Tuesday, January 8, 2013

[RESEPI] Sambal Kentang Ikan Bilis

dah dua hari berulang menu yang sama..to be honest, hari hari aku mengadap lauk ni pun takpe..wahaha..kentang tu sendiri dalam hidup aku ni ada pengertian yang sangat penting tau..pendek kata aku dan kentang memang serasi. Lolz.

tapi yang tak bestnya takde orang yang berkongsi pengertian tersebut dengan aku..sobs..not even papamuna...even kalau dia makan, kemungkinan besar dia nak ambik hati aku je...hoi hoi hoi penting sangat ke rasa hati aku ni..hehe..

kalau dah indon, tu indon juga la ye ;) originally, aku gilakan sambal kentang balado..tapi takde je tomato kat rumah time nak masak so aku buat sambal biasa je la..nanti ar aku buat sambal balado pulak..

pics googled:

perfection

...and more perfection

tambah pulak daging...memang superb

ok lah, sekarang jom tengok resepi aku pulak..Sambal Kentang Ikan Bilis:

bahan-bahan:

  1. kentang (jenis ape2 je, potong ikut suka hati)
  2. ikan bilis
  3. bawang merah/ bawang besar
  4. bawang putih (optional)
  5. asam keping
  6. cili kering yang diblend
  7. garam
  8. gula
  9. perasa (optional)
  10. sos tiram (optional)
  11. minyak masak


cara-cara memasak:

  1. panaskan minyak untuk menggoreng kentang dan ikan bilis, toskan minyak, letak tepi. 
  2. panaskan minyak untuk menumis pula..ada dua cara, boleh masukkan bawang merah dan bawang putih yang di tumbuk atau kalau malas masukkan je bawang besar yang dihiris. tumis hingga naik bau.
  3. pastu masukkan cili blend...tumis seketika. masa ni nak tambah sos tiram pon ok..
  4. masukkan garam, gula dan perasa 
  5. masukkan asam keping
  6. masukkan sedikit air..ingat, sedikit jer
  7. kacau rata supaya semua rasa sebati dan mencengkam jiwa...haha
  8. pastu bila kuah dah agak kering, masukkan ikan bilis dan kentang yang siap digoreng tadi. gaul sebati.
  9. it's ready to be eaten dengan nasi panas!


my version:





aku makan time pregnant dulu...pastu kena cherry berry..sebab siput tu kot..haha..

teringat pulak kat ex-coursemate aku masa kat uni dulu..belinda..susah payah dia pegi hiris2 kentang nipis2 pastu goreng pakai dapur elektrik, letak dalam plastik pastu bagi kat aku masa dia datang 'apartment' aku..im touched ;') 

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...