Thursday, November 29, 2012

blow the candles and make a wish!

dah dua malam aku tido tanpa mencuci mekap..oh tidak! dont try this at home yea. haha. selalunya kalau malas sangat pun, gigih jugak lap pakai milky cleanser..malas nak kena air nanti ngantuk ilang, tak dapat tido..haha.. paling bodo pun leh lagi  pakai baby wipes muna. tapi ni dah malas tahap gonjeng. haha

dah dua malam jugak la aku memenuhi undangan..sejak jadi mak muna ni kena la terlibat dengan majlis2 macam ni..dapat jugak ambik idea sikit2 macam mana nak sambut birthday muna nanti (baru 2 bulan lebih muna tu kuat berangan mak muna ni yek)...tapi nampaknya mama kena start menyimpan awal lah...jom tengok birthday party diorang..

.
.
.
.
.

malam hari selasa pegi majlis nina dan nurul..aku pernah jahit baju dua beradik ni ;) dua pasang lagi..tunggu yea..


malam hari rabu pulak pegi majlis siti nuratiqah, pernah alter baju dia dan mak dia..for her birthday present i made her a skirt and a blouse to match. all in one day..(nanti aku cerita kat lain entri yea). serius cute budak ni..


yang ni pulak birthday ateh n ipah, pun aku pernah buat baju untuk diorang..mak dia sporting..memang mesra alam..hehe..baru je lepak dengan dia pagi tadi.


masa ni aku tengah pregnant lagi, 7 bulan lebih.. datang2 je papamuna, diorang request buat tom yam. ape lagi, jadi masterchef la papamuna ni..siap patah balik umah ambik sos lea & perrins dia tu. tak payah la kan beria sangat..hehe.. masterchef kampung yang berkain pelikat dengan songkok..pa jak lah!


did you know? kids looove birthday parties and getting presents..lol yang dah besar pun suka kan...tapi bagi aku biarlah the kids yang have their moments..biar diorang ingat bila dah besar nanti...macam aku ingat birthday2 aku masa kecik dulu. 

apa yang ada kat birthday party yang aku pegi ni? aku rasa boleh buat checklist lah..tapi yang plan nak extravagant sket boleh lah tanya mr google..type je keyword "kids birthday party checklist" dia tau banyak..hehe..tapi mostly untuk yang overseas...pandai2 la kan adjust dengan budaya kita kat sini..

here is a cincai checklist that i made for MY future reference..(amboi3)

before birthday:
invitation card
outfit untuk birthday girl
khemah sebab buat outdoor lebih fun~
balloons and other essential things for deco
doorgift / goodie bag
cooking utensils
tables and chairs (preferably the ones that are portable)
music? games?
table cloths, plates and cups..and whatnot
camera, make sure battery is not flat on that day!

food for birthday party:
nasi dan lauk pauk in serving trays
nuggets, hotdogs...finger food basically. 
mee, bihun untuk yang taknak nasi
panggang-panggang
fresh fruit cuts
cake (what's a birthday party without a cake rite?)
air kordial
ice cream, anyone?


Verangan mode is now ON. (please take note: all the pics below are from google, not mine!)

like the deco yang bulat2 tu..

love the colour..pink and black..hehe

cute butterflies and backdrop

simple ideas

love the alas meja..ok kidding ;p

candy buffet? comelnya! tapi takut gak tengok candy2 yang striking tu..

amboi kau..siap ada nama sorang2..luv the packaging...siap style chinese takeaway box lagi

berapa lah agaknya cost untuk yang ni?

cutest idea everrr

personally aku rasa, birthday party untuk anak ni buatlah ikut kemampuan sendiri..sebab yang penting, anak kita happy, kita pun dapat catch up dengan parents yang lain..the warmth of kasih sayang and the get-together tu yang penting...merapatkan silaturrahim katanya..tapi kalau ada budget lebih, bagus lagi sebab dapat buat amal jariah, bagi orang makan sedap-sedap kan..hehe..

aku rasa idea buat steamboat ok gak..

ok stop it melissa..just stop. (~.~)

Wednesday, November 28, 2012

Smile baby, smile!

i wanted to write everything, but too tired to write anything~


so see ya next time, dont forget to smile ya!

