Showing posts with label curhat~. Show all posts
Showing posts with label curhat~. Show all posts

Tuesday, September 13, 2016

tak mampu kata apa-apa

aku cuti seminggu.. jumaat lepas balik samarahan sampai jumaat ni, hari malaysia.


banyak jugak program sepanjang cuti ni. isnin raya haji, rabu birthday Muna. makan timeee. 

Wednesday, October 28, 2015

Hidup Segan Mati Tak Mahu

Assalamualaikum,

segan nya nak post entry lagi. hehehe. haritu dah taip kat bloggeroid app, panjang lebar, pastu line slow lah pulak, jadi draft je kat dalam fon tu. tak ingat nak publish balik.

Lately ni sangat la sibuk. sejak menguruskan bisnes online (cewahh) memang bz memanjang...mana nak edit gambar lagi, nak post kat ig la fb la..huhu.kalau line laju takpe la jugak.

eh tapi ade jugak perkembangan line kat rumah aku (kuarters) kat lubok antu ni. dulu tak dapat online lansung ok! sekarang dapat la jugak 2 bar dan edge. aku guna digi sekarang. memang dalam kepala otak aku asyik terbayang si gemuk kuning ' i will follow uu'...hahaha..

syukurrr alhamdulillah. dapat jugak aku online! tu pun quota 1.5 gb untuk sebulan tak sampai sebulan aku guna. dah habes.

erkk kalau dah selalu online tu nape payah sangat nak update blog eh? patutkah aku delete je blog ni? senang cerita kan....kalau letak gambar pun gambar ulang tayang yang dah upoad kat ig. apa guna?

tapiiii aku memag minat blogging dari dulu2 lagi. walaupun takde orang baca..hiks

blog ni memang dah macam hidup segan mati tak mahu. tapi takpelah, aku taknak lah delete, biarlah blog ni jadi tempat aku bermonolog tentang kisah kehidupan aku..biarlah~


Saturday, February 22, 2014

Ne mamamuna ne..

Sorry for this hiatus. Been busy coping with life. Ceewah. Busy sebab asyik tak cukup tido sejak muna tumbuh 4 geraham..2 atas, 2 bawah. Pastu demam..pastu sambung tumbuh lagi. Sekarang batuk dan selsema. So aku memang xberminat nak update blog. Hehe. Lagi satu browser hp aku tak boleh nak bukak blogger dashboard..let alone nak berblogwalking..so sekarang dah ada browser baru :) Pagi tadi muna dalam selimut, dia cakap "ne mama muna ne..." maksudnya "mana mama muna mana" dan diulang2. Sampai aku terjaga dari tido. Tengok2 dia dalam selimut, tak dapat nak keluar..huhu dia cari akuu, so tacing~ Gelabah aku cari dia dalam selimut. Hehe..tengah mamai la kot. Sekarang aku 'diselimuti' rasa sayang bila muna cakap ne mama muna neee?

Sunday, January 19, 2014

aku, handbag dan kedai mamak

assalamualaikum..kesinambungan entry pasal daiso ni.. nak citer la sikit kejadian yang amat memalukan yang terjadi tempoh hari itteww..huhu..*tutup muka*

alkisahnya, masa aku keluar hari tuh, aku boleh tergatal tangan pulak nak tukar handbag, last2 minit. kitorang pun keluar macam biasa..first kena cari tempat makan. sebab perut dah berkeroncong... kitorang decided nak makan beriyani kat islamic cafe kat kota sentosa. tempat feveret nih.

semua macam biasa masa ni...tenang.





tandoori beriyani for me...


dapat nasi, makan...memang layan, perut tengah lapar. tak yah pikir benda lain. hohoho

ntah macam mana, tetiba aku perasan. ehh? mana beg duit? oh noooo. dalam handbag lagi satu. wallet papamuna pun sama.  dahla masa terperasan tu, dah dekat depan cash register. hadohh..muka aku dah merah2 dah. arghhh..slow2 aku cakap kat papamuna "bang, beg duit tertinggal la. beg duit abang pun sama" diakhiri dengan "macam mana ni"..dia memang bengang la bila aku buat "surprise" camni. haha. ampunnn, bang.

