Sunday, November 18, 2012

[S.I.C] petua menghilangkan selsema bayi

semua orang mesti tau kan, annoying giles bila terkena selsema. lagi2 bila hidung tersumbat. rasa macam nak cabut je hidung letak kat tepi, bila dah okay, pakai balik..tapi in an ideal world that we live in, benda-benda macam tu hanya berlaku dalam imaginasi korang je..tak pun, dalam mimpi. haha

tempoh hari, sebelum bawak muna pegi klinik, aku dah pun terkena sakit tekak dan selsema. lepas makan rambutan yang belum masak, terus kena. ntah apa2 je. (salah rambutan lah ni..hehe) so dah telan pill selsema sebiji, kurang sikit la the next day tu.

tapi sepanjang tu, masa aku handle muna, risau jugak kalau berjangkit.

yang aku risaukan tu jugak lah yang terjadi..malam lepas kena injection muna demam, malam esoknya tu hidung muna berhingus..kira kena selsema lah..apa nak buat ni..aku tau ada alat nak sedut hingus baby ni..macam dalam gambar kat bawah ni..kalau ada, memang aku dah sedutkan dah..masalah nya takde..

alat menyedut hingus bayi (pic googled)
yang ni pun sama, tapi guna mulut mak..hehe (pic googled)


bila my mil tau muna kena selsema, terus dia suruh papamuna cari kunyit hidup, kapur dah ada.. dua benda ni boleh hilangkan selsema baby..aku tak kisah lah apa pun, asalkan selsema muna hilang..

pakai kunyit hidup ya kawan2, tak payah ko nak pakai kunyit serbuk

caranya, ambil kunyit hidup buang kulit dan hancurkan..campurkan sedikit kapur, tak payah banyak sangat..gaulkan sampai jadi pes macam masker tu..kalau keras sangat campur 2 titis air panas..be creative lah korang. sapu pada batang hidung dari atas sampai bawah..bacalah selawat tiga kali..nak baca apa pun boleh, ikut kepercayaan korang, my mil tak suruh baca pun, tapi aku baca je. aku berdoa jugak supaya selsema muna hilang..aku tak sanggup lah tengok dia bernafas tersekat-sekat macam tu..

syukur, selsema muna makin kurang, esok pagi tu tengok dalam hidung muna memang clean and clear!

tima acih mama, muna dh tak selsema lg ;)


alhamdulillah..kalau ada petua lagi nanti aku share lagi. ok

2 comments:

  1. thanks 4 sharing..leh amalkan ni nnt..

    ReplyDelete
  2. siap2 kan kunyit dan kapur awal2..hehe

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...