hehe

Monday, November 26, 2012

makan hol luna-luna

kalaulah...kalaulah kan, kembar luna-luna masih ada, diorang dah 3 tahun dah.. sobs...sedar tak sedar dah 3 tahun rupanya..bayangkan ada 2 baby yang mukanya seakan-akan muna, tapi dah besar sikit..dan berjalan kesana kemari..hmm..

orang kata yang dah pergi tu usah dikenang, yang pergi tetap pergi, hanya doa dan al-fatihah buatmu sayang.

jumaat lepas ada buat "makan hol" atau tahlil arwah..luna tuma'ninah pergi pada 19 oktober, luna tsara pulak pada 20 november. tapi papa n mama dah sepakat nak buat satu je tahlil arwah. lagipun, luna-luna kan share satu plasenta. mama tau, pemergian luna-luna memang banyak hikmahnya dan mengubah mama menjadi seorang yang lebih baik dari yang sebelum ni. mudah-mudahan. mama redha. In Shaa Allah ;)

tahun 2012

tahun 2010
masa makan hol 2011 mama takde, sebab demam, kalau tak silap..papamuna je sorang balik kampung masa tu..sebelum ni plan nak buat sekali dengan doa selamat adik luna-luna, muna dalili ni..tapi my FIL tak galakkan..bila pikir2 balik macam tak sesuai pun ada kalau nak buat sekali..huhu

Allah s.w.t tu maha adil kan..Dia takkan bagi kita sedih lama-lama..syukur tak terhingga. muna hadir dalam hidup mama, mengubat rindu..

oklah taknak sedih2..semoga roh luna-luna dicucuri rahmat dan damai di sana yea...amin.. ;)

Sunday, November 25, 2012

aigoo..muna!

people say "talk is cheap" but to hear your baby "talk" as if she were trying to have a conversation with you, it's priceless ;)

ibu baru ni memanglah camni, semua benda pun nak diherankan..haha..aku tulis ni pun bukan apa, untuk kenangan jugak, ni lah cara aku untuk rekod milestones muna supaya nanti2 dia dah besar bolehlah dia tengok macam mana dia ni masa kecik..Insyaallah ;)


her 'first word' was "aigoo"..kalau tak caye, tengok video ni..[00:19] haha (aigoo is similar to 'oh my' in korean)..masa pregnant dulu memang suka tengok drama korean, ada kaitan kah? hehe

video

bila dah penat bercakap, nangis pulak dia...haha bukan ape, geram mama tak layan dia.. ;p


video



perkembangan muna setakat ni:
  • dah banyak 'bercakap'
  • suka bermain
  • ekspresi muka lebih jelas, suka, marah, etc..
  • ingin sentiasa didakap
  • suka tengok tangan sendiri
  • 'pegang' botol susu sebelah tangan
  • tolak botol susu bila dah kenyang..atau pura2 hisap, lepas tu 'blubbb' keluar balik dengan muka tak bersalahh
  • dari 3oz dulu ke 4oz susu sekali feeding sekarang
  • dah nampak bulu kening..hehe
  • mata ikut pergerakan objek
  • suka tarik rambut/baju mama macam taknak lepas..
  • suka tido dalam buaian
  • selalu jelir lidah..kenapa ye?
  • suka kepit tangan sebelah gaya bawak handbag datin2..haha
  • suka tolak bantal peluk dia berguling-guling ke tepi..penat dah mama betulkan..huhu
  • masa aku tengah leka tengok tv, sambil pangku muna, bila tengok dia, "aik anak mama ni tengok mama dari tadi ke" ingatkan diam tu tandanya dah tido..

lupa nak bagitau, berat muna masa dua bulan ialah 4.2 kg. you're doing great sayang..mama suka sangat tengok muna tido..sory lah, kadang2 tu tangan ni gatal sangat nak usik muna..

video

satu je muna belum capai lagi...bilalah leher muna nak keras ni...boleh mama bawak muna jenjalan dengan yakin dan bergayanya..haha

today, muna is about 2 months and 11 days old  \(^_^)/

[Dulu vs Sekarang] pil perancang

aku kata hellloooo miss P pada 18 november yang lepas, reluctantly. kenapa cepat sangat? huhu...masa checkup muna 2 bulan tu, 14 november, sempat jugak la aku tanya nurse, bila ek boleh start makan pil perancang ni..nurse cakap hari ke 5 miss P datang dah boleh ambik pil. 