tetiba la kan kedai tu makin ramai orang. cemas..aku dah bayangkan kena basuh pinggan sebab tak dapat bayar..haha! imaginasi...nasib baik tepon tak tinggal. papamuna terus call abang dia yang kebetulan tak jauh dari situ..

mamak kat tempat cashier tu pun hairan masa mula2. tapi eventually dia cool aje. dia kata takpe, pegi la dulu, nanti2 nak bayar, datang balik sini. tapi ofcos la kitorang tak pegi macamtu je..malu beb. beberapa minit kemudian abang ipar aku datang dan dia settlekan bill tu...hikmah di sebalik kejadian ni? dapat makan free..ngeh ngeh..

btw, hari tu macam serba tak kena. aku try pakai tudung style 'hoodie', pastu aku sendiri yang self concious..sepanjang hari tu memang rasa macam 'bad tudung day' je.. 

dah edit pun still nampak...pelik??
tu je nak cerita. tataa~

Friday, January 17, 2014

Feeling ambitious


I have dreams. Small dreams. Big dreams. It's only a matter of money and time...kalau panjang umur that is. Kita hanya mampu merancang..

Speaking of merancang, i have lists of things that i want to achieve.. i am actually good at it (making a list) :p

Sigh. Takpe. Janji ada wawasan. Apa2 kita buat mesti kena ada wawasan. Cewah!

P/s: aku memang suka daydream pun. Very ambitious. Haa (^_^)

-Pic from fb-

Tuesday, December 31, 2013

Taking things for granted



Salam...terharu baca blog miss felixia.yeap yang aku dapat link dia dari beautiful.nara. Tanpa sedar, mengalir air mata aku..huhu airmata seposen la katakan.

Sebelum ni aku pernah ceritakan kat seorang kawan baik aku ni (dalam fb chat)..yang aku sekarang dah jadi terbiasa bertudung. Sebelum ni aku 'free hair' je. Kalau pakai tudung pun on off. Tapi semakin lama aku jadi tak selesa kalau tak pakai tudung..lagi2 dengan status isteri kepada seseorang, aku jadi tak suka kalau ada lelaki pandang2 atau tengok aku tanpa tudung kepala.

Tapi of course berhijab is more than that. Covering up, untuk melindungi diri sendiri, Lillahi Taala. Yang penting niat tu. dan mestilah kena dengan cara yang betul kan.

Aku ambik sikit ayat dari blog dia "...and I looked at myself, and I feel liberated...I feel so happy and protected...I feel safe... ...and it almost made me cry when I looked into the mirror with that very blue little hijab. I feel special, and deserving. And then during Hari Raya this year, I was modeling for a Muslimah boutique fashion show...and I was so happy to be able to cover up myself and put on the hijab again... Then secretly I realized...that I actually longed for it."

tersentuh aku baca. sedangkan aku kadang2 abaikan keindahan berhijab tu sendiri..aku harap sangat aku dapat kekuatan untuk istiqomah dalam berhijab. sebab unlike her, aku memang dilahirkan seorang muslim, dapat pendidikan agama, dikelilingi dengan muslimah yang baik2..alhamdulillah..

'the things you take for granted, someone is praying for. be thankful.'

Sunday, December 29, 2013

emo tapi happy hari ini

ntahla. aku emooo sangat sebab tak dapat attend wedding nadia..nadia ni bff ku kat sekolah dulu, along with nazliza..kitorang punya group name N2M.. haha lame kan? (sorryyy naz)..

tapi aku happy sangat sebab nadia dah kawin..sempat aku kacau dia kat whatsapp malam tadi tanya pasal malam pertama dia...(hahaha..ofcos aku main2, sengal lah korang :P ) hari ni dia sanding, semalam dia akad nikah..memang mata aku dah berair dah. rindu sangat. boooo~

masa nikah hari sabtu

ni bersanding tengah hari tadi
cantiknyaa nadia...aku tak saboo nak tunggu dia dapat baby..hehe..dapat join the club. so next time aku plak guna ayat "so mak2" macam yang dia cakap kat aku..heheh..

naz kawin next year...weee \(^_^)/ pastu naz pulak dapat baby..

pastu muna pulak dapat adik...ehhhhh? haha

im waiting for more pictures...nanti aku upload lagi...for memories' sake..

