Showing posts with label nomnom. Show all posts
Showing posts with label nomnom. Show all posts

Monday, September 5, 2016

Dinner di Hotel Sri Simanggang, Sri Aman

Diet, diet jugak. Dinner tetap pergi. hehe. Nasib baik aku diet Atkins, dia tak kira kalori, boleh makan puas-puas tapi kena pilih makanan yang no carbs la. Ada jugak carbs sebenarnya kat kuah-kuah, sos-sos semua tu. Tapi takpe, aku rasa masih terkawal. Aku RASA la..haha





Jumaat malam 26 Ogos lepas sebenarnya. aku baru terhegeh-hegeh nak post. Macam dah selalu je dinner kat hotel ni sampai aku rasa aku boleh hafal lah dia punya menu. Mula2 dimsum n the gang, pastu sup, nasi, ayam, ikan, sayur campur, daging dan lastly buah. Boleh tahan jugak sedap.

bila dah boring disuruh pose. hehe
ni baru betul pose...hihi..

with cikgu suhana..jiran sebelah rumah merangkap driver . haha

muna with cikgu jay..muna malu-malu..haha kiut la anak dara mama ni
progress diet? dah turun 10 kg  ;) 
semoga aku istiqomah la dengan diet atkins yang aku buat sekarang. teringin nak kurus. hehe..

Monday, April 6, 2015

sama tapi tak serupa

assalamualaikum..

dah makan ke..makan apa tu..hehe

ni nasi ayam penyet yang papamuna oder..dikedai yang sama..cuba korang perati..dan cari perbezaannya..







haa..dapat tak? aku ni dah jadi habit kot, suka bagi komen kalau pegi kedai makan. tapi selalunya aku komen dengan orang yang teman aku makan tu la..takde la buat review ke ape..

bezanya pada sambal, satu macam sambal goreng dan berair, satu lagi macam sambal mentah..

pastu ayam dia pun lain..satu tu garing, satu lagi juicy..

dia punya ulam kira sama je la, timun n kobis.

teringat pulak nasi ayam penyet pertama yang aku makan, masa tu still study lagi, final year kot. sekitar 2008. memang orang indon yang masak..ayam dia betul2 diketuk jadi penyek. dan dia masak pun lain macam berkicap tp sedap..sekarang ni macam tak jumpa je versi tu. pastu ulam banyak, sambal pun ada guna tomato..dan hidang dalam lesung batu mini, memang feel lah makan. tapi kalau lesung tu jatuh atas kaki lagi la feel..hahah..berat gile..tapi sekejap je dia pakai lesung tu kot..tak praktikal mungkin. tapi memang aku ingat laa sebab first impression dia memang best. sory la takde gambar, google pun tak jumpa.

sekarang ni stil kat kampung lagi..esok dah balik lubok antu dihatiku. hehe.

tadi aku makan ni



nikmatnyaa. baru rasa macam makan makanan berkhasiat. harhar.

sekian bebelan hari ini.

Tuesday, January 13, 2015

Seafood lasagna



Assalamualaikum..

Teringin punya pasal, lasagna pizza hut pun jadila..presentation-wise memang tak memberansangkan. Putih je, so aku makan dengan sos cili. Akhirnya habis jugak aku makan sorang2. hehe syukur.

Next on the list lasagna secret recipe pulak lah. Tu je yang aku dapat cari kat area samarahan ni.




Asal pizza dah jadi kemestian, stuffed crust, pastu chicken pepperoni. Selalunya beef.



My date. Hehe.

Till next entry, byee

Monday, December 22, 2014

Pisang goreng cheese

Assalamualaikum..

kali ni nak share aku punya pisang goreng cheese.. Sila jangan jeles. Hahaa




Ni yang aku buat. Hehe. Ok tipu, pisang tu beli. Aku just parut cheddar cheese n coklat cadbury.

Sebelum rasa, macam mengidam sangat2. Sebab dah banyak kali dengar orang cakap sedap. Tapiiii, bila aku makan tak sedap pon?

Maybe cheddar tak berapa sesuai kot. Ah, entahlah. Asalkan aku puas hati dah makan.hehe

Lepas ni makan pisang cicah sos je la. Ada jugak yang makan dengan kicap kan? Err, sedap ke?

