Sunday, April 22, 2012

pitam!

actually, hampir pitam..tapi tak pitam pun..title post harus over~

semalam pegi jalan-jalan dengan papaluna dan maknya...pergi 'pasar' kuching..mil nak beli cincin..dan aku pulak nak pegi kedai kain..nak belikan kain untuk buat jubah untuk my bestie kat uni dulu, mimi..yang pregnant tu..syukur dapat cari semua barang walaupun masa kat india street tu dah rasa pelik-pelik sikit. mabuk-mabuk sikit.

mula-mula bawak my mil makan kat buhari nasi beriyani kat satok. pastu tak singgah pun pasar minggu satok sebab takut kedai emas kat india street tu tutup..aku suka pegi pasar minggu kat satok sebab dia macam pasar malam kat semenanjung...tapi kat sini dari siang la..rindu pasar malam kl ;')

gambar lama, sempat tu bergambar sambil pilih bawang..rasa retis la tek..hehe
so kitorang pegi la india street dulu..

inilah india street kat kuching, berdekatan waterfront. pic googled

kat india street aku berjemur lak...hari yang panas..peluh dah banyak keluar..aku asyik ajak my mil duduk.haha aku kalah! masa tu dah lepas shopping cincin dia, handbag dia, sandal dia..towel dia..dan barang aku..huh serious letih..

pastu pegi satok balik..nak beli barang dapur kat pasar minggu..masa kat pasar minggu,aku jalan-jalan macam biasa..dah 10 minit macam tu, aku dah rasa pelik..macam tak dapat berdiri lama. lepas tu, mata jadi kabur-kabur..tak berapa nampak lagi keadaan sekeliling. nasib my mil ada sebelah..aku terus pegang tangan dia dan tanya mana anak dia..haha..pastu aku bagitau la aku rasa macam nak pitam..so dia bawak aku duduk kat kaki lima terdekat. pastu aku cakap aku dah okay, dan suruh diorang shopping lagi..huhu sempat suruh papaluna beli air soya dengan keropok leko.

first time rasa nak pitam. risau gila! kenapa leh jadi camni. anemia lagi ke..hari-hari aku gigih makan pill untuk tambah darah..

dear baby, mama okay, baby rilek2 je k..we have long way to go! 

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...