aku ni memang jenis suka berfikir benda kecik dan remeh. hehe every little details. sebab tu kadang-kadang papamuna boring je bila aku tanya sampai ke akar umbi..annoyinggg punya bini...haha..tapi bukan tu topik aku hari ni..sebenarnya aku terdiscover satu fakta menarik..atleast menariklah bagi aku..hehe..mamamuna dengan babymuna dua-dua lahir pada haribulan 14, dan hari jumaat..yey! tapi mama lahir malam, muna pulak lahir tengah hari, time orang lelaki tengah menunaikan sembahyang jumaat.
copy + paste dari website penerangan:
"Banyak hadis menerangkan kelebihan hari Jumaat, misalnya hadis Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan Abu Hurairah berkenaan penghulu hari, bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai `Sayyidul Aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”"
Kelebihan Hari Jumaat:
Jumaat dikhabarkan sebagai hari yang istimewa dan mulia. Pada hari Jumaat berlakunya lima peristiwa yang penting, iaitu :
( Riwayat Hadis Muslim)
- Allah s.w.t ciptakan Adam ,
- Allah s.w.t turunkan Nabi Adam ke bumi,
- Allah s.w.t mematikan Nabi Adam,
- Pada hari itu juga ada satu saat yang tidak ada seorang hamba pun yang memohon sesuatu, kecuali Allah akan perkenankan permohonannya, selagi ia tidak meminta sesuatu yang haram.
- Pada hari itu juga akan terjadinya hari kiamat. Tidak ada satu malaikat pun, sekalipun yang amat dekat kedudukannya di sisi Allah, langit, bumi, angin, gunung, juga lautan, melainkan kesemuanya memohon belas kasihan pada hari tersebut.
teringat pulak masa babymuna baru lahir mama xcukup tido dan termimpi di siang hari..dalam mimpi tu anak mama ni dah besar remaja..pastu mama terbangun tido dan beristighfar..bukan ape, terkejut sikit..haha letih kot smpi tertido siang, siap mimpi pulak tu.
No comments:
Post a Comment
thanks for your comments (",)