Showing posts with label serius talk. Show all posts
Showing posts with label serius talk. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Taking things for granted



Salam...terharu baca blog miss felixia.yeap yang aku dapat link dia dari beautiful.nara. Tanpa sedar, mengalir air mata aku..huhu airmata seposen la katakan.

Sebelum ni aku pernah ceritakan kat seorang kawan baik aku ni (dalam fb chat)..yang aku sekarang dah jadi terbiasa bertudung. Sebelum ni aku 'free hair' je. Kalau pakai tudung pun on off. Tapi semakin lama aku jadi tak selesa kalau tak pakai tudung..lagi2 dengan status isteri kepada seseorang, aku jadi tak suka kalau ada lelaki pandang2 atau tengok aku tanpa tudung kepala.

Tapi of course berhijab is more than that. Covering up, untuk melindungi diri sendiri, Lillahi Taala. Yang penting niat tu. dan mestilah kena dengan cara yang betul kan.

Aku ambik sikit ayat dari blog dia "...and I looked at myself, and I feel liberated...I feel so happy and protected...I feel safe... ...and it almost made me cry when I looked into the mirror with that very blue little hijab. I feel special, and deserving. And then during Hari Raya this year, I was modeling for a Muslimah boutique fashion show...and I was so happy to be able to cover up myself and put on the hijab again... Then secretly I realized...that I actually longed for it."

tersentuh aku baca. sedangkan aku kadang2 abaikan keindahan berhijab tu sendiri..aku harap sangat aku dapat kekuatan untuk istiqomah dalam berhijab. sebab unlike her, aku memang dilahirkan seorang muslim, dapat pendidikan agama, dikelilingi dengan muslimah yang baik2..alhamdulillah..

'the things you take for granted, someone is praying for. be thankful.'

Monday, May 6, 2013

Vote




Warna warni pilihan raya..ini kira kali kedua aku vote, yang first tu untuk peringkat negeri je.. So untuk pru, ini yang pertama.dua2 aku pangkah dacing. Hehe. Biarlah apa orang nak kata kan..kita masing2 ada pendirian sendiri. Dan kena hormatlah pilihan masing2..

Walaupun kat wall fb banyak sangat yang mengutuk, banyak isu..aku pun tak paham dari mana ia datang..tup2 seolah2 ada satu gelombang anti dengan kerajaan..kenapa ek ramai yang marah2? kalau bolehlah kan, dah senang nak lagi senang..dah murah nak percuma..

Yang aku heran tu..nape senang sangat terpengaruh..senang sangat share benda2 yang belum tentu sahih..orang kita ni suka ikut gelombang kot eh?

macam tu jugaklah dengan produk2 collagen lah, pemutih la, supplement lah..seems like everybody is doing it..tak salah pun, memang tak. It's just that, tiba2 jadi femes..mcm blooming..teringat pulak 'algae bloom' haha..tak terfikir ke kesan jangka panjang? Huhu

Ada yang fikir, kat tempat aku ni, biasalah kampung, terpisah dengan arus kemodenan, manalah orang2 sini tau apa tu politik..manalah tau dengan 'kezaliman' yang kerajaan dah buat..

Hurm, susah kan..kalau dah suka buruk sangka..apa pun tak ok..tak betul..tak meletakkan sesuatu di tempatnya..tapi maybe lah kat tempat diorang pemimpin tu tak bagus..it's ur right to choose..tp ini sampai nak ubah total ni, ape cerita ni..

Bila keputusan dah keluar macam tu, jangan buruk sangka dengan qada' n qadar Allah s.w.t je dah la kan. Just remember, ini suara majoriti, bukan 100% yang pilih..so terimalah dengan hati yang terbuka..k?

Yang mana satu mainstream pun aku taktau..haha..tapi takpe, kita kena open minded sikit..macam ni baru boleh perform..aku tak perlu utusan atau tv3..yang aku tau aku takmo dsai jadi pm. Titik!

