Monday, April 30, 2012

HaNa's FamiLy: Takoyaki@Ebiyaki@Kaniyaki

HaNa's FamiLy: Takoyaki@Ebiyaki@Kaniyaki: dah lama tak wat takoyaki! tp kali nih buh segala mende yg ada... tako,ebi,kani! ehehehe... sbb masing2 punyer citarasa yg berbeza.. danish ...


seriously! sedapnya..inilah makanan yang aku mengidam tapi belum dapat makan..sabar ye sayang ;)

Sunday, April 29, 2012

cravings

yesterday, i went to kuching airport to satisfy my cravings! wah, sampai kena gi airport. apa agaknya yang aku mengidam nak makan tu?


cookies! tapi kali ni spesifik sikit. mesti nak famous amos punye. haha. dulu pregnant with luna-luna, nak makan cookies jugak tapi mana-mana pun boleh. teruja bila my friend actually hantar satu kotak besar of chocolate cookies! masa tu nak raya, so aku kirim kek lapis, and i got a big box of chocolate cookies. sayang takde gambar.


masa baru habis sekolah, buat part time kat MV..selalu beli cookies ni. teringat pulak kat raju..bangla ensem kat kiosk famos amos tu..haha..masa kecik-kecik dulu pun selalu kena manja dengan makcik yang selalu bawak aku gi subang parade and beli cookies ni..masa ni main tunjuk je...oh i missed the old days!




kalau kat area aku ni, kat airport la mcd paling dekat. akur je la pegi airport pun. BigMac ke DoubleCheeseBurger? kalau chicken skip dulu..ni nak tambah darah ni..oleh sebab kat entri lama aku ada cakap takleh ambik dairy dengan daging, tapi bila tengok big mac ade gak cheese. ah, big mac je la. asalkan hasrat nak burger mcd tercapai. pastu order air ribena, sebab ada vitamin c. hehe. boleh pakai ke cara aku ni. ;p


this is our first movie for 2012..haha memang dah lama sangat tak gi cinema tengok movie. selalu tengok DVD je.

sekarang ni baru 19 weeks lebih..kira nak masuk 5 bulan. tak sure ini mengidam sebab baby yang nak ke sebab mama dia yang nak..haha...

Monday, April 23, 2012

Hari-Hari Kari

i am married to a dear someone who can eat curry everyday! baru tadi masak kari ayam dengan susu cair upon request. baiklah sayangku, your wish is my command. kalau ikut selera aku, nak makan ayam masak merah. tapi takpelah, sekali sekala mengalah.

being a curry lover, masakan india justeru menjadi minat papaluna ni. kalau keluar pegi town, mesti nak makan nasi beriyani..favourite everrr lah kot. tak reti nak buat food review ni, tapi dalam banyak-banyak tempat..(banyak ker? hehe), islamic cafe kat batu 7 paling best lah. kalah buhari kafe kat satok. rasa dia lebih sedap, servis lebih mesra, pinggan lebih cantik..warna nasi lebih cantik...dan..ada tandoori dengan beriyani..that's my choice.



compared dengan buhari cafe:


hehe dah setengah baru ambik gambar..papadom pun hangus..presentation-wise, memang biasa je..lagi satu takde aircond, pastu nak order kueh tiaw goreng pun takde..kalau tak ada choice then okay la sini, kalau rajin pegi batu 7 mesti nak islamic cafe..hehe..harga lebih kurang..

satu hari nak belajar masak nasi beriyani lah.


ha, ini yang aku masak tadi...kalau papaluna, hari-hari masak ni pun takpe, kalau tak yang macam ni..yang ala-ala indian lah..kalau aku diverse sikit, kadang-kadang nak chinese food, thai food, western...tapi yang sentiasa aku nak, masakan padang lah...::drool::

Sunday, April 22, 2012

pitam!

actually, hampir pitam..tapi tak pitam pun..title post harus over~

semalam pegi jalan-jalan dengan papaluna dan maknya...pergi 'pasar' kuching..mil nak beli cincin..dan aku pulak nak pegi kedai kain..nak belikan kain untuk buat jubah untuk my bestie kat uni dulu, mimi..yang pregnant tu..syukur dapat cari semua barang walaupun masa kat india street tu dah rasa pelik-pelik sikit. mabuk-mabuk sikit.

mula-mula bawak my mil makan kat buhari nasi beriyani kat satok. pastu tak singgah pun pasar minggu satok sebab takut kedai emas kat india street tu tutup..aku suka pegi pasar minggu kat satok sebab dia macam pasar malam kat semenanjung...tapi kat sini dari siang la..rindu pasar malam kl ;')

gambar lama, sempat tu bergambar sambil pilih bawang..rasa retis la tek..hehe
so kitorang pegi la india street dulu..

inilah india street kat kuching, berdekatan waterfront. pic googled

kat india street aku berjemur lak...hari yang panas..peluh dah banyak keluar..aku asyik ajak my mil duduk.haha aku kalah! masa tu dah lepas shopping cincin dia, handbag dia, sandal dia..towel dia..dan barang aku..huh serious letih..

