Friday, October 18, 2013

muna's 12 months checkup

pasal checkup setahun...baru nak update..maafkan saya..heheh..macam biasa entri ni panjang..takpe, tengok gambar aje la! hee (^____^)

gediks 


semua tau kan masa baby checkup setahun diorang akan kena injection untuk vaksin mmr..dan semua pun mesti tau sekarang ni isu vaksin tengah hot...dan itulah my main concern masa bawak muna pergi checkup hari tu..ada lah baca kisah2 ngeri anak2 yang kurang bernasib baik. tapi aku tawakkal..so aku bawak muna pergi checkup dan dapatkan suntikan tu.

alhamdulillah, untuk jangka masa terdekat ni, takde kesan apa2 pada muna, demam pun tak ada..apa2pun aku doakan tiada kesan jangka masa panjang jugak lah..mudah-mudahan...amin.


perkembangan muna setakat ni (yang aku observe sejak dia 12 -13 bulan):


  • berat naik 200g, jadi 7.1 kg...huh long way to go sayang
  • dah pandai jalan 5-8 langkah...hopefully tak lama lagi pandai jalan betul2..
  • gigi baru dua batang hokeh...kat bawah..malu2 betul gigi dia nak keluar..
  • pagi tadi, dia cucuk pipi aku n kata 'apak' pastu dia tunjuk papamuna dia kata 'mama' alahai sayang...kan dulu dah betul? cane boleh terbalik ni??
  • suka main kutip "barang" pastu letak kat tempat lain, dan ulang lagi...barang tu tak pape pun sebenarnya, dia berlakon je konon2 ada..kadang dia letak dalam mulut...wat aku gelabah je, padahal tak de pape pun kat tangan dia..pastu ada gak dia pegi suap kat aku...layankan je la...haha
  • pantang tengok aku minum air, mesti nak minum gak kat cawan/gelas..sekali lagi, aku layankan je
  • mengada2 masa mandi..hangin mak tau...dia peluk kita ketat2, selalunya lencun aku, tak pun aku terus mandi sama
  • dah kenal mana kepala, kaki, hidung, tangan...tapi kadang2 lain ditanya, lain ditunjuk dia..
  • kadang2 suka makan, macam lapar sangat, dia telan semua..kadang2 dia taknak, walaupun makanan yang sama atau lain..
  • pantang tengok kasut, mesti nak disarung ke kaki..tapi selalunya tak dapat, merengek la dia
  • dah pandai tunjuk botol susu kalau nak menyusu..tapi bila taknak menyusu, aku sebut perkataan 'susu' je terus nak termuntah lah kan...huhu macam2 ragam anak mama ni
  • pandai pegang botol susu masa menyusu tapi dia takmo! nak manje2 gak, tapi kalau dia pegang, kejung je tangan dia tak gerak2 sambil menahan botol susu tu..hehe sian lak.
  • masih suka menyepahkan barang, kalau dalam laci tu, habis satu2 dia belek dan buang keluar sampai la laci tu kosong..
  • suka berdiri kat tingkap kereta, kaki dia pijak peha aku, sambil muka dia kena angin kalau bukak tingkap..dun worry, aku tak biarkan..sesaat je aku kasi peluang..
  • bila dengar azan, suka ikut jugak alunan tu..hehe kiut nye 
  • minat dengan haiwan2...excited dia kalau nampak haiwan...tak kira la kecik ke besar...baru aku tau yang dia duk sebut 'pateap...pateap' tu sebenarnya 'pusak' atau kucing dalam bahasa rasmi
  • pernah sekali aku panggil papamuna 'abang' dia pun ikut panggil abang...hesshh
  • dah pandai tampar muka mak dia ni ha. kalau dia tak puas hati, pangggg! kena sedas..haih anak mama, tak boleh macam tu tauuu?
  • kalau dia tak dapat apa dia nak, atau kepunyaan dia diambil tanpa kerelaan, dia akan marah, hentak2 tangan atas lantai sambil duduk atau bersujud kekiri kekanan..eh, susah nak gambarkan dengan kata2..kira memberontak la tu..heh
  • suka main merangkak berundur..orang merangkak ke depan, dia reverse ke belakang. time makan slalu camni. atau time ajak orang bermain dan bergurau
  • tak suka orang lain balik/ pergi dari pandangan dia...lagi2 kalau orang semua pergi sekali dan cakap bye2 kat dia, memang meniarap sambil cium lantai dia nak tunjuk perasaan..pastu nangis kejap
  • suka makan telur rebus bahagian putih..kadang2 tu kalau kita penat2 masak makanan yang ok sikit, dia wat main pulak...disusun-susun, tak pun tertingkup pinggan/ mangkuk tu
  • suka buku...kalau dapat buku, dia mesti nak selak-selak dari kulit ke kulit..strange but true!
  • suka dipakaikan jam...kalau dia tengok papamuna pakai, atau kita tanya dia mana jam, dia akan hulur tangan sambil bahu kepit ke pipi ala2 princess mintak disarungkan cincin gaya dia tu...haha..lawak pun ada aku nengok..
  • suka geleng2 kepala, dan goyang2 badan bila dengar lagu..ada sekali kat dalam keta, dia duk tekan2 pilih channel radio, pastu bila dapat lagu rancak sikit baru dia berhenti tekan, pastu terus goyang2, angguk2 kepala..aiseh...
  • suka gigit sudu besi..iskkk
  • suka main wallet aku...ada sekali dia nak patahkan kad bank atm aku..sambil wat muka geram..uishh apa motip muna eh??
  • pandai jeling orang tau...dia renung lama2...last2 dia jeling..yang ni seriusly aku tak tau, macam mana dia boleh buat..mane de aku ajar dia?
  • ape lagi? eh cramp lah otak aku nak ingat semua...
lepas kena injection terus tertido...aku tengah pangku dia ni, kat dalam keta

eh eh, dia pulak nak menyusukan orang patung

aku takde beli flash cards...tetiba tunjuk buku ni, cakap 'baby lamb is hungryyyy, baa baa- baa baa' haha annoying lah mama ni

suka di bawa bersiar2 ambik angin pakai motor pusing sekitar kampung


still muat baju yang aku buat ni masa dia 6 bulan!

suka duduk camni

mama memang ada skill nak buat dia duduk diam untuk bergambar...hihi

belajar berjalan

fussy eater. 

still tido dalam buai...tapi tak boleh ditinggal tanpa pengawasan..tetiba je dia boleh duduk n nak keluar dari buai

ne gigi muna neeee? kata mama dalam dialek sarawak
ni masa umur 10 bulan

sama gak, 10 bulan


suka sangat tengok muna bertudung

shooo schweeet kan? haha
video
kalau korang tengok sampai abis..tuu dia jelingan dia ;)


terasa sekejap sangat masa berlalu...lepas ni entah apa pulak ragam muna ni...

sekejap "mak", sekejap "mama". sekejap dialek kl, sekejap dialek sarawak..which one? 

dua -dua je lah nak.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...