Thursday, January 31, 2013

working mommy

ahhh...akhirnya gigih jugak aku log in blog kesayangan ni nak bagitau kat korang yang sekarang ni aku dah bekerja. yes! i am now a working mommy.. :')

aku rasa macam bermimpi je. eh betul ke ni? ceritanya camni, hari yang sama aku bawak muna gi checkup 4 bulan haritu (i owe an entry on this!) petang tu, ada sorang member aku ni datang rumah..dia tanya aku nak kerja tak? mula2 aku berat hati sangat nak tinggalkan muna..aku ingatkan aku akan jadi surirumah sampai dia at least dah besar sikit..dia baru 4 bulan lebih la kot. so masa member aku tu tanya, aku macam blur skit, macam ada mixed feelings. dia datang pun tak bagitau dulu sebab aku dah tukar phone number untuk kesekian kalinya. hehe.

tapi bila dah peluang datang macamni, rasa sayang pulak nak tolak. kalau korang perasan, kat entry aku pasal wishlist tu..aku kata 
"sekarang ni mood nak menjahit je..kalaulah aku ada masa nak gi kursus untuk belajar lebih mendalam lagi, kan seronok.."
Alhamdulillah, permintaan aku telah dikabulkan..terima kasih Ya Allah..dalam aku "berkursus" ni, aku juga dibayar. hihi..



gambar kat atas ni propa je...bukan aku yang buat pun..hehe..ni hasil kerja real student kepada bos aku ni..by the way, bos aku ni seorang guru yang mengajar jahitan..



ni lah hasil kerja aku...tapi, aku potong je...yang menjahitnya orang lain..sekarang ni pun terkial2 je aku buat pola baju nih. sbb ni la aku selalu takde masa nak online~



banyak lagi nak kena buat! setiap sorang, ada potongan badan yang berbeza kan...kerja aku la tu untuk melakar pola dan menggunting kain untuk dijahit..apa nama pekerjaan baru aku ni ek? ntahla..tapi apa yang pasti, im enjoying my new 'job'.

aku suka persekitaran kerja yang bebas..tempat kerja pun kat dalam rumah.. bila datang pagi, disuruh minum pagi, dah tengah hari, disuruh makan, dah petang sikit disuruh minum lagi. buat macam rumah sendiri. meaning to say, asalkan kerja siap, then ok. 

ini pun dah lebih dari yang aku mintak..boleh kerja flexible hours (selalunya aku start pukul 9:30 pagi dan balik pukul 4:30 petang), sabtu dan ahad cuti, salary based on berapa banyak aku dapat buat. asal rajin je la.one thing, aku tak tau ar sampai bila khidmat aku ni diperlukan..just go with the flow...as for me, i only have so much to learn ;)

Sunday, November 25, 2012

[Dulu vs Sekarang] pil perancang

aku kata hellloooo miss P pada 18 november yang lepas, reluctantly. kenapa cepat sangat? huhu...masa checkup muna 2 bulan tu, 14 november, sempat jugak la aku tanya nurse, bila ek boleh start makan pil perancang ni..nurse cakap hari ke 5 miss P datang dah boleh ambik pil. 

Muna tak menyusu badan, so sebab tu lah datang cepat. kan best kalau datang lambat. lambat sket aku menopause.. haha..nak taknak, terimalah hakikat..

pasal contraceptive method yang aku pilih ni, iaitu pil perancang, aku rasa cara ni yang paling simple untuk aku..cara yang lain aku tak suka..tapi yang pernah cuba pun 2 cara je la, satu lagi pakai stoking..hiks ;p

dulu, from 2009 onwards, aku ambik pil regivedon sebab doktor syorkan atas alasan, pil tu dosenya agak tinggi, sesuai dengan aku yang after cesarean masa tu..bahaya kalau pregnant lagi kan..ada kad kecil warna kuning LPPKN untuk appointment ambik pil setiap bulan. aku pegi 3-4 kali je, pastu beli kat farmasi..senang sket. 

sekarang lak, aku pesan papamuna belikan pil kat farmasi je..appointment kat klinik kesihatan haritu aku tak pegi..haha suka ati je..aku pesan kat dia, aku takmo regivedon sebab buat aku naik berat badan, dan pening sket.."beli je la pil ape2 asalkan bukan regivedon sebab nak cuba pil lain"

so papamuna beli pil marvelon..hello marvelon..hehe

pic googled

pic googled

so far, so good,  takde pening-pening, berat badan belum tau lagi lah, baru je ambik 3 biji. penting sebenarnya merancang keluarga ni..nak rehatkan rahim sebaik-baiknya spacing 2 tahun..tapi rahim masing-masing, suka hati la kan..terlanjur cerita pasal pil perancang ni aku nak sharekan kebaikan pil perancang selain mencegah kehamilan (sumber dari web portal.alamhamil.com)