Muna tak menyusu badan, so sebab tu lah datang cepat. kan best kalau datang lambat. lambat sket aku menopause.. haha..nak taknak, terimalah hakikat..

pasal contraceptive method yang aku pilih ni, iaitu pil perancang, aku rasa cara ni yang paling simple untuk aku..cara yang lain aku tak suka..tapi yang pernah cuba pun 2 cara je la, satu lagi pakai stoking..hiks ;p

dulu, from 2009 onwards, aku ambik pil regivedon sebab doktor syorkan atas alasan, pil tu dosenya agak tinggi, sesuai dengan aku yang after cesarean masa tu..bahaya kalau pregnant lagi kan..ada kad kecil warna kuning LPPKN untuk appointment ambik pil setiap bulan. aku pegi 3-4 kali je, pastu beli kat farmasi..senang sket. 

sekarang lak, aku pesan papamuna belikan pil kat farmasi je..appointment kat klinik kesihatan haritu aku tak pegi..haha suka ati je..aku pesan kat dia, aku takmo regivedon sebab buat aku naik berat badan, dan pening sket.."beli je la pil ape2 asalkan bukan regivedon sebab nak cuba pil lain"

so papamuna beli pil marvelon..hello marvelon..hehe

pic googled

pic googled

so far, so good,  takde pening-pening, berat badan belum tau lagi lah, baru je ambik 3 biji. penting sebenarnya merancang keluarga ni..nak rehatkan rahim sebaik-baiknya spacing 2 tahun..tapi rahim masing-masing, suka hati la kan..terlanjur cerita pasal pil perancang ni aku nak sharekan kebaikan pil perancang selain mencegah kehamilan (sumber dari web portal.alamhamil.com)

  • Mengurangkan sakit segugut
  • Merawat jerawat dan kulit berminyak
  • Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Membantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Mengurangkan ovarian cyst
  • Mengurangkan risiko barah ovari
  • Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Boleh mengawal kedatangan haid
apa2 je lah kan, asalkan sihat sejahtera..hehe

Tuesday, November 20, 2012

[SEW] Baby Dress

kesinambungan entry [teaser] a little sewing project

tak pernah disangka mudahnya untuk buat dress baby sehinggalah aku sendiri mencubanya...hehe. lama dah duk bertenggek kat dalam to-do list...finally terbuat jugak...dan sangat easy peasy~

mula-mula tu blur gak nak design camne, pastu dapat lak idea nak buat macam dress yang muna pakai ni:



sebab dia puff sleeve, dan skirt dia flare, berbutang di belakang. aku tambah ciri-ciri lain seperti square neck dengan belahan kat belakang tu buat lain sikit. letak zip sebab kain yang aku nak guna tak stretchy macam yang dia pakai ni..kang tak boleh nak masuk pulak..sia-sia pulak nanti (padahal zip tu baru tambah sebab tak lepas nak masuk kat badan muna yang comey tuu..sendat!).

so, kat bawah ni step by step cara aku buat first baby dress for muna..simple kan? hehe





kat bahagian kanan tu lah aku tambah zip sembunyi, sebab tu melengkung ke dalam, belah kiri takde apa2 so melengkung ke luar..untuk dress ni aku tambah beading sikit, guna pearls yang berwarna-warni, pastu tambah sequin berbentuk bunga yang halus, tak nampak sangat pun..

All in all, mama puas hati, muna pun happy. kan muna?

