Friday, January 15, 2016

Setahun

Assalamualaikum..

Hari ni genap setahun aku bekerja as a gov servant. alhamdulillah..walaupun tak kaya mana (haha) tapi so far so good..rezeki tu bukan hanya hadir sebagai wang ringgit sahaja...

Especially part tinggal kat Tabut ni..dalam sekolah. aku sangat suka environment kat sini. pedalaman..tak ada pencemaran..hidup sederhana..dan yang paling penting aku dapat tengok anak2 aku masa waktu bekerja! pernah sekali je miss lunch dengan muna sebab aku ada taklimat kat sri aman..selain tu, i have never missed lunch time dengan si kecik tu. lagi2 kalau aku lewat sikit banyak kerja, dia kata dia tunggu mama..nak makan sama.. huhuu..so touched.

Masa mula-mula dapat tau posting kat sini memang sedih gile..risau..5 jam perjalanan dari rumah mertua. tapi sebenarnya posting kat sini ialah satu rahmat dari Allah swt kat aku n keluarga kecil aku ni..sebab aku dah lama mengidam nak tinggal rumah sendiri..berdikari..Alhamdulillah..betul jugak kan. pada Dia tempat kita meminta. sebak pulak rasa..aku minta dikurniakan anak lelaki, termakbul juga pada masa yang sama..Adam sekarang nak masuk 6 bulan. syukur tak terhingga sebab semuanya dipermudahkan.



Ni pemandangan aku balik rumah yang sekangkang kera je dari opis tu. muna memang minat sangat melukis..aku n apak dia support je ape pun minat dia, insyaallah..

Hidup ini indah~

till next entry 😊

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...