muna mudah bersosial...tak macam maknya..hehe..shy2 cat katenya...maybe ikut papamuna kot...nampak je pendiam, tapi kalau dah duduk dengan geng dia, memang riuh la. dahla suka bergurau. err lebih kepada loya buruk sebenarnya. haha
jadinya, muna ni bila orang yang biasa main2 dengan dia nak balik/pergi, camni lah reaksi dia. part dia letak kepala atas lantai alololo cian nya anak mak. hehe
terdengar lagu ni kat radio terus cari lyric dan tersengih sorang2. shared parts of the lyric kat status fb. terasa muda kembali. (eh aku blum tua sangat lah)
terus teringat zaman gila2 dulu. u probably have no idea..huhu dan aku pun sebolehnya nak tinggalkan jauh2 dan terus menjadi lebih baik.
"tiada orang baik yang tiada masa lampau..dan tiada orang jahat yang tiada masa depan"
kalau tak ada yang dulu, tak ada lah yang sekarang. Betul tak?
3 hari je lagi muna punya birthday...tapi hari ni muna still baby yang 11 bulan lebih, rasanya tak lengkap kalau aku tak share perkembangan dia macam yang aku slalu buat, hehe
punya lah susah nak suruh budak ni tido, terpaksa hire pelakon tambahan...hehe
let's go straight to the point je lah:
belum pandai jalan, tapi dah bertatih
dah tumbuh gigi, yay~ finally, dua batang kat bawah
semalam, geli hati aku tengok dia tengah suap diri sendiri dengan air putih, pastu air menitis, dia ambik pakai tangan dan letak balik air tu dalam cup, macamlah air tu seketul2 boleh dipegang camtu..berulang2 dia buat dengan muka bersungguh2..hihi
mama tengok muna ni memang kalau nak buat sesuatu tu selagi tak dapat, jangan harap dia nak berhenti buat..jangan stress2 ok sayang..
rambut dah panjang skit tapi still nampak pendek sebab dia bergulung2 kat belakang, kat atas lurus..
suka belek2 buku..pegang2 pensel, pen...suka aku tengok dia atur part hujung mata pen atau pensel tuju kat atas kertas..
suka makan coklat. tapi coklat buat perut dia meragam..paknek dia la suka sangat spoil muna dengan coklat..
suka show off skill naik turun kusyen keras yang diletak atas lantai
kalau ada masalah, rajin mulut dia panggil 'mak'...'mama'...kalau tak asyik sebut papapapa je
sebelah kaki dah pandai naik atas kerusi, tapi kalau tinggi sangat tak dapat..haha
pandai tekan tepon papanya nak on lagu..sebab senang, tekan button besar 2 kali, kalau tepon touchscreen mama memang fedup la dia sebab tak reti tarik lock kat tepi..hihi
dah pandai makan macam2...suka makan kismis..
waktu tido makin lambat...pukul 9-10 malam camtu baru nak tido..
mata alert betul, kalau mama sorok sesuatu mesti dia nampak, belum sorok lagi laju je mata dia tengok tangan kite...huhu
suka menjerit, tapi kalau orang call nak cakap dengan dia, dia diammmm je
suka kacau orang mengaji, kalau kita sebut alif, dia sebut ba, tapi memang dia taknak sebut alif..pernah 2-3 kali je dia sebut..
dah faham sikit cakap orang...kalau sebut cicak dia tengok dinding, kalau kata hello, dia letak tepon kat telinga..kalau tanya dia mana 'koloi' dia akan cari bff dia si paci tu..
sekarang dalam fasa suka imitate apa orang buat n cakap...mama ke behaveee
ok, setakat ni je la yang aku ingat..
kalau demam tak elok tutup2 sangat camni, yes i know..saje2 untuk tujuan bergambar..heheh
bunny in da house yo~
kamek sik mauk jalan dolok...sik mauk, sik mauk lahh
suka coklat, macam mama dia, nantilah tunggu muna besar skit, baru makan lagi ek.. no more choc for the time being
video muna main 'laptop' dia..ni memang betul2 main, lain2 masa, dia hempas2 je...