 <3 i'm loving it <3

Sunday, November 18, 2012

[S.I.C] petua menghilangkan selsema bayi

semua orang mesti tau kan, annoying giles bila terkena selsema. lagi2 bila hidung tersumbat. rasa macam nak cabut je hidung letak kat tepi, bila dah okay, pakai balik..tapi in an ideal world that we live in, benda-benda macam tu hanya berlaku dalam imaginasi korang je..tak pun, dalam mimpi. haha

tempoh hari, sebelum bawak muna pegi klinik, aku dah pun terkena sakit tekak dan selsema. lepas makan rambutan yang belum masak, terus kena. ntah apa2 je. (salah rambutan lah ni..hehe) so dah telan pill selsema sebiji, kurang sikit la the next day tu.

tapi sepanjang tu, masa aku handle muna, risau jugak kalau berjangkit.

yang aku risaukan tu jugak lah yang terjadi..malam lepas kena injection muna demam, malam esoknya tu hidung muna berhingus..kira kena selsema lah..apa nak buat ni..aku tau ada alat nak sedut hingus baby ni..macam dalam gambar kat bawah ni..kalau ada, memang aku dah sedutkan dah..masalah nya takde..

alat menyedut hingus bayi (pic googled)
yang ni pun sama, tapi guna mulut mak..hehe (pic googled)


bila my mil tau muna kena selsema, terus dia suruh papamuna cari kunyit hidup, kapur dah ada.. dua benda ni boleh hilangkan selsema baby..aku tak kisah lah apa pun, asalkan selsema muna hilang..

pakai kunyit hidup ya kawan2, tak payah ko nak pakai kunyit serbuk

caranya, ambil kunyit hidup buang kulit dan hancurkan..campurkan sedikit kapur, tak payah banyak sangat..gaulkan sampai jadi pes macam masker tu..kalau keras sangat campur 2 titis air panas..be creative lah korang. sapu pada batang hidung dari atas sampai bawah..bacalah selawat tiga kali..nak baca apa pun boleh, ikut kepercayaan korang, my mil tak suruh baca pun, tapi aku baca je. aku berdoa jugak supaya selsema muna hilang..aku tak sanggup lah tengok dia bernafas tersekat-sekat macam tu..

syukur, selsema muna makin kurang, esok pagi tu tengok dalam hidung muna memang clean and clear!

tima acih mama, muna dh tak selsema lg ;)


alhamdulillah..kalau ada petua lagi nanti aku share lagi. ok

Saturday, November 17, 2012

Muna's second month checkup

3 hari yang lepas, iaitu pada birthday aku, muna sudah pun berusia 2 bulan..sayang dia...tapi pada hari tu juga, ada appointment checkup 2 bulan dekat klinik kesihatan. aku plan nak jalan-jalan lah lepastu, bawak muna tengok dunia luar, as i've promised earlier..

entri ni banyak gambar collage..so prepare mata korang, dah macam buku komik dah ni...haha



lepas kena inject, muna nangis sekejap je, good girl.. ;) itupun sebab nurse suruh pegang lutut muna kuat2..dah kuat pun nurse suruh kuat lagi..mana muna tak nangis..

lepas settle semua, enjin kereta pun dah start, dialog seperti berikut pun berlaku:

"nak gi mana pasni bang? jom gi makan dululah"
"abang rasa nak makan roti canai lah..teringin"
"hmm, kalau camtu, pegi tempat yang tak ramai orang lah, dan open sikit..'kedai mamak 1 malaysia' ok kot"
"ok lah"
"pastu kita pegi unaco je lah..nak beli botol susu muna yang besar sikit..botol yang ada ni kecik..muna dah banyak menyusu"
"kalau camtu, sayang naik atas, abang jaga muna dalam kereta"
"ala bawak sekali la, sekejap je. kalau dalam kereta kang panas pulak"
"ok lah"


mama makan pakai sebelah tangan je tau..mama kan terer ;)

sejuknya aircond ni, sabar sayang sekejap je lagi


nasib baik muna tak mendera mama, relax je dia, mama bawak dia naik supermarket pun dia tido je..mungkin sebab dah bagi panadol syrup tu lepas kena injection..on the way balik pun dia tido.


My 2 month old pwincess, shoo somel. hehe

macam ni lah anak mama..kesian gak dengan muna, mama tak beli stroller untuk dia, mama ingat nak beli baby carrier je la, tunggu leher muna dah boleh tegak sendiri dulu ye..bukan apa sayang, mama rasa macam sekejap je muna pakai stroller nanti tak berbaloi pulak..lagipun mama ni kalau berjalan nak cepat je, so baby carrier is the way to go~

ok lah, itu je nak cerita..salam sayang dari mama muna ;)




as for now, mission accomplished.

