Thursday, October 17, 2013

Nasi ayam oh nasi ayam





Hai korang..tengah hari cenggini kan, molek lah aku wat entri pasal makanan..hehe 

Nasi ayam. Apa yang korang bayangkan? Ada nasi. Ada ayam. Dan pelakon2 tambahan seperti timun, tomato, salad.. pencicah seperti kicap pekat, kuah/sos cili merah yang masam2 tu, apa2 je lah kan. Tapi aku suka kalau ayam dia roasted, disimbah dengan minyak bijan..hurmm lazat nya! Dan fyi, kat sarawak ni jugak la first time aku makan nasi ayam dengan mayonis atau sos thousand island..ayam dia pulak digoreng rangup. Lain sikit, tapi sedap! 

Tapi...ada satu restoran ni, wat nasi ayam macam dalam gambar kat atas. Ayam steamed, ada kangkung. YES, KANGKUNG. being a fussy eater, masa dapat je nasi ni beberapa tahun dulu, aku tanya lah balik waitress tu. Betulke ini yang aku order? Betul katanya. 

Lepas tu aku pun bersumpah (hamboihh) kalau pegi tempat tu lagi, aku takkan order nasi ayam. 

Entah kenapa lately ni aku tercari2 nasi ayam. Tempat feveret aku asyik tutup jek. So papamuna suggest pergi tempat tu. Aku kata okay, order pun dah dibuat. Dan...aku terus dapat deja vu balik. Huhu 

Aku sentap makan nasi ayam dengan kangkung. Walaupun aku suka kangkung. Tapi tidak bersama nasi ayam. 

Sumpah taknak order nasi ayam kat situ lagi (T___T)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...