Friday, December 19, 2014

Tom yam berminyak?

Assalamualaikum..

Lately ni aku asyik cerita pasal makanan je kan. Haha. Kali ni aku makan tom yam. Aku suka tom yam. Sebab macam sup2 je light tapi masam dan pedas. So konon macam healthy la. Memang la healthy kalau cara masak dia cara yang healthy.

So pagi tadi aku rasa macam nak makan tom yam.




Wow. Mangkuk besar gile. Yumm.




Aku order dengan telur dadar sekali, senang nak suap muna. Malas nak order lain, konfem tak abes.

Sekali aku rasa..aduii kenapa berminyak sangat ni. Kalau minyak dari ayam tu lain. Ni memang macam minyak masak dah tertumpah dalam tom yam tu. Haha. Telur dadar pon sangat berminyak. Huhu memamg stail tukang masak ni masak guna minyak yang banyak kot.

Tom yam ni memang macam2 je rasa dia, depends ngan air tangan tukang masak tu dan of course bahan-bahan yang dicampur dalam tu.

Favourite papamuna ialah tom yam. Kalau makan kat kedai memang susah cari tom yam yang perfect, since citarasa kita pun berbeza kan. Tapi kalau korang tanya aku, definitely aku tak suka tom yam yang berminyak macam ni.

Eh nape aku rase aku pernah blog pasal tom yam gak sebelum ni. Haha. Kalau aku yang masak ntah macam mana.

Sekian. Terpanjang pulak bebelan hari ni :)

Monday, December 15, 2014

Nasi ayam bala bala

Assalamualaikum..

Haii. Nak tepek gambar makanan lagi. Haha..




Sedapp sangat ayam dia. Rasa kicap manis2..sambal dia ok je..ulam pon fresh. Yumm

Muna asyik mintak je..sedap kot.

Location, enang sari cafe, samarahan.

Murah..tak ingat brape, rm6-7 camtu kot. K sekian sahaja review yg tahpape ni, zassss.

Sunday, December 14, 2014

Nasi pecel lele

Assalamualaikum..




Puas hati dapat makan nasi pecel lele harini..hehe

Kebetulan kitorang keluar tapi tak breakfast lagi..dah nak tengah hari dah pon. So carik nasik lar..hehe

Papamuna suggest makan kat pak somet ayam penyet kopitiam ni..sebab dari luar tengok macam best jer..

Tuah aku la dapat jumpa pecel lele kat kota samarahan ni. Boleh kata rare gak. Orang sini rata2 macam tak minat sangat dengan ikan keli.

Sedap woh..muna pon asyik mintak je. Saiz ikan pon sangat la besar. Memang puas hati. Harga pon ok sangat, below rm10.

Cakap pasal muna, hari ni dia genap 2 tahun 3 bulan.








No gadget for kids? Ala bia je la. Dia tengah susun puzzle. Pepandai laa kita nak hadkan. Eceh.

Burpp. Alhamdulillah :p

Tuesday, March 11, 2014

afternoon tea at grand margherita

assalamualaikum..

cerita dah lama, baru nak tempek sini..hehe. 
alkisahnya 25 feb yang lepas, 
aku temankan kawan aku ni pegi majlis taklimat kat hotel grand margherita..
ganti tempat former boss aku sebenarnya.

so just nak share gambar je.. makan free, laju je aku volunteer. haha


selfie..ni lah kebulatan aku sekarang.


kenal tak ni sape?




laksa sarawak yang superb..
banyak lagi makanan lain, malu pulak nak snap semuaaa. haha

dewan asajaya
seronok dapat jumpa geng ni. memang pecah perut dibuatnya..


hopefully we meet again, sometime (^_^)

Saturday, October 26, 2013

cendol kampung

cendol..aku bukanlah peminat cendol...
dan dessert2 yang sewaktu dengannya...
yang manis...
tapi kalau kau bagi aku choc lava cake, 
ok kite geng. hehe

tapi let's give cendol a try..
lagipun dah depan mata kan.. 