Friday, November 16, 2012

ma, muna nak ikut!

lama pulak rasanya meninggalkan blog ini, walaupun baru 2 hari...yelah, lately kan aku banyak buat post..hehe..banyak yang nak diceritakan, tapi terbatas oleh masa..takpelah, i'll do it slowly..takde ape pun nak dikejar kan?

11 haribulan november yang lepas, aku pergi ke majlis kahwin...atau orang sarawak kata, pegi 'pengilan'..mula-mula ingatkan nak bawak muna, yelah, dia kan tak pernah keluar rumah lagi kecuali pegi ke klinik...lagipun rumah orang kahwin tu sekangkang kera je...

bila dah pakaikan baju gaun kat muna, rasa macam kesian pulak nak bawak dia, surely cuaca tengah hari kan panas...lagipun leher dia masih belum keras...kang terhayun2 pulak kepala anak aku ni...lol..muna belum masuk 2 bulan pun..lagi 3 hari (pada masa tu la).

sory sayangku muna, untuk kebaikan muna, mama terpaksa tinggalkan muna dengan papa. papa dah pergi pengilan dulu...so kira kitorang bergilir la jaga muna...

simple but nice. red colour fav ibu si pengantin lelaki..i know that for sure
ingatkan pegi nak makan je, ntah macam mana kaki ni melangkah ke dalam rumah, nak tengok pelamin...pastu, alang2 tunggu pengantin sekali lah..haha..risau jugak muna tinggal kat rumah, tapi takpe, papa dia ada..

alololo cian anak mama ni
sampai je kat rumah, terus peluk muna..drama sungguh, padahal kau dah bersuka ria, baru ingat nak balik...hehe..

misi bawak muna keluar rumah dah jadi mission impossible.

mama owe u one sayang.

Wednesday, November 14, 2012

it's your birthday mama!

hi all! i am a guest blogger..my name is muna dalili ;) this post is dedicated to my mama ;)

dear mama,

i dont have anything to give to you on your special day today..(i wonder why is it special when you are actually aging..hehe..you're 26 today mama!) but i do have a few things to say to you...

first of all, i cannot thank you enough for bringing me into this world..Praise be to Allah s.w.t. for choosing you to be my mommy. i heard u said that u're afraid if you are not a perfect mommy..you thought i didnt understand your mumbling..but mama, i can assure you that i feel what u feel and i wuuvv you just the way you are..thank you mama for your tender loving care..i knew too, that u'd give ur everything for my sake. trust me, it's enough to fill where is lacking.

because without a mother's love, life can be soo empty. thanks mama for keeping me contained..you knew i was everytime my face lit up when i saw u, rite?



p/s: thanks again mama for this lovely dress that you've sewn at night when i was sound asleep..i look pretty right? come here mama i'll give u a biiiig hug (っ◕‿◕)っ 


lotsa ,

your 2month old daughter



Tuesday, November 13, 2012

kerinduan

cam..tetibe je kan..nak rindu2 suasana deruan ombak di tepi pantai yang asyik..hehe....feeling ombak rindu sesangat..lol

tapi jangan tak tau, aku ni penakut gila dengan pantai..dengan tasik lagi lah takut. dengan sungai pun takut. dengan air terjun, erm..kurang sikit takutnya..sebab kalau duduk kat bawah tu, rasa cam kena urut..so relaxing ;)

so you see, im hydrophobic...macam mana eh aku leh survive field trips masa kat uni dulu..budak aquatic kan ;p sekarang ni sampai tahap kalau nak masuk air, pakai selipar/ sandal getah!

rasa2 takmolah masuk air dah...basah2 kan hujung kaki kat tepi pantai cukup lah. the mystery under water is what im scared of the most..ngeee..lagi2 boleh rasa macam2 kat hujung kaki kalau terpijak apa2 dalam air, dan berpikir "ish ape benda yang aku pijak ni"

di tepi pantai yang indah

tapi..ketakutan tu semua tak menghalang aku untuk ke pantai...i still love the beach, the way they were masa awal2 zaman berdating dulu..haip! hehe..teringat lak memory nak bakar ikan pastu tak reti buat api..siap bawak nasi, kicap, cili padi dengan limau lagi...should have thought of a simpler menu ;)

teringin nak bawak baby muna ke pantai...tapi kalau nak berkelah pun kenalah tunggu muna besar skit...tapi takleh mandi tau! mandi kat swimming pool je k sayang.

jomlah mama gi berkelah..muna dah ready ni!

muna in her "bikini" wear pemberian nendanya..tenkiu maknek!


