Showing posts with label pengilan. Show all posts
Showing posts with label pengilan. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

Yellow mustard

Assalamualaikum..

Vahh. Lamanya tak hapdate blog! Sejak aku ada instagram, memang blog di 'anak tiri' kan. Tayah la tabur janji manis lagi nak hapdate lebih kerap. Huahaha.

Ni taktau ape mimpi, rase nak update lah.

Last sunday ada kenduri kat kampung..aku dan muna pakai baju sedondon. Tu jer nak citer sebenarnya. Hehe.

Layan gambar je la ek!











Gambar rupa sebenar muna dalili



Taraaa. Mesti ada dua paci kemana2 dia pegi. Aduiyaiii

Both outfit is from #byilyamel

Ecewahh :p

Wednesday, November 6, 2013

bila mak dan anak berpeplum...


eh mama lupa ni waktu tido muna...patutlah taknak senyum ;p

ok..ok..mama get it...kite balik eh?

alololo mata muna yang semakin mengecil...

*muka double chin pun nak tempek banyak2..haha*

kesinambungan entri teaser: test stitching yang lepas...alhamdulillah, legaaa nya rasa. mission accomplished~  aku nebes sangat takut tak sempat nak siapkan baju kak nani dengan 3 anaknya ni...hasben dia, dua pupu dengan papamuna, taknak sedondon..terang sangat katanya..biasa la lelaki kan.

jahit tangan tu...part border lace tu..

pelamin aniq..serba merah..ber spotlight bagai...

sesi tepung tawar

masa ni aniq senyum kat aku...tak sempat nak capture..hehe

family ni kira regular customer jugak la..(2 orang lagi anak perempuan dia aku buatkan jubah..ada kaf panjang kat tangan..tapi tak sempat aku nak ambik gambar ). even aku banyak keje, i just cant say no! err..biasanya dengan siapa2 pun aku tak reti nak tolak..padahal memang nak tolak je..sebab tak suka kerja menimbun...selalunya aku bagi hint 

"entahlah dapat ke tak saya siapkan baju ni..."..
"oh design ni susah sikit nak buat, sebab belum pernah buat.." 

tapi biasanya orang tak paham..tapi takkan laa orang dah datang rumah bawak kain baju, aku nak kata dengan nada selamba 

"sorry lah makcik, saya tak dapat nak jahit baju makcik sekarang ni sebab saya bz ni ha...banyak lagi baju yang belum saya jahit" 

mak aih..skema nye ayat...tapi tu lah..orang tua2 pesan, rezeki jangan ditolak...musuh jangan dicari..option yang tinggal, kena tambah sikit rajin tu, kena lebih sikit effort tu..baru kerja lancar...betul tak..

makin bz pulak bila dah stay kat umah ni..kena betul2 pandai bahagikan masa...




...sebab budak comot ni panjang betul langkah dia...baru pandai jalan, nak terus berlari...mesti anak korang pun macam tu kan..

p/s: hari tu muna terhantuk, nasib baik pernah terbaca tips dr halina ni, cepat kesan merah lebam tu hilang (^_^)

Tuesday, October 29, 2013

free lunch di Matang

bila dah nak hujung tahun ni...nak dekat2 cuti sekolah, memang ramai kan yang nak kawin...seronok tengok orang membina masjid ni...especially kalau meriah dengan keluarga..rumah yang kecik jadi penuh. 


highlight of the day
masa ni aku tengah pangku muna..so kakak ipar aku la jadi mangsa untuk sediakan aku punya hidangan..hehe..lauk banyak2 dia ambik ayam masak merah dengan sambail ikan masin jek..pastu aku suruh ambikkan daging masak apa ntah..the food was marvelous ;P

tingkat atas rumah..rumah separuh kayu yang cantik..sambil menunggu pengantin bersiap

masa ni muna dah start nak rimas...panas dan ramai geng2 kazen mazen tegur2...sesi catching up with each other..