  • Mengurangkan sakit segugut
  • Merawat jerawat dan kulit berminyak
  • Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
  • Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
  • Membantu mengurangkan aliran darah haid.
  • Mengurangkan ovarian cyst
  • Mengurangkan risiko barah ovari
  • Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
  • Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
  • Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
  • Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
  • Boleh mengawal kedatangan haid
apa2 je lah kan, asalkan sihat sejahtera..hehe

Wednesday, June 20, 2012

"surirumah berijazah"


selesai sesi memasak untuk makan tengah hari tadi aku pun terus on tv, dan seperti biasa waktu-waktu camni ada rancangan wanita hari ini..tertarik dengan topik perbincangan "surirumah berijazah", aku pun duduk depan tv sambil mengunyah kuaci, goyang kaki, hehe.

ramai jugak orang yang aku kenal memegang status ni, tak terkecuali aku..tapi aku rasa ada sebab-sebab yang berbeza kenapa diorang end up jadi surirumah despite dah spend time, money and energy untuk mendapatkan segulung ijazah. Yang ada phd pun ada yang duduk rumah. Tapi jangan salah sangka, dia kerja kat rumah, buat research, etc. ada surirumah berijazah yang suami tak bagi kerja, ada yang memang tengah mencari kerja/menganggur (aku le tu, hehe) dan ada jugak yang takde pilihan sebab ada anak kecil yang takde siapa yang boleh diharapkan untuk menjaga ataupun skeptikal dengan bibik dan nurseri.


Sunday, May 13, 2012

ptd's exam review

semalam pengalaman pertama ambik exam ptd..dah nak dekat 4 tahun grad. baru ambik. rasa cam nak buat review skit..hehe..sebelum exam tu memang tak sabar nak test tahap mana aku ni especially dalam hal isu-isu semasa. my only effort is watching the news on tv becos that's the easiest way. haha. kali ni first time exam bawak 'baby'..macam best je rasa..bila tengah break, cakap-cakap dengan baby..cakap dalam hati la (-.-")

sebelum ni aku tak pegi pun exam ni atas sebab2 yang tertentu. ceh..so how was the papers?

seksyen A : kalau exam ni berat kan markah kat paper am ni, memang tak lulus la..aku rasa tak lah fail, tapi tak cukup excellent la..kalau aku leh bagi markah kat diri sendiri, aku bagi c.


Saturday, May 5, 2012

ptd's exam..what to expect?

finally, surat panggilan untuk exam dari spa sampai..sebelum ni dah 3 kali miss exam ni. kali pertama, dapat surat, 2 minggu lepas hantar permohonan dan blum grad pun. masa tu dah beli tiket pegi tanah borneo pulak. yang 2 kali lepas tu, surat tak sampai..tak tau lah surat tu terbang pergi mana, tengok-tengok status pendaftaran tidak menghadiri perperiksaan.



what to expect ah? exam kpli pun 2 kali tak lepas..kalau nak ikutkan nak sangat jadi ptd ni. tapi perjalanan dia macam amatlah sukar. mungkin paper lain aku ok lagi, tapi pasal pengetahuan am tu macam tak lepas je? haha.

kalau ada rezeki, tak ke mana...tapi kalau bukan rezeki, contohnya, nasi dalam mulut pun leh terkeluar balik..(from cerita midah kuih bangkit)

so, nak prepare sikit la. good luck to myself!

Sunday, March 25, 2012

zat besi

i was once anemic. ceh...why sound so serious? tetiba jek...actually, tengah tengok mentor tadi pasal protege ferhad yang kena out sebab dia ada low blood pressure..selalu pengsan and stuff. pastu ferhad ada mention anemia dengan LBP, and i was like eh ada kaitan ke dua-dua tu? dia anemic ke LBP ke dua-dua? so being online, aku pun google lah. LBP disebabkan level sodium and potassium yang rendah dalam darah. anemia pulak sebab kurang sel darah merah. dan, anemia boleh sebabkan LBP. ah, aku still tak berape nak faham the anemia-LBP relationship.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...