Saturday, November 10, 2012

kerenah customer..

customer? hehe.. it's not like aku ada perniagaan yang official, so sesuaikah aku guna term customer tu? sebelum ni aku pernah mention yang aku ni ambik tempahan sesiapa yang suruh jahit baju..mereka ni lah yang aku panggil customer..

hari ni aku berdepan dengan sorang customer ni yang buat aku stress sikit..kalau orang yang kenal atau biasa dengan aku, mesti tau yang aku ni jenis last minute..memang susah nak buang habit tak baik ni..nak dijadikan cerita, lately ni banyak jugak lah tempahan..sorang customer aku ni yang memang boleh tahan cerewet nya, request untuk aku buat benda yang aku malas sangat nak buat sebab time consuming..for some reason, aku takleh nak tolak...hari-hari tanya pasal bajunya...it bugs me! dia marah-marah sebab aku jahit baju orang lain dulu..sedangkan dia janji nak pakai hari ahad, hari jumaat dah marah2 apa kes..lagipun 2 pasang skirt dah siap, tinggal 2 pasang baju + manik je lagi..siap mengungkit lagi baju sebelum ni, tangan pendek, sedangkan bila aku offer nak alter, dia kate tak payah..lesson learnt, bila ambik ukuran baju tu, takyah dengar sangat kata customer, kononnya suka lengan baju pendek..etc...kena tengok kesesuaian gak..

aku ingatkan dia faham situation aku yang ada baby kecik sekarang ni, tapi nope, never expect people to understand u. 

aku dah lama gak tak menjahit (sepanjang berpantang tempoh hari) so rasa macam nak ambik mood dulu lah...jahit yang senang2 dulu..yang susah2 tu aku tolak tepi dulu.. as long as aku leh siapkan before due date, ok la..

tapi ironiknya, aku rasa aku pun pernah jadi customer yang cerewet jugak bila tempah baju.. haha

my pet peeves (-___-)
orang yang cakap dengan nada suara yang tinggi.
orang yang suka memaksa.

please...go....away.....poofff~

Monday, November 5, 2012

lovely present from mama yaya

last week ada receive parcel atas nama muna dalili...nun jauh dari temerloh pahang..rupa-rupanya, muna dapat present lah...hehe..tengok tu...sukanya muna ♥


walaupun mama yaya kata tak payah balas hadiah kat yaya, tapi mama lili nak jugak bagi hadiah kat adik angkat lili yang comel lote tu...

ok lah, stay tuned~ (◕‿-)

Sunday, November 4, 2012

[D.I.Y] hadiah hantaran

welkam to another d.i.y entry...tapi yang ni aku rasa korang boleh buat better dari aku kot. a LOT better..hehe..hari terakhir pada tahun 2011 yang lepas, anak buah papamuna nak bertunang, dah menjadi adat untuk saudara-mara ni tolong la apa-apa yang patut..to make it more meaningful, aku pun terpikir satu idea, why dont kita buatkan hantaran jambangan cupcake a.k.a cupcake bouquet..

yang ala2 macam ni la...

image from arahchocolate.blogspot.com

cantiknya kan? little did i know yang sebenarnya, susah gak nak piping icing secantik itu..hehe..itulah, orang lain buat dia sibuk jugak nak buat..yang penting kita berani mencuba, ye tak? so siap-siap beli bunga, daun, manik2, span, bakul, cawan cupcake, aku pun mula lah menghias bakul tu sesuka hati..