terpaksa aku dukung muna sambil tunjuk2 kat luar tingkap...sambil tu sempat selfieeee ko~ haha

eh, lupa lak nak bagitau sape yang kawin?? pengantin lelaki tu anak kepada cousin my mil...kiranya dua pupu dengan papamuna..aku pun baru tengok dia in person, walhal aku pernah jahit baju raya dia untuk tahun 2012..masa tu tengah menunggu hari je nak deliver muna..dah cukup bulan..heheh

tak nampak sangat muka pengantin
still tak nampak..haha
lepas perut kenyang, balik tu singgah emart kat matang tu..dekat sangat dengan rumah pengantin..aku dapat beli syampoo dengan jam muna je..dah masuk 3 jam dia..haha..nak belek2 barang sendiri memang tak sempat..biras aku dah call, anak dia taknak jalan2 lagi...nak balik...huhu

eh apa dalam bakul tuu?

teruk tau mamamuna ni asyik letak muna dalam troli je!

mende ni pun wat aku nak beli kann

ye lah...masa kecik dulu mana ada benda ni...kalau ada pun tak merasa...haha

kalau blackout sronok gak dapat main suluh2 menda ni kat dinding..ngeee

p/s: lately sibuk jahit baju orang..bangun2 je terus ngadap sewing machine kesayangan..even sebelum nak pegi kenduri ni pun..menjahit gak pagi tu..nak cakap baju mak n anak : recycle jek, kbye!

Saturday, September 7, 2013

wedding kamal ❤ tina

wedding a.k.a pengilan..this time kitorang pergi wedding si heartbreaker kamal. dia ni anak buah papamuna..bila takde dia kat sini, terasa jugak la..ye la, dia rajin sangat kutuk aku, pantang tengok aku, ade je la yang dia tak puas hati..huhu.. tapi bila apa2 aku jugak yang dia cari. cewah..

fyi, masa dia nak nikah ni aku yang tolong cat inai kat tangan dia, masa nak sanding, tolong mekap kan dia (seriusly mak andam dia ntahpape), tolong buat langsir dan bilik tidur pengantin dia..macam2 lagilah..tapi tak payah nak berkira sangat la kan, sebab dia ni time aku susah, ada gak dia tolong..so telan je la kutukan dia tu..muda setahun je dari aku..takde makne dia nak panggil aku cik is. dah macam kawan2.

tak sangka, pada 31 ogos yang lepas, dia dah pun sah jadi suami tina..budak tina ni sweet, pendiam je..boleh tak masa aku tengok dia bersanding, aku nampak sayu je muka dia, tetiba nak meleleh air mata aku masa tu..muka naive, innocent, dan loyal..haha..aku takleh laa mende tacing2 cenggini ;)

masa bergambar ni biras aku, si bapak kamal ni duk usik aku..ishh like father like son

susah nak dapat shot camni, muna senyum...senyum paksa..haha

melayan kerenah anak dara yang belum pandai jalan ni

agak besar skit baju ni..huhu..tak ready lagi papamuna dah snap gambar..

baju ni sepatutnya jadi baju raya, tapi tak matching, so kena reserve..hehe

peplum dress..ofcos mama yang jahitkan..;) 
kepada pasangan pengantin ni, aku doakan semoga hubungan diorang kekal dan bahagia sampai syurga..till jannah...gituu..semoga dapat anak-anak soleh dan solehah...dan...semoga murah rezeki...amin ya rabbal alamin...

Tuesday, April 2, 2013

free lunch

last sunday kitorang pegi 'pengilan' a.k.a free lunch sempena pertunangan adik ipar kepada kakak ipar aku..faham ke? hehe



ini second time aku bawak muna pengilan, kali pertama tu, adik ipar kakak ipar aku yang sorang lagi tu bersanding..huhu faham ke? eh.

papepun, kali ni muna tak nangis langsung..walaupun bermandi peluh..yey~ maybe muna dah berani dengan suasana orang ramai..


gud girl, lain kali mama pakaikan gaun lah pulak eh..baju merah ni pun dah selalu recycle..tapi at least muna ada baju baru..sobs, mama pakai baju tahun 2009. dah dekat 4 tahun kot..

..nak cakap still muat lettew..

okbye.

