Sunday, November 25, 2012

[Dulu vs Sekarang] pil perancang

aku kata hellloooo miss P pada 18 november yang lepas, reluctantly. kenapa cepat sangat? huhu...masa checkup muna 2 bulan tu, 14 november, sempat jugak la aku tanya nurse, bila ek boleh start makan pil perancang ni..nurse cakap hari ke 5 miss P datang dah boleh ambik pil. 

Muna tak menyusu badan, so sebab tu lah datang cepat. kan best kalau datang lambat. lambat sket aku menopause.. haha..nak taknak, terimalah hakikat..

pasal contraceptive method yang aku pilih ni, iaitu pil perancang, aku rasa cara ni yang paling simple untuk aku..cara yang lain aku tak suka..tapi yang pernah cuba pun 2 cara je la, satu lagi pakai stoking..hiks ;p

dulu, from 2009 onwards, aku ambik pil regivedon sebab doktor syorkan atas alasan, pil tu dosenya agak tinggi, sesuai dengan aku yang after cesarean masa tu..bahaya kalau pregnant lagi kan..ada kad kecil warna kuning LPPKN untuk appointment ambik pil setiap bulan. aku pegi 3-4 kali je, pastu beli kat farmasi..senang sket. 

sekarang lak, aku pesan papamuna belikan pil kat farmasi je..appointment kat klinik kesihatan haritu aku tak pegi..haha suka ati je..aku pesan kat dia, aku takmo regivedon sebab buat aku naik berat badan, dan pening sket.."beli je la pil ape2 asalkan bukan regivedon sebab nak cuba pil lain"

so papamuna beli pil marvelon..hello marvelon..hehe

pic googled

pic googled

so far, so good,  takde pening-pening, berat badan belum tau lagi lah, baru je ambik 3 biji. penting sebenarnya merancang keluarga ni..nak rehatkan rahim sebaik-baiknya spacing 2 tahun..tapi rahim masing-masing, suka hati la kan..terlanjur cerita pasal pil perancang ni aku nak sharekan kebaikan pil perancang selain mencegah kehamilan (sumber dari web portal.alamhamil.com)

  • Mengurangkan sakit segugut
  • Merawat jerawat dan kulit berminyak
  • Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Membantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Mengurangkan ovarian cyst
  • Mengurangkan risiko barah ovari
  • Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Boleh mengawal kedatangan haid
apa2 je lah kan, asalkan sihat sejahtera..hehe

2 comments:

  1. ok ke r makan pil perancang? ak lum decide agi..xsuke r mkn pil2 ni..huhu

    ReplyDelete
  2. so far ok je, tapi consult doctor dulu la..sesuai tak..sebab ko slalu pening pale kan..kalau tak serasi boleh pening kepala...

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...