sebelum mula, aku nak wish selamat menyambut hari raya aidiladha kepada semua umat islam (yang paham bahasa melayu la..hehe) di seluruh dunia..hari yang mulia ini marilah kita mengenang kembali tentang kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s.
Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim a.s mengingatkan aku bahawa sesungguhnya, anak ialah anugerah Allah s.w.t yang paling tidak ternilai, dan sesungguhnya semuanya adalah milikNya yang dipinjamkan kepada kita, manusia. dan aku merasa sangat bertuah kerana terpilih untuk memikul amanah yang besar ni.
indahnya menjadi seorang ibu.
pagi tadi masa tengah bersms dengan mimi, aku dikejutkan dangan gelak tawa muna..memang ia berlaku sangat sekejap. nasib baik aku alert..hehe..sebelum ni dia pandai senyum2 je tapi hari ni dia gelak..i guess this is the very first sign of her language development. lepas beberapa jam tu, muna semakin aktif mengeluarkan bunyi-bunyian..dan aku sempat merakam.
part of my online newsletter from babycenter.com |
she is 6 weeks old today. keep 'talking' sayang!
No comments:
Post a Comment
thanks for your comments (",)