Showing posts with label sharing is caring. Show all posts
Showing posts with label sharing is caring. Show all posts

Tuesday, November 10, 2015

Tips Membeli Running Shoes

Assalmualaikum

Hai korang.

Hari ni aku excited sikit. mood nak shopping je. aku nak cari kasut untuk aku pulak. Ye lah, asyik beli kasut muna je, maknya nak jugak kasut baru! Teringin nak beli Running Shoe..yes, i really mean Running Shoe for Running! hee


Nak pilih jenis kasut sukan atau running shoes terbaik bukanlah perkara yang mudah lebih-lebih lagi kalau korang merupakan seorang pelari professional. haha. Untuk prestasi larian yang baik, korang memerlukan sepasang kasut larian atau running shoes yang betul-betul sesuai untuk kaki korang tu. 

Jom tengok beberapa tips berguna untuk pembelian the best running shoes;

1. Tapak Kasut

Pertama sekali, korang kena pilih kasut yang mempunyai bahagian tapak kasut yang benar-benar berkualiti dan mempunyai daya cengkaman yang kuat. Tapak kasut yang tidak berkualiti akan menyebabkan ia cepat haus dan membahayakan keselematan korang, okey?

2. Material

Tips kedua, please ambik tahu jenis material yang bersesuaian dengan jenis latihan korang. Dan pastikan kasut tersebut diperbuat daripada material yang berkualiti untuk menjamin jangka hayat kasut yang lebih panjang..gitu.

3. Lebar

Haaa, kenapa lebar kasut penting? Ini adalah untuk mengelakkan daripada kaki korang melecet. Terutama sekali bahagian hadapan kasut yang sempit boleh menyebabkan jari kaki korang melecet teruk. eeek tak nak!

4. Fleksible

Pastikan kasut tersebut cukup fleksible dan tidak terlalu keras untuk dipakai. Ia boleh menyebabkan korang berasa kurang selesa ketika memakainya dan mencederakan kaki korang yang comel tu.

5. Saiz

Sentiasa membeli kasut yang mempunyai saiz bertepatan dengan saiz kaki korang. Jangan pakai kasut bersaiz terlalu kecil atau terlalu besar. Ingat~ ukur saiz kasut di kaki sendiri!



6. Rekaan

Dan yang terakhir, pilih kasut dengan rekaan yang menarik. So, korang boleh pakai kasut tersebut untuk acara kasual yang lain. 2 in 1 tau..



Ok. dah tau kan cara nak pilih Running Shoe terbaik? dah klik ke belum link kat atas tu? we all know that online shopping is the best. Let's go shopping with ease ;)

Thursday, December 5, 2013

[Petua] bawang putih dan ikan goreng

hai korang..ini namanya entry warming up. cerita pasal ikan pon jadi la. aku nak kongsi petua menggoreng ikan supaya tidak melekat pada kuali...ya... kalau taknak melekat guna lah nonstick pan...kan..tapi petua ni pun boleh guna untuk menyedapkan lagi ikan goreng korang tu..percayalah~ 

gambar tak boleh blah, hangus ikan kau senah~
ni aku khaskan untuk member2 seperjuangan yang cukup urban untuk tidak tau petua ni...credit goes to calon adik ipar (calon jer belum bakal lagi, sebab ada ramai...hahaha) yang bertandang ke rumah dan sambil dia tolong masak, sempat aku ceduk ilmu ni dari dia.

ok let's jom

step 1 : ambik bawang putih seulas, buang kulitnya. ketuk2 manja..sampai pecah sikit
step 2 : panaskan minyak dalam kuali..dah panas campakkan bawang putih tadi..perlahan2 ya!
step 3 : biarkan bawang stay dalam kuali dan gorenglah ikan seperti biasa
step 4 : siap~ ikan yang digoreng tak melekat dan rasa lebih sedap..
step 5 : bawang putih tadi dah hangus pun, sila buang ye, jangan dimakan pulak ;p

************************************ 

cerita pasal ikan...ini yang berlaku tengah hari tadi

okeh...aku makin confuse sekarang. 
rupanya, aku patut confuse antara tongkol dengan tenggiri, 
bukan tongkol dengan sardin...
sebab sardin jauh beza okeh. 
ni my mil la ni duk sebut sardin besar, sardin besar 
aku terikut pulak..tenggiri la kot
haha salahkan orang pulak.
aku dah edit status aku tu kepada 'tongkol atau tenggiri'
this is sooo embarrassing. 

ini tongkol. (image googled)

ini tenggiri (image googled)

dan this, my friend, is sardine..(image googled)

kalau nak senang boleh tengok part ekor..jauh beza
lepas ni tak payah nak jadi bimbo pegi pasar
pastu tanya "bang ni ikan ape?"


graduan sains akuatik katenyer......
looong sigh. everyday is a learning process.