Friday, October 25, 2013

tuesday outing

dah jumaat dah pon dek non...baru ko nak hapdate kan..takpe, harus update supaya ada kenangan..hehe..

masa sangat terhad..kejap2 dapat mesej, 

"is akak nak pakai baju tu hujung minggu ni" 
ataupun "dapat tak siapkan baju bla bla bla tu untuk isnin depan" 

atau lebih tragis 

"akak nak pakai baju tu malam ni" 
ataupun "esok pagi akak datang ambik".

haa...tak ke gelabah aku jadinya. lagi kesian, bila tak tau nak mulakan yang mana dulu..semua nak cepat, everything is urgent..

belum lagi ada yang tiba2 muncul suruh alter ini itu..macam anak buah papamuna, nak naik flight dah, time tu gak dia suruh aku potong kaki seluar yang dia baru beli..tiga pasang pulak tu..pastu dia nak aku ambik yang hujung tu, letak balik kat tempat yang dah dipotong to keep the original look. omg...dengan nak mandikan muna, nak masak..migrainnnn weh

haha...takpe2, kena selalu utamakan customer. tapi anak dan hasben pun utama jugak. jadi, pandai2 lah curi masa bersama...lepak santai kejap. 

setahun sebulan...ni sebab aku suka buatkan hoodie, senang nak gantung paci dia tu

hoodie lah mende paling senang, since papamuna allergic dengan headband..grr

hari pun hujan masa ni..so agak sejuk

menda ni berhantu weh...habis duit aku...bongok. haha
aku takleh dekat menda ni lagi...geram woh


haa..taktau nape ponytail dia tinggi sangat

apakk, muna nak main nak ya....?!

layankan aje...

berseluar pendek je..malas nak tukar2 baju, terus pegi...haha
basah baju kena ailio dia...huhu



nasi ayam lagi....this time salad crispy chicken rice..ha lebih kurang camtu la nama dia

papamuna makan tom yam..feveret dia nih
muna dah menyusu sebelum tu...so aku just suapkan dia nasi n ayam aku tu...tapi ofcos lah, dia tak senang duduk kat dalam high chair  ni...hanginn mak tau.

kamek madah xmok, xmok lahh diam dalam tok..paham sikk?

sekian.

Monday, October 21, 2013

stay at home mom


muna dah dapat melangkah jauh sikit...yeay! 
alhamdulillah, mungkin tak lama lagi, dia akan bebas ke sana sini..
dan aku kena bagi lebih pengawasan kat dia
pagar yang pendek tu kat dapur dah pasang
kat depan belum lagi

setelah berbincang dengan papamuna...
aku rasa aku dah tak keje lagi lah.
aku keje ape sebelum ni? leh baca kat sini
tapi maybe there's a few things yang aku kena settlekan
sebelum leh jadi stay at home mom
mampu kah aku?
tapi sebelum ni from 7 months pregnancy sampai muna 4 bulan, 
aku memang stay at home je

so lucky yang kat rumah pon dapat cari income lagi
aku kan menjahit..mesin pun dah bertambah jadi 3
(ada satu lagi serger yang aku geram nak beli
duk diam2 dulu kat wishlist
mana tau ada rezeki lebih nanti kan)

but still kerja aku banyak kat rumah ni,
ada 'regular customer' gituu
so right now, ia terpulang pada aku je lagi
nak buat duit ke taknak? hehee..