hoi makan je la.


malam kelmarin2 kakak ipar buat cedol kampung ni
aku try, makan panas2
sedap!

tapi yang gambar kat atas tu, kelmarin punye
yang mil buat, aku makan dengan ice
versi sejuk
ponnn sedap!

proses membuat cendol:

tepung beras kot..seingat aku la

guna acuan maruku..memang sempoi mil aku ni

asalkan jadik..ni yang fresh2 dari acuan masuk dalam air

proses membuat air santan..campur gula apong (lebih kurang macam gula melaka)

guna sagu je sebagai tambahan, tak sempat lak nak beli kacang merah..kalau ada memang sedappp

campurkan air santan yang dimasak tadi dengan cendol dan sagu

my mil buat untuk jual kat warung papamuna depan rumah tu
sambil buat untuk makan sekali
rm1 je untuk 1 cup

so macam mana?
cendol? cendol kampung?
layan gak laaa...

Sunday, October 20, 2013

mama's alone time

salam hari minggu...hari ni aku tak tau aku kat mana dan tengah buat apa. sebab...entri ni autopublished. hehehe..

sebelum kawin dulu, kita banyak masa bersendiri kan. tapi sejak ada anak..memang tak ada masa bersendiri..waktu bekerja tu ialah waktu bersendiri jugak. tapi kita tengah keje kan..mana ada masa nak buat benda2 lain.

view cantik tapi cameraphone aku sengal

masa aku taip ni hari jumaat, aku mintak tolong papamuna jaga muna sekejap kat rumah, dan hantar aku kat summer mall. aku nak lepak2 sambil minum dan online. nanti bila papamuna pegi sembahyang jumaat, maknek muna ada tolong tengok2 kan dia..muehehehe..jadi mem besar kau sekarang yek.

aku rasa dalam minggu ni aku blum miss nasi ayam..kenapalah dengan aku ni..hehe

cheesy dip..yumm
papamuna temankan aku makan, pastu dia pun balik dan tinggal la aku sorang jadi lone ranger...haha..lepas online puas2 lepas ni aku nak window shopping..papamuna suggest aku tengok wayang, tapi belum launch lagi cinema kat mall ni...

aku dah biasa sorang2 kat mall, masa kat kl dulu, masa wat part time..mengimbau kembali kenangan masa remaja...masa tu, boleh kata tiap kedai kat midvalley tu aku hafal..dah jadi macam second home..aiseh...

shoutout to my partner-in-crime : mimi aquamarine! if only you're here...dapat kita lepak sama2 kannn..dapat ko melunaskan mengidam ko kat nasi ayam crispy tuu..rinduunya..hehe

ofcos, tengah taip ni rindu sangat kat muna dalili si comel yang macam magnet dengan aku tu.. (",)

Thursday, October 17, 2013

Nasi ayam oh nasi ayam





Hai korang..tengah hari cenggini kan, molek lah aku wat entri pasal makanan..hehe 

Nasi ayam. Apa yang korang bayangkan? Ada nasi. Ada ayam. Dan pelakon2 tambahan seperti timun, tomato, salad.. pencicah seperti kicap pekat, kuah/sos cili merah yang masam2 tu, apa2 je lah kan. Tapi aku suka kalau ayam dia roasted, disimbah dengan minyak bijan..hurmm lazat nya! Dan fyi, kat sarawak ni jugak la first time aku makan nasi ayam dengan mayonis atau sos thousand island..ayam dia pulak digoreng rangup. Lain sikit, tapi sedap! 

Tapi...ada satu restoran ni, wat nasi ayam macam dalam gambar kat atas. Ayam steamed, ada kangkung. YES, KANGKUNG. being a fussy eater, masa dapat je nasi ni beberapa tahun dulu, aku tanya lah balik waitress tu. Betulke ini yang aku order? Betul katanya. 

Lepas tu aku pun bersumpah (hamboihh) kalau pegi tempat tu lagi, aku takkan order nasi ayam. 

