Saturday, February 22, 2014

Ne mamamuna ne..

Sorry for this hiatus. Been busy coping with life. Ceewah. Busy sebab asyik tak cukup tido sejak muna tumbuh 4 geraham..2 atas, 2 bawah. Pastu demam..pastu sambung tumbuh lagi. Sekarang batuk dan selsema. So aku memang xberminat nak update blog. Hehe. Lagi satu browser hp aku tak boleh nak bukak blogger dashboard..let alone nak berblogwalking..so sekarang dah ada browser baru :) Pagi tadi muna dalam selimut, dia cakap "ne mama muna ne..." maksudnya "mana mama muna mana" dan diulang2. Sampai aku terjaga dari tido. Tengok2 dia dalam selimut, tak dapat nak keluar..huhu dia cari akuu, so tacing~ Gelabah aku cari dia dalam selimut. Hehe..tengah mamai la kot. Sekarang aku 'diselimuti' rasa sayang bila muna cakap ne mama muna neee?

Tuesday, February 4, 2014

hilangkan stress kejap

pada korang apa yang boleh buat korang hilang stress? 
depend jugak kot kat penyebabnya kan
takdelah...aku tak stress mana pun
just kurang tido
something happened to muna, later aku story

for now aku just nak cerita..
sabtu lepas kitorang gather2 kat umah kakak ipar untuk ini:









malam sebelum tu dah bawak dia gi klinik
dia nak demam tapi tak jadi
aku bawak je dia ambik angin sikit, beriadah
rumah sekangkang kera je pun. hehe

suka la tengok budak-budak happy bermain
terfikir sejenak, i used to be like them, tak payah pening2 kepala
just main, main buat kerja sekolah dan sambung main..
kids are so worry-free

pastu layan perut pulak...makan2..
kakak ipar aku ni memang suka sangat ajak berBBQ
orang lain sibuk kipas2 satay, aku sibuk makan..
amboi memang dasar kan...

so hilanglah stress kejap.
.
.
.
.
.
.
.
.

pastu stress  balik tengok keja menjahit, bertimbun (T_T)

Monday, February 3, 2014

[SEW] simple kaftan for little muna

assalamualaikum...macam dah lama tak buat entry sewing. banyak nak share, tapi tak dapat dek kekangan masa. huhu..
ni muka masa nak berak, kalau tak jangan harap la dapat capture dia tengah stand still ;)

idea nak buat kaftan untuk dijadikan baju tido ni tercetus bila aku tanya kawan aku, "nak buat apa dengan kain ni eh?" lembut, mungkin viscose, entah lah aku tak reti sangat pasal kain ni. tapi for sure, kain ni sejuk. then kawan aku tu pun suggest la, "apa kata buat baju tido je? yang kelawar tu? aku tengok macam sesuai je dengan corak kat kain kau tu..."

tiba2 aku teringat kat yaya, mama nya ada hantar gambar kat whatsapp aku, yaya tengah pakai kaftan bercorak batik. kan mamayaya? haha...kira copy cat la ni..tapi biasa la aku ni kan, selagi dapat jahit sendiri, aku akan jahit sendiri ;p



muka serius dalam proses nak yak2...ambik kesempatan untuk ambik gambar dia..hehe

sebenarnya ni first attempt aku jahit baju kaftan macam ni...selalu berangan nak buat jubah kaftan, tapi tak confident pulak sesuai dengan diri ini...kena cuba dulu baru tau kan..

bila first attempt, biasala kadang2 tak jadi. kena buat sampai jadi gak.


gigih kan ...aku guna paint untuk lakaran ni. hehe


  • step 1 : lipat kain korang kepada 4 bahagian. yang garisan vertical tu ialah labuh/panjang baju..yang garisan horizontal tu panjang tangan+bahu+tangan. jumlah nya bahagi dengan dua sebab kain dilipat.
  • step 2 : gunting membulat di tepi kaftan, kalau tak macam meleret je atas lantai. tak kuasa mak.
  • step 3 : seterika kain pada bahagian lipatan... sekarang ada kesan iron, so korang akan tau center kain kat mana. kat situ lakarkan lubang leher, jahit dengan kun/bias tape. bahagian belah, ikut kesukaan, nak kat depan atau belakang. jahit sisi pada sisi kain, kalau nak kelim pun boleh..
  • step 4 : mula dari dada, tandakan dulu lebarnya, bawak ke bawah dan lengkungkan sikit lakaran tu keluar..(macam buat skirt duyung tuu) selesai menanda, jahit lah ikut tanda tu.. tapi ingat tau...jahit kat atas right side bukan wrong side of the fabric..very simple kan?
  • step 5 : admire your work..hehe

sedikit tips:
  1. mula2 aku buat kaftan yang segi empat tepat tu je, pastu jahit lurus. bila cuba kat badan muna, alahai, panjangnya meleret..kat step 4 pulak aku jahit je lurus ke bawah..bila cuba berjalan, ruang melangkah muna tak besar, macam mana nak berjalan (berlari)? haiiyoo banyak lasak ini budak..aku teringat pattern kaftan yang customer aku pernah hantar untuk alter, so aku melengkungkan jahitan kat bahagian bawah, supaya muna dapat langkah besar, dan kurang la risiko nak terjatuh. 
  2. bahagian lubang leher tu kena hati2 sikit..sebab kita taknak lubang leher tu terlalu besar atau terlalu kecik...
  3. one more thing, kain jenis ni akan shrink tau lepas dicuci. so my advise, korang cuci dulu kain ni sekali, then baru gunting..paham?..especially kalau korang buat untuk diri sendiri. kang tak pasal2 sedih sebab pikir badan makin besar. takkk, kain ni memang akan shrink sedikit.. 

muna suka tak?
 ke mama je yang beria syok sendiri?

.
.
.
.
.
.
.
.

apa ma? kejap muna tengah whatsapp ngan yaya ni, send image muna pakai kaftan ni

she loves it (^_^)


My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...