tahniah anak mak dapat kaki
good luck to myself..
bukan senang nak jadi stay at home mom ni.
walaupun aku selalu mengimpikan untuk jadi a career woman
sesuai dengan kelulusan yang aku ada
infact i've worked hard for it...
tapi jadi full time housewife pun aku suka 
since sekarang aku ada amanah untuk dijaga
it's my own little daughter.
mama sayang sangat kat dia.

aku percaya
Allah dah menetapkan yang terbaik untuk aku
       dan aku terima semua dengan hati yang terbuka..
insyaallah


Sunday, October 20, 2013

mama's alone time

salam hari minggu...hari ni aku tak tau aku kat mana dan tengah buat apa. sebab...entri ni autopublished. hehehe..

sebelum kawin dulu, kita banyak masa bersendiri kan. tapi sejak ada anak..memang tak ada masa bersendiri..waktu bekerja tu ialah waktu bersendiri jugak. tapi kita tengah keje kan..mana ada masa nak buat benda2 lain.

view cantik tapi cameraphone aku sengal

masa aku taip ni hari jumaat, aku mintak tolong papamuna jaga muna sekejap kat rumah, dan hantar aku kat summer mall. aku nak lepak2 sambil minum dan online. nanti bila papamuna pegi sembahyang jumaat, maknek muna ada tolong tengok2 kan dia..muehehehe..jadi mem besar kau sekarang yek.

aku rasa dalam minggu ni aku blum miss nasi ayam..kenapalah dengan aku ni..hehe

cheesy dip..yumm
papamuna temankan aku makan, pastu dia pun balik dan tinggal la aku sorang jadi lone ranger...haha..lepas online puas2 lepas ni aku nak window shopping..papamuna suggest aku tengok wayang, tapi belum launch lagi cinema kat mall ni...

aku dah biasa sorang2 kat mall, masa kat kl dulu, masa wat part time..mengimbau kembali kenangan masa remaja...masa tu, boleh kata tiap kedai kat midvalley tu aku hafal..dah jadi macam second home..aiseh...

shoutout to my partner-in-crime : mimi aquamarine! if only you're here...dapat kita lepak sama2 kannn..dapat ko melunaskan mengidam ko kat nasi ayam crispy tuu..rinduunya..hehe

ofcos, tengah taip ni rindu sangat kat muna dalili si comel yang macam magnet dengan aku tu.. (",)

Friday, October 18, 2013

ulang tahun luna-luna yang ke-4

hari ni genaplah 4 tahun birthday Luna Tsara dan Luna Tuma'ninah..

walaupun singkat masa mengandungkan diorang, 6 bulan seminggu beberapa hari...

dan singkat jugak masa aku melihat diorang bernafas..sorang sehari semalam, sorang 30 hari..

tapi cukup untuk buat aku rinduuu..


to my twin daughters, mama and papa miss you so much.

ahli syurga, insyaallah ;)

Thursday, October 17, 2013

Nasi ayam oh nasi ayam





Hai korang..tengah hari cenggini kan, molek lah aku wat entri pasal makanan..hehe 

Nasi ayam. Apa yang korang bayangkan? Ada nasi. Ada ayam. Dan pelakon2 tambahan seperti timun, tomato, salad.. pencicah seperti kicap pekat, kuah/sos cili merah yang masam2 tu, apa2 je lah kan. Tapi aku suka kalau ayam dia roasted, disimbah dengan minyak bijan..hurmm lazat nya! Dan fyi, kat sarawak ni jugak la first time aku makan nasi ayam dengan mayonis atau sos thousand island..ayam dia pulak digoreng rangup. Lain sikit, tapi sedap! 

Tapi...ada satu restoran ni, wat nasi ayam macam dalam gambar kat atas. Ayam steamed, ada kangkung. YES, KANGKUNG. being a fussy eater, masa dapat je nasi ni beberapa tahun dulu, aku tanya lah balik waitress tu. Betulke ini yang aku order? Betul katanya. 