Monday, December 31, 2012

muna pegi pengilan!

hari ni hari terakhir bagi tahun 2012...rasanya macam baru minggu lepas aku buat azam untuk tahun 2012..ececeh..azam lah sangat, belum tercapai pun..tapi aku dapat hadiah paling best, yang tanpa dirancang..it's muna ;) Alhamdulillah ..

semalam ada majlis kenduri kawin lagi (pengilan), aku suka pegi kenduri kawin..hehe..last time pegi muna tak ikut sebab dia still so kecik! ade ceritanya kat entri ma, muna nak ikut!

so semalam konfiden je aku bawak muna..kakak2 ipar pun ada, so ape nak risau kan? tiba kat khemah tempat orang makan tu, hari pun mula panas..aku rasa macam bukan panas pagi lagi dah, macam tengah hari je..berpeluh2 aku..tapi pakai payung la. aku mula risau..muna maintain lagi masa tu..tengok2 orang..besar mata dia..

tiba-tiba time aku pegi kat mak pengantin untuk bagi sampul surat yang berisi duit tu, muna dah start menangis! sebab masa tu orang lalu lalang, keluar masuk..maybe dia tak selesa dengan keadaan orang yang ramai dan hari yang panas! maybe gak dia nampak orang ramai tu macam alien dan predator...haha

so aku buat pit stop kat rumah nenek pengantin tu..fuhh fuhh masa ni memang aku dah bermandikan peluh..pastu bila muna dah tenang skit aku try bawak keluar lagi, tapi dia takmau jugak. waa! camne ni?

nasib baik jiran sebelah rumah pengantin, (saudara mara family papamuna jugak) panggil aku bawak muna pegi rumah dia..haa..lega sikit aku...muna pon kat dalam rumah tu ok je dia. tak nangis pun..ye la rumah tu ada baby boy yang tua 25 hari dari muna..suke le tu...ahaha..muna dapat angpau lagi... \(^_^)/

so kitorang bergilir2 lah makan. pendekkan cerita, cubaan muna pegi pengilan turned disaster! haha.sorry lah, takde gamba, tepon aku hilang...papamuna punye keje...haruslah dia ganti dengan yang baru~ tapi takpe, klu korang rindu kecomelan muna, jom kita skodeng muna time dia nak mandi, aku bagi nama video ni 'gediks'. tengokla to find out...ngehehee (masa ni muna baru 2 bulan)



"making definite attempts at socialising"?

mama dah awal2 dedahkan muna dengan orang sekeliling..ramai sekaligus pulak tu '(-.-). aku perasan jugak masa pegi checkup 3 bulan tu, masuk2 je klinik muna nangis tengok orang ramai..tapi sekejap je la nangis dia tu.

siannya muna, mama should do it slowly kan?

Friday, November 16, 2012

ma, muna nak ikut!

lama pulak rasanya meninggalkan blog ini, walaupun baru 2 hari...yelah, lately kan aku banyak buat post..hehe..banyak yang nak diceritakan, tapi terbatas oleh masa..takpelah, i'll do it slowly..takde ape pun nak dikejar kan?

11 haribulan november yang lepas, aku pergi ke majlis kahwin...atau orang sarawak kata, pegi 'pengilan'..mula-mula ingatkan nak bawak muna, yelah, dia kan tak pernah keluar rumah lagi kecuali pegi ke klinik...lagipun rumah orang kahwin tu sekangkang kera je...

bila dah pakaikan baju gaun kat muna, rasa macam kesian pulak nak bawak dia, surely cuaca tengah hari kan panas...lagipun leher dia masih belum keras...kang terhayun2 pulak kepala anak aku ni...lol..muna belum masuk 2 bulan pun..lagi 3 hari (pada masa tu la).

sory sayangku muna, untuk kebaikan muna, mama terpaksa tinggalkan muna dengan papa. papa dah pergi pengilan dulu...so kira kitorang bergilir la jaga muna...

simple but nice. red colour fav ibu si pengantin lelaki..i know that for sure
ingatkan pegi nak makan je, ntah macam mana kaki ni melangkah ke dalam rumah, nak tengok pelamin...pastu, alang2 tunggu pengantin sekali lah..haha..risau jugak muna tinggal kat rumah, tapi takpe, papa dia ada..

alololo cian anak mama ni
sampai je kat rumah, terus peluk muna..drama sungguh, padahal kau dah bersuka ria, baru ingat nak balik...hehe..

misi bawak muna keluar rumah dah jadi mission impossible.

mama owe u one sayang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...