..

speaking of baju dan seluar, yes, yours truly pun experience benda yang sama..sekarang dah masuk trimester kedua..rasanya dah 15 minggu. morning sickness dah pergi..heartburn yang datang..tapi taklah teruk. uncomfortable skit je. another thing, nak kata mengidam tak tahulah, tapi aku macam teringat-ingat je dengan makanan jepun..okonomiyaki dengan takoyaki. dulu kat kl pernah lah beberapa kali makan. tapi kenapa sekarang tiba-tiba rasa nak makan? pelik bukan.

kalau dulu aku mengidam makan ubi rebus je. huhu sempat jugak makan. tadi ada godek2 kat google cari makanan jepun halal kat kuching..terjumpa satu kat Matang. rasa nak ajak PapaLuna pegi malam ni la. haha tak sabo2!

p/s: kelas jugak dashboard yang dah diupgrade oleh blogger ni. baru semangat nak taip. hehe

Sunday, March 25, 2012

zat besi

i was once anemic. ceh...why sound so serious? tetiba jek...actually, tengah tengok mentor tadi pasal protege ferhad yang kena out sebab dia ada low blood pressure..selalu pengsan and stuff. pastu ferhad ada mention anemia dengan LBP, and i was like eh ada kaitan ke dua-dua tu? dia anemic ke LBP ke dua-dua? so being online, aku pun google lah. LBP disebabkan level sodium and potassium yang rendah dalam darah. anemia pulak sebab kurang sel darah merah. dan, anemia boleh sebabkan LBP. ah, aku still tak berape nak faham the anemia-LBP relationship.


Saturday, March 24, 2012

[RESEPI] asam pedas ikan manyung

my current obsession is looking for recipes on the internet...pantang nampak gambar cantik-cantik mesti suka..tu satu hal..berjam-jam masa dihabiskan dengan semangat konon-konon "eh nak buat macam ni laa. cambest je" sambil telan air liur...hehe

dah tu bila rasa resepi tu cambest, save la dalam lappie..pastu jadi pekasam..dahla tak organize dalam folder yang khas..memang takkan pakai la pendek cerita..konon-konon nak buat kuih cara berlauk, nak buat biskut ala famous amos, laksa penang, karipap, macaroni and cheese...ish, macam-macamlah yang terbayang dek fikiran aku ni..

biila tengok rancangan memasak pulak sibuk salin resepi.. scones lah, cupcake la, nasi lemak etc..etc..

last-last haritu bila teringin sangat nak makan asam pedas..tak pakai resepi pun..main agak-agak je sesedap rasa..tapi aku sure ada tersimpan dalam lappie ni just tak tau kat mana..kalau resipi yang aku simpan dari majalah-majalah pun ade..tapi banyak sangat malas nak cari!


tadaa~ rasa nye pon boleh tahan...cuma kalau pakai asam jawa sedap lagi...pakai asam gelugur je sebab takde stok asam jawa kat dapur...lagi satu bunga kantan yang dihiris tu macam buat nampak serabut? ikan pe ni? ha good question. aku pun tak pasti...maybe ikan manyung..huhu tak tahu nama ikan.. (T_T)

cara aku buat asam pedas ikan manyung ni:

tumis bawang merah, bawang putih, halia yang dah diblend. sampai naik bau. masukkan cili kering yang diblend..kalau nak pedas, letak lah banyak..nama pun asam pedas kan. pastu masukkan asam keping (asam jawa ok lagi), daun kesum, dan bunga kantan. biarkan seketika. pastu boleh la masukkan ikan..biarkan sekejap pastu masukkan sayur terung (bendi pun best). aku guna apa yang ada je laa. biarkan mendidih, perasakan dengan garam dan secubit gula untuk memancing rasa..ada tak benda yang aku miss ni? apepun hasilnya, voila~ sedap! (masuk lif tekan sendiri ;p)

Monday, March 19, 2012

berat badan

bila aku belek2 buku mengandung kaler pink tu, terperasan pulak sesuatu yang menarik..hehe..pasal berat badan. kan every check up ibu mengandung kena timbang berat..u know what..berat aku sekarang at 13 weeks (2012) dengan dulu at 7 weeks (2009) cuma berbeza 0.8 kilogram..hehe maintain beb..

maintainnnnnn lah sangat ~ ada jugak berat naik dulu especially after cesaerean. pastu masa tak keje..then ditambah pulak dengan makan pil  perancang..ramai cakap badan dah naik. badan dah naik...tak payah cakap pun takpe cos aku sendiri boleh tengok dalam gambar ;( pastu keje balik baru la slowly turun berat.


Saturday, March 17, 2012

mengidam kentang putar


Malam semalam tetiba rasa nak sangat makan kentang putar..a.k.a mashed potato..aku penah buat ikut resepi kat internet tapi dah malam malas lah nak ke dapur. lagipun sikit je cukup la macam tak berbaloi pulak masa dan tenaga nak masak.so aku suruh papaluna beli kat kedai aiskrim dekat2 sini je.. kalau saiz besar tu baru 2 ringgit lebih..tapi tak lah sebesar kfc punya...last2 dia gi beli kfc punya dengan cheesy wedges lagi..2 pulak tu..haha aku memang feveret sangat la dengan kentang ni..ape-ape jenis pun..eh eh maknanya baby pun suka kentang la ye..yey kita geng~ (^.^)

dah lah tengah malam, pas makan tido..cakap pasal tido, sekarang ni susah sangat nak resist tido. asal ada bantal memang tido la jawabnya. Mungkin my body is telling me to get as much rest as possible..eh bukan aku memang kaki tido ke? haha imagine sekarang lebih kuat lagi tido..mungkin aku tak risau sebab lately ramai yang cakap aku lose weight..eh betul ke? haha tapi tu bukan tandanya aku sihat..adakah sebab aku pregnant aku lose weight? macam dulu sampai anemic...

berbalik pada kentang putar..ye, aku sorang yang habiskan semua kentang2 tu. ni barulah namanya mengidam. haha

kentang putar is soo heavenly. pic googled.

Sunday, March 11, 2012

the redline(s)

Alhamdulillah, syukur ~

sekarang barulah boleh officially announce yang...aku mengandung ;)


dah lama dah buat urine test guna pregnancy test kit ni tapi baru last week pegi daftar kat klinik kesihatan. ada urine test lagi skali, ambik darah dan ada ultrasound scan. lepas tu terus doctor print out dan bagi image ultrasound tu. so double confirm yang aku mengandung~  ;') 



13 minggu dah, 27 minggu lagi..doakan aku ye ;) jauh lagi perjalanan ni..btw, masa tengah tunggu turn untuk ultrasound hari tu aku terjumpa ex-colleague yang pregnant jugak. sebenarnya dah tau dia pregnant sebab terbaca status dia kat fb..ramai jugak yang mengandung..macam musim buat anak pulak..ops.hehe. sampai sekarang aku blum mention apa-apa kat fb. dah lama kot tak update status. huhu ikut mood. still with my mild morning sickness ;\

my EDD - 20th september  2012
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...