Lepas tu aku pun bersumpah (hamboihh) kalau pegi tempat tu lagi, aku takkan order nasi ayam. 

Entah kenapa lately ni aku tercari2 nasi ayam. Tempat feveret aku asyik tutup jek. So papamuna suggest pergi tempat tu. Aku kata okay, order pun dah dibuat. Dan...aku terus dapat deja vu balik. Huhu 

Aku sentap makan nasi ayam dengan kangkung. Walaupun aku suka kangkung. Tapi tidak bersama nasi ayam. 

Sumpah taknak order nasi ayam kat situ lagi (T___T)

Thursday, September 26, 2013

muna n the scooter

hi korangs..best kot blogwalking...meriah la sikit aku punya dunia maya ni..baru terkial2 nak follow geng gojes..terasa kerdil diri ini tatkala melihat blog2 supermom yang memang gojes2 belaka..hihi

tengok2 folder gambar sendiri, aku pun dah pening2 lalat dah ni...beribu2 lemon gambar dalam laptop ni, am not kidding k...dah try nak upload kat google drive, depa pun takmau...terlebih had sudah..nak beli external drive macam sayang duit pulak..tapi risau aku kalau2 gambar2 ni semua hilang...oh tidakk....

alaa..bukan gambar apepun, aku memang suka snap2 gambar, mostly pakai tepon je pun since kamera aku dah rosak. huhu..

anyways..aku nak share aktiviti kitorang kalau weekends, kalau tak melencong kemana2...kitorang akan gather2 (family mertua) sebab semua rumah dekat2..kira merapatkan silaturrahim...4 buah rumah berderet, first rumah PIL, pastu ketiga-tiga tu umah kakak2 papamuna..bilalah agaknya turn kitorang pulak ada rumah sendiri? hmm..

kalau anak2 buah dah berkumpul..boleh migrain ko tau. hahaha...gile lah penangan budak2 ni...tapi kadang2 best gak diorang ni, boleh diharap. aku slalu je suruh diorang macam2..tapi kena bagi upah la...kalau tak, lambat cerita..all in all, it's a win-win situation..huhu

taraaa~ scooter yang dah menunggu kehadiran muna


alamak kaki tak sampai nak tekan minyak

lalala...nasib baik ada orang tukang bawak scooter...meet kakak pika, adik bongsu abang kamal

ok, muna nak pegi mana lagi?

part yang paling best ialah, muna ni cucu yang paling kecik. kira the latest one..kalau tunggu adik papamuna kawin, maybe lambat lagi...kalau kakak2 muna pun macam lambat lagi jerr...menurut firasat aku la...hihi..tapi kalau nak ada cicit maybe tak lama lagi. tunggu kamal dan wife dia ada anak. omg..kalau kamal sepatutnya panggil aku 'cik is' then anak dia panggil aku apa ek??? hahaa...


sebagai cucu paling kecik dan tomei, barang2 kazen2 dia banyak yang dapat kat dia..contohnya, scooter ni...biras aku cakap 'is. kalau muna nak main scooter ni, ambik la bawak balik rumah, abang atiq dah taknak main sangat benda ni'...

muna jom. hehe

Thursday, August 15, 2013

dua kedai

mood raya still on..lah jugak. tapi takmo buat entry raya dulu...sebab tunggu gambar semua ready..hehe..

selepas raya...memang asyik makan tidoooo je. memang best la dapat rest setelah bertungkus lumus menjahit sepanjang dan sebelum bulan puasa..huhu..walaupun masih ada baju yang belum siap..ampunkan saya...


ada dua kedai yang aku takleh masuk. kedai jual barang jahitan dan barang baby.. geram gilaaa nak beli semua bendaaa

u can expect to see more sewing updates.....kononnyalah ;)

Saturday, July 20, 2013

go to sleep

"is bubur anak kau hangus"..tiba-tiba adik ipar aku bersuara..omggg..haha..macam mana aku boleh tak ingat yang aku tengah memasak??? insiden berlaku pagi tadi.

