Monday, September 24, 2012

when i left u..

Umur muna baru 8 hari tapi aku terpaksa tinggalkan muna kat rumah dengan nenek dia sebab aku kena pegi interview..last week (18 september) aku bukak email dan ada panggilan interview untuk jawatan guru mara..masa tu ada tak sampai 4 hari untuk prepare..(22 september) papaluna pun izinkan aku pegi..why not aku cuba kan.

tiba hari interview tu aku sedar yang aku tak sempat nak prepare apa2 sangat..ada exam psychometric, microteaching dan interview..ye la, mana nak prepare, aku bz jaga muna. tapi aku pegi je kot2 ada tuah dapat kerja tu. lepas exam masa pagi tu, aku dah start rindukan muna..so aku tengok la gambar dia kat wallpaper hp aku.


tiba-tiba je aku rasa sedih sangat..meleleh air mata..rasa bersalah pun ada sebab terpaksa tinggalkan dia untuk setengah hari..of course i didnt do well for the microteaching. panel pun tanya, awak tak prepare ke? tapi diorang tak tau yang aku baru 8 hari dalam pantang. dewan exam tu sangat sejuk! ada jugak satu masa tu urusetia panggil nama aku. rupa-rupanya papamuna yang suruh panggil sebab dia risau aku belum makan.

sampai settle semua dalam pukul 4:30 petang, baru aku makan. throughout the day, all i can think about is muna, muna, muna. macam ni rupanya perasaan ada anak. 

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...