Sunday, February 22, 2015

2am


Asslamualaikum...

Jam 2 pagi sekarang tapi mata aku still segar bugar lagi. Nak kata insomnia tak jugak aku ni. Sebab kalau aku dah settled atas tilam macam ni sambil ngadap hp, tak lama lagi lelap la mata ni. Hehe.

Ok. Sebenarnya aku susah hati sikit ni. Muna demam hari khamis malam jumaat hari tu...malam semalam iaitu hari jumaat malam Sabtu dia start bangun tengah malam suruh garu sana garu sini. Muna memang suka kalau aku garu belakang dia..selalu aku atau apaknya garu sampai dia lena. Tapi sekali ni lain sikit la. Dia asyik merengek dan mintak garu secara ekstrem. Nak kata nyamuk, racun nyamuk yang  elektrik tu mmg hari2 dipasang without fail. Ini seauatu yang lain.




Siang tadi,iaitu hari sabtu,tengok2 banyak ruam kecik kat siku,lutut, bibir (sikit sangat ) pastu  kat tapak tangan, tapak kaki..pun ada sikit.

Sounds like hfmd kan? Huhuhu...sebelum ni pun muna pernah kena.  Tapi masa tu ruam dia macam ada cacar air..tapi yang ni macam takde berair pun. Just ruam2 merah..jadi tadi malam aku bawak dia pegi klinik sebab aku nak mintak cream calamine tu. Last time it works fine..bila sapu tu dia macam cepat baik.

Terpaksalah aku cuti. Aku suka gak sebenarnya..dah seminggu cuti cny, pastu di extend pulak lagi. Hehe. Tapi anak sakit, takdenye terasa nikmat tu sangat. Apa yang penting kesihatan dia kan. Semoga anak mama cepat sembuh...Aminn...

Ok dah start ngantuk. Haha. Till i write again. Nite2..


1 comment:

  1. Kesiannya Muna..get well soon baby....demam campak ke?

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...