inilah hasil bakul yang simple. korang pun boleh buat pejam mata je ;p
here comes the trouble, nak buat cupcake tu..firstly memang dah surrender nak buat bahagian cake tu, so aku beli je muffin kat bakery dan masukkan dalam cups tu..pastu aku buat icing. bagi warna dan start piping..after a few trials, eh nape tak jadi macam dalam gambar kat internet tu? lolz

tapi taknak berputus asa dulu, dan aku pikir design lain pulak...so i came up with this:

boleh di maafkan tak? kira okeh la tu, ada bunga jugak ape....hehe
the outcome...hey, not bad lah... ;)
so there you go, an idea for your hadiah hantaran..sebelum korang start buat, baik practice dulu...especially part nak piping icing kat atas cupcake tu..tengok video kat youtube tak sama ok dengan buat pakai tangan sendiri..so practice harder alrite?

here are a few tips yang korang boleh apply:
  1. cucuk bamboo stick atas span bunga, then korang cucuk lah capcake keatasnya, cupcake akan stay cantik je.
  2. lebih kecik cupcake, lebih bagus..sebab nampak penuh...
  3. beli span bunga lebih sikit dan buat bentuk hemisfera, so that cupcake tu terduduk cantik je.
  4. make sure icing korang bukan jenis cepat cair
  5. jangan lupa buang tanda harga kat bakul ye. hehe
antara hantaran-hantaran yang lain
sape2 yang suka cabaran tu (kononnya lah) boleh lah try buat hantaran cupcake bouquet ni..tak lawa takpe, yang penting iklas..hehe

lagipun, it's the thought that counts kan?

Friday, November 2, 2012

nangis paksa ;)

my baby muna kalau menangis macam kena paksa..berlakon sungguh anak ini..kalau tak caye tengoklah video di bawah ni..

tapi when she starts to cry for real, amik kau..hehe

video


 ♥ when i count my blessings, i count you twice 

Thursday, November 1, 2012

"Smart Ketupat"

Aku dapat skill baru dah...hehe...menganyam ketupat..(big deal!) tapi satu jenis je yang aku pandai. jenis ketupat biasa tu, yang segiempat leper tu. untuk aidiladha yang lepas ada buat ketupat ni..kalau hari-hari biasa, takde koje la nak buat. tak rajin ok.

btw, aku tanya papamuna, apa maksud 'smart ketupat'? sebab aku pernah dengar dia cakap..tak ingat dah pasal apa.. dia cakap maksud dia macam 'terlalu smart'...oo..camtu..hehe

ni yang mil buat..

ni yang aku sibuk2 buat sambil jaga muna, banyak lagi sebenarnya ;p
tapi sebelum ni yang aku selalu makan ketupat yang pakai beras biasa je..tapi kat tempat papamuna ni diorang pakai beras pulut dan masak dengan santan...apepun, layan gak lah.

tak teringin dah ke? hehe
sejak aku pregnant haritu best gak la, tetiba ada orang kirim makanan, khas untuk aku, rojak ayam, buah mangga muda, biskut raya, kek lapis idola feveret aku...sekarang ni, dah beranak pun ada gak yang bagi aku kuih..hehe i'm loving this special treatment ;)

sedap woh..dah ngap setengah baru nak snap gmbr ;p
papamuna takyah cakapla, asyik2 belikan coklat sampai aku cakap takyah beli lagi..cukup! sebab aku ni cadbury bar yang rm4 tu seminit je aku abiskan..wawawa gile kentangg..

'kek lapis idola' pujaan hatiku..tengah2 ada coklat..pic googled.
dah. okbai (-.~`)

November, a busy month

sejak dah habis pantang ni, perlahan-lahan, urusan aku dah kembali seperti asal...back to basics...back to business..bezanya, sekarang ni, ada baby, so priority tu dah bertukar, keperluan baby yang paling penting..nak susu? nak tukar diaper? nak mandi? nak didodoi? nak manja2? hehe...then barulah buat urusan lain...letih jugak, tapi i'm enjoying motherhood ;)

 ada orang nak kahwin tengah bulan ni, dan pada aku, itu rezeki ;))

for alteration semua ni

alter kemeja

kain yang baru dihantar

11 days to go!

dalam bulan november ni maybe akan buat majis cukur jambul muna...makan-makan arwah luna-luna..my birthday is also around the corner..on my birthday, nak bawak muna pegi checkup 2 bulan.

semoga semua urusanku dipermudahkan, amin..

welcome november~
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...