Entah kenapa lately ni aku tercari2 nasi ayam. Tempat feveret aku asyik tutup jek. So papamuna suggest pergi tempat tu. Aku kata okay, order pun dah dibuat. Dan...aku terus dapat deja vu balik. Huhu 

Aku sentap makan nasi ayam dengan kangkung. Walaupun aku suka kangkung. Tapi tidak bersama nasi ayam. 

Sumpah taknak order nasi ayam kat situ lagi (T___T)

Monday, October 14, 2013

Selamat hari raya korban





Salam monday blues buat semua..alahai kenapa la lemah je rasa mama muna ni. Padahal baru lepas makan..rasa nak titun je! 

Tapi waktu2 camni la tukang jahit tak boleh nak rest. Banyak kerja! Sempat tak aku siapkan 2 pasang baju untuk dua org tua yang nak pakai pergi sembahyang raya pagi esok??? 

Btw, sibuk2 pun masih sempat jalan2..kalau korang perasan dalam gambar tu papamuna pakai baby sling. 

Amacam? Boleh lah..senang aku nak bgerak..sapa suruh taknak pakai stroller kan. Rasa nak beli buggy pulak. Tapi kang orang kata membazir pulak. Stroller still tiptop. Huhu 

Motip letak gambar makanan? Huhu..aku n papamuna berbeza betul selera makan..dia suka yang berempah2 ala indian, arabian..aku suka yang kering crispy, lemak2 ala thai n chinese. Hehe 

K lah thanx for reading, selamat berhari raya korban korang :)

Sunday, October 6, 2013

Kueh teow goreng basah udang galah


Salam pagi minggu...apa sarapan hari ni? Aku terlebih rajin pulak pagi ni. Kung kang kung kang..maka terjadilah kueh teow goreng basah udang galah.

Udang tu hasil tangkapan bapak mertuaku sebenarnya..malam tadi masak rebus je dengan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi. 

slurrrp
Aku tak sempat makan malam tadi..aku memang camtu. Pukul 6 tengah masak dinner aku dah makan sikit lauk lebihan tengah hari sebab dah tau dah, nak tidokan muna tu memang susah..dok melayan dia main, around pukul 9-10pm baru tido. Aku pun tertido sekali..so selalunya aku tak makan dah..

Bangun2 pagi je terus bukak tudung saji. Alaaa kosong. Pastu bukak peti ais, belek2 rupanya mak mertua aku ada tinggalkan semangkuk lauk udang tu. Dia memang camtu..ada je tinggalkan lauk kalau ada orang tak sempat makan..yesss disitu lah tercetusnya idea nak buat kueh teow basah ni.

Tp bila ada chef kat umah ni paham2 je la..papamuna komplen, agak berminyak. Biasanya dia buat, just 'basahkan' kuali dengan minyak. Bukan tumis dengan minyak sekali.

Aku kata whatever lah bang. Tapi ofcos lah lain kali xbuat camtu lagi. Just ego si isteri ni tercalar sikit..huhu

Sikit je :P

Thursday, June 6, 2013

blackout bbq

malam minggu yang lepas, kitorang decided untuk buat a little gathering..santai-santai sambil bakar2...ehhehe bbq la..




actually, tak plan pun..kakak ipar sebenarnya nak ajak keluar makan...the whole family...tapi tau2 je la, ade yang nak pegi ada yang taknak, macam2 je alasan...so kitorang pun pikir better buat kat rumah je..selalu gak buat bbq macam ni bila ada kesempatan dan ahli keluarga tengah ramai..oleh kerana last minute, tak sempat nak beli barang sangat...kalau aku takmo makan nasik n mee..aku mau french fries...baru layan weh..



semua ok je, until one time aku tengah bergilir dengan papamuna untuk makan sebab sorang mesti duduk kat bilik teman muna tido..sekali aku tengah makan tu boleh pulak BLACKOUT........memang spoil la...nasib baik ada enjin generator kat umah...tapi berasap gak la..huhu 

bz la kejap kitorang settlekan muna dulu...pastu bila dah stabil sket , generator pun dah pasang, lampu pun dah terang..apa lagi...sambung makan ar...haha

nasib baik tak lama letrik ilang..ok la, itu cerita malam minggu yang lepas..sekarang ni lapo pulak wat entri ni..haha

sekian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...