lagi satu, muna jatuh katil buat kali kedua baru je tadi..omggg...huhu..dah bergaris kepala dia..masa kejadian, aku kat bilik menjahit, papamuna pulak tengah tido dengan muna. masa tu papa dan muna baru je tido..maybe muna ni dia tido ayam je kot..ishh..boleh pulak dia bukak mata balik dan terguling2 sampai hujung katil..n..gedebuk~ jatuh.

seriously, mama muna should go to sleep. get a good quality, deep sleep..huh.

n double seriously, muna should go to sleep. just go to sleep..jangan duduk, tumbang, meniarap, merangkak, duduk balik then tumbang sebab nak tahan mata mengantuk sampai dahi terhantuk kat bibir papa..mama pun slalu kena.

haih, mana lah tumpahnya kari kalau tak atas roti canai~




sekadar video hiasan

nite2!!

Tuesday, May 28, 2013

doa mama

 بِسمِ اللَّهِ الرَّحمٰنِ الرَّحيمِ






"mama doakan muna dah besar nanti jadi seorang wanita muslimah yang solehah..dan mama doakan semua yang terbaik dalam hidup muna...inshaallah..amin.."

*hugs n kisses*

Monday, April 15, 2013

mencurah-curah

salam...jam menunjukkan pukul 10.35 malam..sepatutnya aku kat bilik jahit, ataupun kat atas katil, dibuai mimpi..tapi hari ni tak, aku rasa macam nak blogwalking..

sampai la kat satu blog ni...pemilik blog pun seorang ibu..dia pun pernah kehilangan babynya...aku tertarik sangat nak baca kisah babynya walaupun dah lama berlalu..

tanpa disedari, dah mencurah-curah air mata aku berguguran..i cannot help it! sangat sedih ok. hari-hari getir tu..aku dah laluinya..dan bukan seorang, tapi dua orang pada satu masa..kat nicu...intubated...masa tahlil pun buat dua kali dalam masa dua bulan.. dan aku masih dalam pantang masa tu.. aku rasa hanya seorang ibu yang pernah kehilangan anaknya yang akan faham kesedihan yang macam tu..huhu..bukan tak redha..cuma bila teringat balik tu rasa rindu...rasa sayu..mama harap luna-luna tenang disisi-Nya..

hari ni tadi, anak buah papamuna accidentally menyebabkan kecederaan pada muna..kepala muna ada garisan yang agak panjang dan merah macam berdarah, tapi takdelah mengalir.. tapi macam tercalar..syukur muna nangis kejap je, mungkin pedih kot..tapi bila aku tanya niece papamuna tu apa sebenarnya yang terjadi, dia macam takut nak bagitau hal sebenar..mungkin je...sebab dia nangis, sebab takut.

aku kat dapur masa tu tengah buat keje sikit, bila aku dengar bunyi yang agak kuat..dah tak sedap hati dah masa tu..tapi aku cool jelah, dalam hati pikir, benda dah jadi pun kan. nak sedapkan hati je tu.

sayang anak mama. some things are just beyond our control..mama sentiasa doakan muna dilindungi Allah s.w.t. 

Saturday, February 9, 2013

kesungguhanmu

Biarlah ku sentuhmu
Berikanku rasa itu
Pelukmu yang dulu
Pernah buatku

Ku tak bisa paksamu
'tuk tinggal disisiku
Walau kau yang selalu sakiti
Aku dengan perbuatanmu
Namun sudah kau pergilah
Jangan kau sesali

Karena ku sanggup 
walau ku tak mau
Berdiri sendiri tanpamu
Ku mau kau tak usah ragu
Tinggalkan aku
Huuu.. kalau memang harus begitu

Tak yakin ku kan mampu
Hapus rasa sakitku
Ku 'kan selalu perjuangkan cinta kita
Namun apa salahku
Hingga ku tak layak dapatkan kesungguhanmu

Tak perlu kau buatku mengerti
Tersenyumlah karena ku sanggup




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...