eh sebelum tu, ada iklan la pulak korangs...muna kata dia ada nak cakap something la...sempat lagi tu kacau mama blogging...ha, ada apa sayang?
hi pakcik2 makcik2 kawan2...nak tau tak hari sabtu ni hari apaaaa?
hari sabtu ni genap usia muna setahun...yeyeayyy~ muna nak hadiahhhh
uikss...kecik2 dah tau dengan hadiah...hahaha..muna nak apa? nanti mama usahakan...tapi tahun ni takde party tau..kita celebrate private2 aje...untuk kite-kite ajeeee...
"is bubur anak kau hangus"..tiba-tiba adik ipar aku bersuara..omggg..haha..macam mana aku boleh tak ingat yang aku tengah memasak??? insiden berlaku pagi tadi.
lagi satu, muna jatuh katil buat kali kedua baru je tadi..omggg...huhu..dah bergaris kepala dia..masa kejadian, aku kat bilik menjahit, papamuna pulak tengah tido dengan muna. masa tu papa dan muna baru je tido..maybe muna ni dia tido ayam je kot..ishh..boleh pulak dia bukak mata balik dan terguling2 sampai hujung katil..n..gedebuk~ jatuh.
seriously, mama muna should go to sleep. get a good quality, deep sleep..huh.
n double seriously, muna should go to sleep. just go to sleep..jangan duduk, tumbang, meniarap, merangkak, duduk balik then tumbang sebab nak tahan mata mengantuk sampai dahi terhantuk kat bibir papa..mama pun slalu kena.
haih, mana lah tumpahnya kari kalau tak atas roti canai~
kesinambungan entri tepuk amai-amai...saje je share video ni...aksi se tecik ni sebelum didodoi tido tengahari..orang suruh tido dia teruja pulak..haha
hello...hari ni muna genap 7 bulan ;) dah besar anak mama ni...tapi tak besar mana pun, sebab she refused to eat! most of the time la..kadang-kadang je dia makan betul-betul..
almost 7 months, cuteness!
video kat bawah ni dah lama ambik, kira masa muna 6 bulan 2 minggu camtu...comel nyaaa dia panggil 'mama..mak..mama'...maybe dia confuse jugak kot sebab kadang2 aku bahasakan diri aku mama, kadang2 mak...hehe
sori la dalam video ni kelam kabut sikit sebab sebelah tangan pengang muna, sebelah lagi sibuk cari button record video..pastu muna nak rampas tepon mama pulak (T_T)
hari ni hari terakhir bagi tahun 2012...rasanya macam baru minggu lepas aku buat azam untuk tahun 2012..ececeh..azam lah sangat, belum tercapai pun..tapi aku dapat hadiah paling best, yang tanpa dirancang..it's muna ;) Alhamdulillah ..
semalam ada majlis kenduri kawin lagi (pengilan), aku suka pegi kenduri kawin..hehe..last time pegi muna tak ikut sebab dia still so kecik! ade ceritanya kat entri ma, muna nak ikut!
so semalam konfiden je aku bawak muna..kakak2 ipar pun ada, so ape nak risau kan? tiba kat khemah tempat orang makan tu, hari pun mula panas..aku rasa macam bukan panas pagi lagi dah, macam tengah hari je..berpeluh2 aku..tapi pakai payung la. aku mula risau..muna maintain lagi masa tu..tengok2 orang..besar mata dia..
tiba-tiba time aku pegi kat mak pengantin untuk bagi sampul surat yang berisi duit tu, muna dah start menangis! sebab masa tu orang lalu lalang, keluar masuk..maybe dia tak selesa dengan keadaan orang yang ramai dan hari yang panas! maybe gak dia nampak orang ramai tu macam alien dan predator...haha
so aku buat pit stop kat rumah nenek pengantin tu..fuhh fuhh masa ni memang aku dah bermandikan peluh..pastu bila muna dah tenang skit aku try bawak keluar lagi, tapi dia takmau jugak. waa! camne ni?