Wednesday, July 24, 2013

the mall next door

kalau korang perasan aku pernah buat entri pasal new place to shop pada 15 april yang lepas..aku cerita pasal pembangunan kat samarahan ni, tempat aku bermaustatin sekarang..hehe

aku ada mention pasal mall ni, and it's great news for me sebab mall ni dah open! dah berminggu2 dah pon..lambat update :P hehe, tapi bad news, aku ni sentiasa kering...camne nak shopping?? huhu...window shopping je la dulu..yang penting ianya dekat dengan tempat tinggal aku, senang aku nak merewang..bukan rewang masak ramai2 tu ek, tapi lebih kepada merayau takde sebab..heheh

sorry bad quality image..pakai camera phone cap ayam jer ;p
ohh..just look at this view:

taken from thesummermall.com
banyak lagi belum complete, cant wait for the summer lagoon. gsc..ape lagi ek...

dont dissappoint me okay mall next door. 

Wednesday, June 12, 2013

[Petua] melembutkan daging dalam masakan



Assalamualaikum..dah masak? 
Ape lauk hari ni? 



Today aku nak share satu petua untuk melembutkan daging dalam masakan..biasalah, daging kan liat..kalau yang mahal tu maybe takyah kot guna petua ni..hehe..



Anyways, simple je sebenarnya. Tambah batang tebu..buang la dulu kulitnya ya. Ada kawan aku guna untuk ikan jugak. Jadi lembut isinya katanya.. 

Dalam gambar tu sup tulang daging..

jom kita try~

Thursday, January 24, 2013

[ S.I.C ] tips segarkan kulit kepala

hello.....banyaknya nak dibebelkan, tapi masa tak ada. tak seperti selalu, asyik muka ni je update blog kan?

orait. hari ni aku nak share satu lagi tips yang aku sendiri dah tried n tested. berkesan jugak. kalau korang jenis yang cuci rambut tiap-tiap hari sebab kalau tak cuci sehari rasa berminyak je, tips ni memang sesuai. lagi2 yang macam aku ni, bukan je sekali sehari, tapi tiap kali mandi kalau tak cuci rambut rasa macam tak selesa je. tak segar. pulak tu, rambut jenis hutan hujan tropika, stok susah nak kering dengan cepat, sepenuhnya.

tapi yang tak best nya kalau kita kerap sangat cuci rambut dengan syampoo, conditioner, treatment etc3 tu...maknanya kita mendedahkan kulit kepala kita pada bahan kimia lah kan? hurm...dont like, dont like.

so kadang2 tu boleh la cuba alternatif yang lebih semula jadi. tadaaa~

pic googled



caranya:
cuba korang masa mandi tu ambik limau nipis 2-3 biji, belah dua. pastu pada rambut yang basah, korang perah limau tu. pastu gosok2 di seluruh kulit kepala dan korang akan rasa kesegaran yang serta merta! ok excited lebih..jangan lupa bilas bersih2 ye ;P

macam biasa, ini cara simple aku je, actually tips ni ex-jiran aku yang amalkan..ntah2 korang dah bertahun2 pun buat..tak kisah la kan..kalau nak explore lebih banyak pasal limau nipis dan khasiatnya, sila tanya pokcik gugel ye.

Sunday, November 18, 2012

[S.I.C] petua menghilangkan selsema bayi

semua orang mesti tau kan, annoying giles bila terkena selsema. lagi2 bila hidung tersumbat. rasa macam nak cabut je hidung letak kat tepi, bila dah okay, pakai balik..tapi in an ideal world that we live in, benda-benda macam tu hanya berlaku dalam imaginasi korang je..tak pun, dalam mimpi. haha

tempoh hari, sebelum bawak muna pegi klinik, aku dah pun terkena sakit tekak dan selsema. lepas makan rambutan yang belum masak, terus kena. ntah apa2 je. (salah rambutan lah ni..hehe) so dah telan pill selsema sebiji, kurang sikit la the next day tu.

