Thursday, January 24, 2013

[ S.I.C ] tips segarkan kulit kepala

hello.....banyaknya nak dibebelkan, tapi masa tak ada. tak seperti selalu, asyik muka ni je update blog kan?

orait. hari ni aku nak share satu lagi tips yang aku sendiri dah tried n tested. berkesan jugak. kalau korang jenis yang cuci rambut tiap-tiap hari sebab kalau tak cuci sehari rasa berminyak je, tips ni memang sesuai. lagi2 yang macam aku ni, bukan je sekali sehari, tapi tiap kali mandi kalau tak cuci rambut rasa macam tak selesa je. tak segar. pulak tu, rambut jenis hutan hujan tropika, stok susah nak kering dengan cepat, sepenuhnya.

tapi yang tak best nya kalau kita kerap sangat cuci rambut dengan syampoo, conditioner, treatment etc3 tu...maknanya kita mendedahkan kulit kepala kita pada bahan kimia lah kan? hurm...dont like, dont like.

so kadang2 tu boleh la cuba alternatif yang lebih semula jadi. tadaaa~

pic googled



caranya:
cuba korang masa mandi tu ambik limau nipis 2-3 biji, belah dua. pastu pada rambut yang basah, korang perah limau tu. pastu gosok2 di seluruh kulit kepala dan korang akan rasa kesegaran yang serta merta! ok excited lebih..jangan lupa bilas bersih2 ye ;P

macam biasa, ini cara simple aku je, actually tips ni ex-jiran aku yang amalkan..ntah2 korang dah bertahun2 pun buat..tak kisah la kan..kalau nak explore lebih banyak pasal limau nipis dan khasiatnya, sila tanya pokcik gugel ye.

1 comment:

  1. part rambut yg cam hutan hujan tropika tu yg xtahan tu..hahaha
    sesungguhnya aku mengakui nya..hahaha

    ReplyDelete

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...