nasib baik jiran sebelah rumah pengantin, (saudara mara family papamuna jugak) panggil aku bawak muna pegi rumah dia..haa..lega sikit aku...muna pon kat dalam rumah tu ok je dia. tak nangis pun..ye la rumah tu ada baby boy yang tua 25 hari dari muna..suke le tu...ahaha..muna dapat angpau lagi... \(^_^)/
so kitorang bergilir2 lah makan. pendekkan cerita, cubaan muna pegi pengilan turned disaster! haha.sorry lah, takde gamba, tepon aku hilang...papamuna punye keje...haruslah dia ganti dengan yang baru~ tapi takpe, klu korang rindu kecomelan muna, jom kita skodeng muna time dia nak mandi, aku bagi nama video ni 'gediks'. tengokla to find out...ngehehee (masa ni muna baru 2 bulan)
"making definite attempts at socialising"?
mama dah awal2 dedahkan muna dengan orang sekeliling..ramai sekaligus pulak tu '(-.-). aku perasan jugak masa pegi checkup 3 bulan tu, masuk2 je klinik muna nangis tengok orang ramai..tapi sekejap je la nangis dia tu.
"why do you have to go and make things so complicated?" terdetik pulak lagu tu kat dalam kepala ni. aku tak suka nak meremehkan sesuatu yang simple, kan...macam "why fix things that are not broken?" tapi...aku kena faham dan mengerti yang bukan semua orang berfikir sama macam aku..mungkin aku nak macam ni, mungkin dia nak macam tu..huhu
so 1) letak ego aku ke tepi. 2) terima seadanya. and 3) move on..sebenarnya tak semudah nak menaip tiga ayat tu.. tapi that's exactly what i have to do....."and i'd do anything to just feel better"....jom layan lagu ni..
sebelum korang baca, let me give u a friendly reminder, entri ni panjang dan banyak gambar! kalau tengah mengantuk kat opis tu takyah baca! haha
mama bila nak mandikan muna ni...asyik buat entri baru je???
oo pandai dia sorok tangan dia yeh
dalam seminggu ni aku perasan muna suka sangat masukkan tangan dalam mulut...tapi bila aku belek2 lagi folder gambar dia, rupanya memang dia suka buat camtu...dari dulu lagi..baby memang camtu kot...cuma, sekarang ni memang kerap sangat lah dia nak kunyah tangan dia tu..
1
2
3
4
5
gambar 1 hingga 5 tu dari newborn sampai yang terkini..semua orang kata, maybe muna nak makan kot...tapi aku tak nak lah bagi dia makan awal sangat...empat hari lagi baru masuk 3 bulan...lagipun aku tak rasa dia lapar..sebab baru lepas feeding pun dia still kunyah tangan dia..
so aku pun cuba buat kesimpulan sendiri...aku bagitau papamuna, maybe dia dah kenal tangan dia kot...sebab kalau dikaji kronologi muna dan tangan dia ni, semua bermula dengan kepit sebelah tangan, diikuti dengan merenung tangan, pastu kepit dua-dua belah tangan (memang susah nak masukkan baju nih), dan last-last kunyah tangan...
aku try google dan jumpa penjelasan ni..tak sangka, apa yang aku pikir tu sama dengan apa yang 'expert' kata...haha
printscreen from parents.com
kalau pasal nak tumbuh gigi tu, aku rasa macam awal lagi je..tapi aku ada perasan kat gusi muna ada putih-putih, kat bahagian gigi geraham tu...tapi kakak ipar aku kata tu bekas susu..yelah kan..takkan gigi kot..aku try ambik gambar, tapi ni jadinya:
meronta-ronta dia
lagi satu habit dia ni, dia suka mengunyah kosong..maksudnya dalam mulut dia takde pape pun..tapi nampak macam tengah mengunyah sesuatu..peliklah muna ni..ke semua baby camtu? even tengah tido pun sama jugak..haha..scroll down for more gelagat muna dan tangannya:
tak kira malam atau siang..