tapi sepanjang tu, masa aku handle muna, risau jugak kalau berjangkit.

yang aku risaukan tu jugak lah yang terjadi..malam lepas kena injection muna demam, malam esoknya tu hidung muna berhingus..kira kena selsema lah..apa nak buat ni..aku tau ada alat nak sedut hingus baby ni..macam dalam gambar kat bawah ni..kalau ada, memang aku dah sedutkan dah..masalah nya takde..

alat menyedut hingus bayi (pic googled)
yang ni pun sama, tapi guna mulut mak..hehe (pic googled)


bila my mil tau muna kena selsema, terus dia suruh papamuna cari kunyit hidup, kapur dah ada.. dua benda ni boleh hilangkan selsema baby..aku tak kisah lah apa pun, asalkan selsema muna hilang..

pakai kunyit hidup ya kawan2, tak payah ko nak pakai kunyit serbuk

caranya, ambil kunyit hidup buang kulit dan hancurkan..campurkan sedikit kapur, tak payah banyak sangat..gaulkan sampai jadi pes macam masker tu..kalau keras sangat campur 2 titis air panas..be creative lah korang. sapu pada batang hidung dari atas sampai bawah..bacalah selawat tiga kali..nak baca apa pun boleh, ikut kepercayaan korang, my mil tak suruh baca pun, tapi aku baca je. aku berdoa jugak supaya selsema muna hilang..aku tak sanggup lah tengok dia bernafas tersekat-sekat macam tu..

syukur, selsema muna makin kurang, esok pagi tu tengok dalam hidung muna memang clean and clear!

tima acih mama, muna dh tak selsema lg ;)


alhamdulillah..kalau ada petua lagi nanti aku share lagi. ok

Friday, October 19, 2012

[S.I.C] awet muda dengan daun sirih

masa tengah menulis ni, aku masih dalam pantang sebenarnya. hari ni hari ke 36. baru hari ni nak share. maklumlah, ai is bz dengan muna ;P..masa baru-baru dalam pantang hari tu mak mertua ada pesan, pagi-pagi bangun tido ambik 3-4 helai daun sirih (suka hati la nak banyak mana), ramas-ramas dalam air dan air tu buat untuk cuci muka..haa, tak payah pakai cleanser mahal2..sesungguhnya air sirih yang semula jadi dan segar ni lebih berkhasiat..sebab tak ada bahan kimia kan. common sense.

macam ni lah rope daun sirih untuk kawan2 yang xtau..hehe. pic googled.


ada jugak orang rebus daun sirih untuk dapat airnya, ditumbuk dulu sebelum tambah air panas..macam-macamlah caranya. tapi tau-tau jelah aku ni tak berapa nak rajin..hehe. terpulanglah pada si pengamalnya..kalau nak tau banyak lagi info pasal sirih, sila gugel k, jangan malas ;) ok bertemu kita lagi dalam entri lain S.I.C..daaa


Wednesday, July 11, 2012

[S.I.C] kebaikan beristighfar untuk ibu mengandung

pic googled
Satu hari tu, aku lepas solat, tetiba je FIL aku pesan, setiap kali lepas solat amalkan beristighfar untuk kebaikan aku n baby. aku pun tak banyak soal dan terima pesanan dia. beberapa hari lepas tu sorang kawan papaluna ni pesan gak kat aku, waktu-waktu  macam ni, (bulan dah banyak) amalkan beristighfar selalu…dia seorang yang selalu merawat orang yang ada sakit-sakit yang doktor tak boleh nak diagnose. so again, aku tak banyak soal dan terima pesanan tu juga.

bila ada kesempatan, aku pun google lah fadhilat beristighfar ni. kalau diikutkan memang beristighfar tu bagus untuk sesiapa sahaja sebab bila kita beristighfar maka dengan rendah hati kita mohon keampunan Allah s.w.t..apatah lagi untuk ibu mengandung yang bakal bertarung nyawa untuk lahirkan seorang manusia ke muka bumi ni.

pic googled

pic googled

Moga urusanku dipermudahkan, dan sentiasa berada dalam redha Allah s.w.t. sebab sebagai manusia aku sedar aku banyak buat dosa. astaghfirullahalazim...

Satu lagi pesanannya, amalkan makan buah epal merah…kalau dapat setiap hari sebiji..insyaAllah aku akan usahakan..kalau sesuatu tu baik untuk kita tak salah kalau kita amalkan kan?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...