Showing posts with label confinement. Show all posts
Showing posts with label confinement. Show all posts

Sunday, October 28, 2012

rasa itu telah pergi....

saje je letak title ala2 indo song..sebenarnya aku nak cerita pasal rasa sakit setiap kali lepas bersin. sejak aku kena cesarean dulu, bila bersin je mesti rasa sakit. macam otot-otot kat sekitar rahim belah kiri tu tegang ke tersimpul ke aku pun tak tau. tapi sakit sekejap je..heran jugak aku, boleh terpikir kot-kot doktor tertinggal kapas ke gunting ke (over kan) masa operation dulu.. tapi aku ignore je..

sampai masa aku pregnantkan muna, rasa tu still ada. risau tu risau jugak lah. tapi what can i do...i kan penakut. so nak dijadikan cerita, lepas aku bersalin haritu, rasa macam lain dah. rasa macam 'clear' je dalam perut. syukurlah takde ape2 lagi..

lupa pulak aku nak mention kat sini, masa habis pantang haritu, bidan aku ada urut satu badan...memang best lah..tapi aku ni penggeli..masa dia urut perut tu (bersengkak) aku geli tak ingat punye..so dia pun tak berani nak urut sangat, takut aku kejang otot pulak..rugi betul..lepas berurut, aku mandi air daun..aku tanya dengan bidan, daun apa ni, nilah daun sembung..dia cakap daun ni baik untuk buang angin dalam badan..

pic googled

bidan aku ni bukan orang lain pun dengan family papamuna...kitorang pun have one thing in common...sama-sama menjahit. so bila aku takde barang jahit, macam jarum mesin ke minyak ke, boleh la mintak kat dia kalau tak sempat nak pegi kedai..sangat lembut orangnya, suka senyum. teringat pulak pernah terkantoi masa dalam pantang lepas cesaerean dulu..baru seminggu, dah keluar makan kat tempat open air, tanpa ada apa-apa untuk menudung kepala..dan bidan aku ni dengan keluarga dia betul2 depan meja aku dengan papamuna..dia tegur,takut aku meroyan..nasib baik dia tak repot kat mil..u see, baik kan? haha

oh maafkan saye ;p

Monday, October 22, 2012

my 39 days

malam ni malam terakhir aku berpantang selepas kelahiran Muna Dailili..kenapa 39 ek? bukan 44 hari ke? aku ikut adat belah papamuna, ada 45 hari atau 39 hari, tapi never 44 hari..ambik nombor ganjil..entahlah kenapa..

aku berpantang ikut cara kampung..sebab mungkin terpengaruh dengan kakak2 ipar, (diorang cakap kalau telan pil, lambat serap..etc..) dan mungkin juga ubat modern agak mahal..aku tak survey pun tapi i heard it would cost u around rm400? with all the preparation for barang-barang baby dan raya, bajet pun lari..hehe so aku order je ubat-ubatan kampung dengan seorang orang tua kat kampung ni (masa 7months pregnant), dan tak mahal pun, cuma rm200. ok sesiapa yang wonder cara berpantang orang melayu sarawak, inilah dia versi simple:

Monday, October 15, 2012

Muna's first month checkup



pagi tadi ada checkup kat klinik kesihatan untuk 30 hari berpantang dan untuk injection baby 1 bulan..awal pagi aku dah hantar kad mengandung dengan kad baby kat kaunter. lepas tu nurse panggil suruh check hb kat makmal pulak..bawak sekali kad mengandung tu..nombor pun nurse dah bagi. so after check hb, aku pun pegi la menunggu kat bahagian ibu dan anak tu..tunggu punya tunggu...jam dah menunjukkan pukul 12:00 tengah hari..biar betik diorang ni..aku dah datang awal kot. kenapa orang lain datang kemudian pun dah masuk dulu?

pastu nurse kat kaunter pendaftaran tu panggil nama aku, dia tanya kenapa tak hantar kad mengandung tu kat dia..so selama ni, kad baby still kat kaunter pendaftaran..pfftt. due to misscommunication, masa aku dah terbuang..masa nurse tak terbuang la, sebab memang tu keje diorang. kenapa la nurse tak bagitau kena hantar balik kad tu sebab aku fikir nombor pun dah dapat, tinggal nak tunggu kena panggil je.

tak suka ok.

berat muna sekarang 3.7kg, naik almost sekilo since birth..ok la tu muna asalkan jangan turun je k sayang ;)

berat mamamuna pulak? believe it or not..turun la~ sepanjang pregnant berat bertambah cuma 4.6kg..turunnya 7.1kg! so sekarang aku 2.5kg lebih ringan dari sebelum pregnant! tapi kalau nak slim, banyak lagi nak kena turun ni  (◡‿◡✿)



Wednesday, October 10, 2012

beauty sleep no more ;p

Jam menunjukkan pukul 2:41 am..baby dalili tengah dibuai mimpi indah (ye ke? hehe) bapak dia pun sama..time macam ni sepatutnya aku tido..tapi apa lah yang aku buat tak tido2 lagi ni? 

Dalili selalu berjaga malam mintak susu, aku pulak selalu online malam2 sebab pagi aku malas nak online..so selalu hari siang aku curi2 masa untuk nap. hehe dalam waktu berpantang macam ni tak banyak benda yang boleh kita buat..nak menjahit pun tak boleh...kalau ikutkan aku, redah je lah, sebab so far rasa luka epi tu dah baik, badan pun rasa ok..tapi jangan la..

kiranya sekarang ni sleeping pattern aku dah berubah, good bye beauty sleep ;')

kadang2 saja je kacau dalili tido, aku angkat dia dan cium-cium pipi dia. tapi dia tido lena..so dia tak sedar kot kena cium ;P sesekali aku dengar dia kentut..eh banyak kali kot..aku pun tersenyum sorang2..

gambar sebelum tido, good nite mama, good nite papa ;)

Wednesday, September 26, 2012

Day 12


hari ni umur muna dalili 12 hari...so far she has been a good baby, Alhamdulillah..sayang anak mak ;) maknya pulak apa khabar? haha good question...anak tudung ntah ke mana, stokin ntah ke mana..nasib baik ada MIL yang rajin ingatkan suruh makan ubat berpantang..masih berbekung..ya allah is, tolonglah disiplin sikit...kalau kau tak jaga badan kau sendiri, siapa lagi nak jaga? huhu

sekarang ni, baby muna dan bapaknya tengah nyenyak tidur..memang bahagia rasa tengok dua-dua buah hati ni tidur...kalau dulu suka tengok papamuna tidur..siap ada satu folder gambar dia tengah tidur..haha mahal tu! Memang some people have weird hobbies..hehe..sekarang ni tambah lagi sorang buah hati...mana tak hati mama ni berbunga-bunga.. (^__________^)
despite being tired plus sleepy caring for the baby, tapi semuanya well worth it. Sangat.. ;))

btw, kelmarin simcard aku rosak..tak tau kenapa tiba-tiba cip tu kembang..bila masuk dalam phone, tiba-tiba tertera “simcard not inserted” macam-macam hal je..dah banyak number aku tukar..malas nak gi maxis centre, beli je sim baru habis cerita. At the same time aku tengah tunggu bestie aku si mimi tu beranak..bila log in fb, rupa2nya dah deliver semalam..25 september 2012..a cute mini mimi (a baby girl), maybe dia ada sms aku..too bad, simcard rosak..dah sms dia tapi belum ada jawapan..tak sabar sangat nak tengok anak mimi ;))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...