Monday, February 3, 2014

[SEW] simple kaftan for little muna

assalamualaikum...macam dah lama tak buat entry sewing. banyak nak share, tapi tak dapat dek kekangan masa. huhu..
ni muka masa nak berak, kalau tak jangan harap la dapat capture dia tengah stand still ;)

idea nak buat kaftan untuk dijadikan baju tido ni tercetus bila aku tanya kawan aku, "nak buat apa dengan kain ni eh?" lembut, mungkin viscose, entah lah aku tak reti sangat pasal kain ni. tapi for sure, kain ni sejuk. then kawan aku tu pun suggest la, "apa kata buat baju tido je? yang kelawar tu? aku tengok macam sesuai je dengan corak kat kain kau tu..."

tiba2 aku teringat kat yaya, mama nya ada hantar gambar kat whatsapp aku, yaya tengah pakai kaftan bercorak batik. kan mamayaya? haha...kira copy cat la ni..tapi biasa la aku ni kan, selagi dapat jahit sendiri, aku akan jahit sendiri ;p



muka serius dalam proses nak yak2...ambik kesempatan untuk ambik gambar dia..hehe

sebenarnya ni first attempt aku jahit baju kaftan macam ni...selalu berangan nak buat jubah kaftan, tapi tak confident pulak sesuai dengan diri ini...kena cuba dulu baru tau kan..

bila first attempt, biasala kadang2 tak jadi. kena buat sampai jadi gak.


gigih kan ...aku guna paint untuk lakaran ni. hehe


  • step 1 : lipat kain korang kepada 4 bahagian. yang garisan vertical tu ialah labuh/panjang baju..yang garisan horizontal tu panjang tangan+bahu+tangan. jumlah nya bahagi dengan dua sebab kain dilipat.
  • step 2 : gunting membulat di tepi kaftan, kalau tak macam meleret je atas lantai. tak kuasa mak.
  • step 3 : seterika kain pada bahagian lipatan... sekarang ada kesan iron, so korang akan tau center kain kat mana. kat situ lakarkan lubang leher, jahit dengan kun/bias tape. bahagian belah, ikut kesukaan, nak kat depan atau belakang. jahit sisi pada sisi kain, kalau nak kelim pun boleh..
  • step 4 : mula dari dada, tandakan dulu lebarnya, bawak ke bawah dan lengkungkan sikit lakaran tu keluar..(macam buat skirt duyung tuu) selesai menanda, jahit lah ikut tanda tu.. tapi ingat tau...jahit kat atas right side bukan wrong side of the fabric..very simple kan?
  • step 5 : admire your work..hehe

sedikit tips:
  1. mula2 aku buat kaftan yang segi empat tepat tu je, pastu jahit lurus. bila cuba kat badan muna, alahai, panjangnya meleret..kat step 4 pulak aku jahit je lurus ke bawah..bila cuba berjalan, ruang melangkah muna tak besar, macam mana nak berjalan (berlari)? haiiyoo banyak lasak ini budak..aku teringat pattern kaftan yang customer aku pernah hantar untuk alter, so aku melengkungkan jahitan kat bahagian bawah, supaya muna dapat langkah besar, dan kurang la risiko nak terjatuh. 
  2. bahagian lubang leher tu kena hati2 sikit..sebab kita taknak lubang leher tu terlalu besar atau terlalu kecik...
  3. one more thing, kain jenis ni akan shrink tau lepas dicuci. so my advise, korang cuci dulu kain ni sekali, then baru gunting..paham?..especially kalau korang buat untuk diri sendiri. kang tak pasal2 sedih sebab pikir badan makin besar. takkk, kain ni memang akan shrink sedikit.. 

muna suka tak?
 ke mama je yang beria syok sendiri?

.
.
.
.
.
.
.
.

apa ma? kejap muna tengah whatsapp ngan yaya ni, send image muna pakai kaftan ni

she loves it (^_^)


2 comments:

  1. cantik lah... try buat tul adult plak...

    ReplyDelete
  2. cantik sgt is..kene je ngan corak..
    ko xnak jahit kaftan budak utk dijual ke???

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...