pastu pegi satok balik..nak beli barang dapur kat pasar minggu..masa kat pasar minggu,aku jalan-jalan macam biasa..dah 10 minit macam tu, aku dah rasa pelik..macam tak dapat berdiri lama. lepas tu, mata jadi kabur-kabur..tak berapa nampak lagi keadaan sekeliling. nasib my mil ada sebelah..aku terus pegang tangan dia dan tanya mana anak dia..haha..pastu aku bagitau la aku rasa macam nak pitam..so dia bawak aku duduk kat kaki lima terdekat. pastu aku cakap aku dah okay, dan suruh diorang shopping lagi..huhu sempat suruh papaluna beli air soya dengan keropok leko.

first time rasa nak pitam. risau gila! kenapa leh jadi camni. anemia lagi ke..hari-hari aku gigih makan pill untuk tambah darah..

dear baby, mama okay, baby rilek2 je k..we have long way to go! 

Thursday, April 19, 2012

sentap lagi..

kenapa lah, nowadays senang betul menangis. mungkinkah sebab pregnant? dulu tak pulak macam ni. tapi aku memang seorang yang agak mudah sentap..haha in other words, sensitif..tapi kalau ada orang rasa aku insensitive, terpulanglah, terimalah aku seadanya..;P

tadi terbaca artikel member share kat fb pasal "APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH" baru baca 1-2 line, dah berkerut-kerut dah muka nak nangis..huhu walaupun sempat membesar dengan bapak aku sampai sekolah rendah je (divorced) tapi jauh di sudut hati, aku tau bapak aku bapak paling baik di dunia..sebab, dia adalah bapak kepada aku. biarlah apa orang nak kata. still, ada jugak memori pasal dia yang baik-baik aku ingat.

teringat kat dialog dalam movie cinta :
"kadang-kadang orang yang paling kita sayang lah, paling susah untuk kita sayang."

dah la malas nak cakap lagi la.huuhu

Wednesday, April 18, 2012

crybaby

pic googled


Air mata seposen...itulah gelaran untuk aku masa kecil dulu..haha..teringat pulak nostalgia. tapi tu as a small girl..big girls dont cry eh? huhu tu kata fergie je..

Pagi tadi aku cakap-cakap dengan baby..or should I call it fetus..xnaklah xbest..so back to my baby..dah nak masuk 18 minggu..tiba-tiba leh nangis pulak..sambil mengusap perut yang dah timbul sikit while I was lying down on my bed. Emotional, memang. bukan apa, aku terharu untuk mengandungkan dia..to be given this chance..to go through it again..though it’s still so early..walaupun belum kenal..tapi aku dapat rasa yang aku sayang sangat kat baby ni..tapi, the more i love the baby, the more frightened i get..

Kenapa? paranoid lebih kan? Kalau ibu mengandung yang lain, semangat, excited..it’s not that aku tak rasa macam tu, tapi aku banyak sangat berfikir mungkin.

after both tumaninah and tsara went away, i've learned to accept that life is really short. so i tend to appreciate more, and hope less and I’ve changed a lot too- if I may say so.

one thing that never change though is that i am still a cry baby. Just writing this makes me cry. It seems like every time after I cry, I’ll feel a little better, my breaths will become deeper, and my eyes will become clearer.

Monday, April 9, 2012

domestic violence

seingat aku, hal rumah tangga ni jarang sangat aku nak bercerita dengan orang..ada tu adalah, tapi dengan orang yang betul-betul aku kenal..Nak dijadikan cerita, 5 hb april hari tu ada appointment kat klinik since every month memang kena pergi check up..kebetulan nurse ni kenal dengan papaluna's family dan banyak jugak soalan yang dia tanya..aku tak berapa nak suka jawab soalan-soalan lagi-lagi dari orang yang aku lansung tak kenal..dipendekkan cerita, masa nak balik aku pun tengok-tengoklah buku rekod kaler pink tu, and to my surprise, it was written there; dietary history- adequate, sleeping pattern- good, domestic violence -present, physical activity- normal..


aku terkesima sekejap membaca banda-benda ni semua..ye lah, bila masa dia tanya aku soalan yang macam ni? seingat aku soalan-soalan dia semua bersifat agak peribadi seperti 'dulu habis belajar ke tak' something like that..soo rude..do i really look like some dropout who got married too soon?

tu la nurse tu pun satu. aku rasa dia salah taip..lain kali masa kerja, tak payah nak tanya benda-benda yang tak related boleh tak? huhu dan benda-benda yang boleh menyinggung perasaan..ibu mengandung ni memang cepat tersinggung kan? (-.-)

Thursday, April 5, 2012

red devil

salah satu sebab kenapa aku selalu hesitate nak makan kat tempat-tempat baru ialah...bila tengok menu, semua indah-indah belaka..bila nak order, takda stok la pulak. lepas tu, macam mana tom yum bleh rasa macam kari sikit, asam pedas sikit. daging masak merah pulak merahnya mak ngah! sayur kailan ikan masin ok la rasa dia tapi nape banyak tulang? nak kasi tercekik ke..huhu



kalau makan kat rumah lagi best. tapi sekali-sekala nak jugak hirup udara segar..santai-santai..macam zaman bercinta pulak eh.



My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...