Saturday, January 19, 2013

last night

malam tadi pertama kali aku pegi melawat orang kat dalam wad ICU. sebelum pegi tu, rasa macam nerves je..aku ni bukan boleh tengok sangat orang sakit. taktau lah kenapa. sedih kot..masa masuk tu, dibenarkan sekali masuk 2 orang je. ni bukan macam wad biasa...dah nama pun unit rawatan rapi kan..masuk-masuk je mata aku dok melilau ke kenan ke kiri, kedepan..ada yang dalam bilik berdindingkan kaca dengan pesanan 'pelawat tak dibenarkan masuk' seorang perempuan tengah duduk atas katil yang dibengkokkan tu. kaku je dia. tapi dari mata kasar macam takde pape sakit teruk pun..hmm, ada yang dah tua, ada yang muda tak sedar, dalam tidur ke koma, aku tak pasti. ada yang baru saja disorong masuk ke bilik bercermin tu dengan perut yang sarat mengandung.

Ya Allah, apa agaknya yang dilalui mereka ni semua ye? sakit, itu pasti. tapi aku tertanya2 pulak apa yang diorang ni fikirkan..bagi aku 1 hari tu macam setahun je kalau ada dalam tu..siang berganti malam, ubat dah jadi makanan pulak.

actually aku pernah pegi ICU. tapi untuk baby punya masa my luna-luna di intubated. dalam sebulan tu , berulang alik samarahan-kuching. it is called NICU..neonatal intensive care unit. susah lah nak digambarkan dengan kata-kata. biarlah jadi kenangan abadi je. yang indah, yang pahit.

ape yang boleh aku kata ialah...... hidup ni sangat penuh dengan kejutan..bila-bila masa Allah s.w.t boleh tarik nikmat hidup dari kita.


p/s: aku harap aku akan sentiasa beringat benda ni..in sha Allah. dan aku doakan orang yang aku lawat tu akan cepat sembuh. malam ni ahli keluarga dia ada buat solat hajat. 

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...