Tuesday, September 13, 2016

tak mampu kata apa-apa

aku cuti seminggu.. jumaat lepas balik samarahan sampai jumaat ni, hari malaysia.


banyak jugak program sepanjang cuti ni. isnin raya haji, rabu birthday Muna. makan timeee. 

Monday, September 5, 2016

Dinner di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman

Diet, diet jugak. Dinner tetap pergi. hehe. Nasib baik aku diet Atkins, dia tak kira kalori, boleh makan puas-puas tapi kena pilih makanan yang no carbs la. Ada jugak carbs sebenarnya kat kuah-kuah, sos-sos semua tu. Tapi takpe, aku rasa masih terkawal. Aku RASA la..haha





Jumaat malam 26 Ogos lepas sebenarnya. aku baru terhegeh-hegeh nak post. Macam dah selalu je dinner kat hotel ni sampai aku rasa aku boleh hafal lah dia punya menu. Mula2 dimsum n the gang, pastu sup, nasi, ayam, ikan, sayur campur, daging dan lastly buah. Boleh tahan jugak sedap.

bila dah boring disuruh pose. hehe
ni baru betul pose...hihi..

with cikgu suhana..jiran sebelah rumah merangkap driver . haha

muna with cikgu jay..muna malu-malu..haha kiut la anak dara mama ni
progress diet? dah turun 10 kg  ;) 
semoga aku istiqomah la dengan diet atkins yang aku buat sekarang. teringin nak kurus. hehe..

Monday, August 29, 2016

Adam Mirza 1y 1m 1w

Jarang aku cerita pasal anak lelaki aku yang sorang ni. Adam Mirza.. Semalam bawak dia dan kakaknya berjalan2 di pasar.

mula2 aku cakap kat a.d, camne ni larat ke nak dukung dia. jauh gak nak jalan ni. dahla panas. pastu a.d cakap takpe la dia larat nak dukung Adam.

singgah kat satu gerai jual air ni, kebetulan orang kampung a.d yang punya. jiran selang serumah je. dia cakap pakaikan je la kasut, suruh dia berjalan.

.
.
.

krikk..krikk
.
.
.
.
.









Aku ngan a.d dua2 blur. nape laaa tak terfikir nak suruh Adam berjalan je? LOL. mesti dia lagi suka. hehe. setel masalah lenguh tangan dukung dia.

Adam 11.5kg..makan tak memilih..suka menjerit, tak dapat nak peluk dia lama2 ( geramnyaa). Adam pandai jalan awal ramadhan lepas. umur dia 10 bulan lebih. kakaknya 1y2m baru dapat kaki. kira awal lah Adam berjalan. Alhamdulillah 👏

baby memang cepat besar kan? tak terasa masa berlalu. sekarang aku ada 2 toddlers. Muna & Adam~ indahnya kalau ada baby lagi. ehhhh?? haha
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...