muna oh muna~ mama doakan muna akan dikurniakan bakat dengan tangan muna ni..ape-ape je semua pandai, pandai masak, pandai buat kuih, pandai menjahit (ehem), pandai melukis, pandai urut mama nanti, pandai menulis, pandai bertukang, pandai mereka cipta, dan yang sewaktu dengannyalah.
kita mak-mak ni macam2 yang kita inginkan untuk anak kita kan. kadang-kadang tersenyum sendiri memikirkan..in shaa Allah mama akan support muna dalam ape pun yang muna nak buat bila dah besar nanti, as long as tak melanggar syariat agama dan norma masyarakat..hehe
sebab tu even muna kunyah tangan, mama tak stop muna dengan pakaikan mittens atau sumbat paci..mama will let you explore your world~
people say "talk is cheap" but to hear your baby "talk" as if she were trying to have a conversation with you, it's priceless ;)
ibu baru ni memanglah camni, semua benda pun nak diherankan..haha..aku tulis ni pun bukan apa, untuk kenangan jugak, ni lah cara aku untuk rekod milestones muna supaya nanti2 dia dah besar bolehlah dia tengok macam mana dia ni masa kecik..Insyaallah ;)
her 'first word' was "aigoo"..kalau tak caye, tengok video ni..[00:19] haha (aigoo is similar to 'oh my' in korean)..masa pregnant dulu memang suka tengok drama korean, ada kaitan kah? hehe
bila dah penat bercakap, nangis pulak dia...haha bukan ape, geram mama tak layan dia.. ;p
perkembangan muna setakat ni:
dah banyak 'bercakap'
suka bermain
ekspresi muka lebih jelas, suka, marah, etc..
ingin sentiasa didakap
suka tengok tangan sendiri
'pegang' botol susu sebelah tangan
tolak botol susu bila dah kenyang..atau pura2 hisap, lepas tu 'blubbb' keluar balik dengan muka tak bersalahh
dari 3oz dulu ke 4oz susu sekali feeding sekarang
dah nampak bulu kening..hehe
mata ikut pergerakan objek
suka tarik rambut/baju mama macam taknak lepas..
suka tido dalam buaian
selalu jelir lidah..kenapa ye?
suka kepit tangan sebelah gaya bawak handbag datin2..haha
suka tolak bantal peluk dia berguling-guling ke tepi..penat dah mama betulkan..huhu
masa aku tengah leka tengok tv, sambil pangku muna, bila tengok dia, "aik anak mama ni tengok mama dari tadi ke" ingatkan diam tu tandanya dah tido..
lupa nak bagitau, berat muna masa dua bulan ialah 4.2 kg. you're doing great sayang..mama suka sangat tengok muna tido..sory lah, kadang2 tu tangan ni gatal sangat nak usik muna..
satu je muna belum capai lagi...bilalah leher muna nak keras ni...boleh mama bawak muna jenjalan dengan yakin dan bergayanya..haha
today, muna is about 2 months and 11 days old \(^_^)/
sebelum mula, aku nak wish selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat islam (yang paham bahasa melayu la..hehe) di seluruh dunia..hari yang mulia ini marilah kita mengenang kembali tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s mengingatkan aku bahawa sesungguhnya, anak ialah anugerah Allah s.w.t yang paling tidak ternilai, dan sesungguhnya semuanya adalah milikNya yang dipinjamkan kepada kita, manusia. dan aku merasa sangat bertuah kerana terpilih untuk memikul amanah yang besar ni.
indahnya menjadi seorang ibu.
pagi tadi masa tengah bersms dengan mimi, aku dikejutkan dangan gelak tawa muna..memang ia berlaku sangat sekejap. nasib baik aku alert..hehe..sebelum ni dia pandai senyum2 je tapi hari ni dia gelak..i guess this is the very first sign of her language development. lepas beberapa jam tu, muna semakin aktif mengeluarkan bunyi-bunyian..dan aku sempat merakam.