Sunday, February 22, 2015

2am


Asslamualaikum...

Jam 2 pagi sekarang tapi mata aku still segar bugar lagi. Nak kata insomnia tak jugak aku ni. Sebab kalau aku dah settled atas tilam macam ni sambil ngadap hp, tak lama lagi lelap la mata ni. Hehe.

Ok. Sebenarnya aku susah hati sikit ni. Muna demam hari khamis malam jumaat hari tu...malam semalam iaitu hari jumaat malam Sabtu dia start bangun tengah malam suruh garu sana garu sini. Muna memang suka kalau aku garu belakang dia..selalu aku atau apaknya garu sampai dia lena. Tapi sekali ni lain sikit la. Dia asyik merengek dan mintak garu secara ekstrem. Nak kata nyamuk, racun nyamuk yang  elektrik tu mmg hari2 dipasang without fail. Ini seauatu yang lain.




Siang tadi,iaitu hari sabtu,tengok2 banyak ruam kecik kat siku,lutut, bibir (sikit sangat ) pastu  kat tapak tangan, tapak kaki..pun ada sikit.

Sounds like hfmd kan? Huhuhu...sebelum ni pun muna pernah kena.  Tapi masa tu ruam dia macam ada cacar air..tapi yang ni macam takde berair pun. Just ruam2 merah..jadi tadi malam aku bawak dia pegi klinik sebab aku nak mintak cream calamine tu. Last time it works fine..bila sapu tu dia macam cepat baik.

Terpaksalah aku cuti. Aku suka gak sebenarnya..dah seminggu cuti cny, pastu di extend pulak lagi. Hehe. Tapi anak sakit, takdenye terasa nikmat tu sangat. Apa yang penting kesihatan dia kan. Semoga anak mama cepat sembuh...Aminn...

Ok dah start ngantuk. Haha. Till i write again. Nite2..


Sunday, February 15, 2015

Extra cheese

Assalamualaikum..

Aku tengah cuti sekarang..seminggu..ehehe..macam baru je dengan term "cuti". Kata baru keja.. Since 2011 pulak tu. Duk umah je. So memang takde istilah cuti.

Eh tapi kan...aku ade projek menjahit gak ni weh..isk2..cuti2 pon ade benda nak dikerjakan. But it's ok! Aku rak reti duduk2 melanguk je..unless tgh lepak2 kat kedai makan. Hehe

Panjang pulak mukhadimah. Senanye nak citer aku baru jumpa pizza yg sedap gile. Tengah preggie ni asyik nak makan western je.. Pizza ni sedap sebab dia murah (eh?) dan dia takde banyak ingredient..simple sangat. Pastu extra cheese!




Yang penting, murah. Rm18 siap extra cheese. Kalau tak rm16 je. 2 org makan macam kenyang gile. Kat summer mall punya food court. Tak ingat pulak nama pizza ni.. Dan igredient dia. Tapi macam ade ayam. Kot? Haha. Definitely akan pergi makan selalu, insyaallah. Huahua

Wednesday, February 11, 2015

Fasa baru

Assalamualaikum..

Tahun 2015 ni memang banyak mengubah hidup aku..kat entri yang lepas..aku dah announce tahun ni muna bakal menjadi kakak :)

Tahun 2015 ni jugak, status aku sebagai stay at home mom berubah jadi working mom.

Dua2 berita baik ni aku terima dengan hati terbuka dan aku rasa macam doa aku selama ni dah pun termakbul. Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah swt..sesungguhnya Engkau Maha Mendengar.

Aku harap aku dapat memikul kedua-dua amanah ini dengan baik..macam aku jaga muna. Aku harap aku dah bagi yang terbaik..sekarang ni dia memang perlu perhatian yang lebih..macam lain sikit perangai dia..suka marah2..mengamuk..menjerit..alahai...tapi ada waktunya lah..dahlah sekarang dia tolak susu fm. Tapi bagus la jugak..umur dia dah 2 tahun lebih..

Aku pun pelik..tak tau la jugak dia macam tu sebab nak dapat adik ke sebab dia kat tempat baru sekarang..tapi dia okay sebenarnya kat sini..ada masanya dia happy sangat.siap cakap rumah baru muna best. Entahlah kan. Bebudak memang camtu kot kan. papamuna cakap kat sini dia macam orang dah besar je..siap suruh aku panggil dia kakak..kalau aku panggil dia muna, dia ingatkan balik, " bukan muna lah, panggil kakak".

Baiklah kakak. Hehe comel je.

Oklah..sekian dulu bebelan aku..nanti aku nak share pengalaman pertama kali menghadapi banjir dalam seumur hidup...kat tempat baru ni...

Btw sekarang aku tinggal kat daerah Lubok Antu. Best kan nama dia? Lubuk Hantu. Heheheh

Thursday, February 5, 2015

The redlines part II



Assalamualaikum...tengok gambar pun dah faham kan entry ni pasal apa. Hehe.

Pertama sekali..syukur Alhamdulillah. Memang pregnancy kali ni aku rancang. Mula rancang 3 bulan sebelum betul2 pregnant. Ini kira pregnancy yang ke tiga untuk aku. Jadi biasa2 je la kan. Dah tau la sikit2 dari pengalaman dulu.

Mula2 memang aku dapat rasa tanda2 awal pregnancy, especially breast tenderness dengan kat leher ada garis gelap sket. Sepatutnya 13 nov tu miss p dtg, tp tak datang. Esok tu besday aku, terus aku perasan sorang2. Yayy aku pregnant. Finally ~ Padahal belum buat upt dan sebelum tu selalu je dapat false alarm :p

20hb nov aku buat upt ni. Walaupun tak surprised sangat macam masa pregnant kan muna dulu..tapi kali ni excited sikit..mudah2an semuanya selamat..

Hari ni kalau tak silap aku 16w n 2 days kot. Tapi jarang2 lah rasa baby gerak. Sebelum ni ada la rasa sikit2. Tu pun light sangat. Maybe baby kecik lagi kot. Sebab tu tak dapat nak rase. Haa. Yelah tu kot. Huhu

Dah scan masa bukak buku pink haritu. Semua ok. Hopefully ok sampai baby lahir n membesar.

Seorang ibu hanya mendoakan yang terbaik untuk anaknya (",)

Monolog: Btw, ada lagi satu benda nak share. Next entry je lah, baru best.
My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...