Wednesday, September 11, 2013

11 months old muna

3 hari je lagi muna punya birthday...tapi hari ni muna still baby yang 11 bulan lebih, rasanya tak lengkap kalau aku tak share perkembangan dia macam yang aku slalu buat, hehe

punya lah susah nak suruh budak ni tido, terpaksa hire pelakon tambahan...hehe


let's go straight to the point je lah:


  • belum pandai jalan, tapi dah bertatih
  • dah tumbuh gigi, yay~ finally, dua batang kat bawah
  • semalam, geli hati aku tengok dia tengah suap diri sendiri dengan air putih, pastu air menitis, dia ambik pakai tangan dan letak balik air tu dalam cup, macamlah air tu seketul2 boleh dipegang camtu..berulang2 dia buat dengan muka bersungguh2..hihi
  • mama tengok muna ni memang kalau nak buat sesuatu tu selagi tak dapat, jangan harap dia nak berhenti buat..jangan stress2 ok sayang..
  • rambut dah panjang skit tapi still nampak pendek sebab dia bergulung2 kat belakang, kat atas lurus..
  • suka belek2 buku..pegang2 pensel, pen...suka aku tengok dia atur part hujung mata pen atau pensel tuju kat atas kertas.. 
  • suka makan coklat. tapi coklat buat perut dia meragam..paknek dia la suka sangat spoil muna dengan coklat..
  • suka show off skill naik turun kusyen keras yang diletak atas lantai
  • kalau ada masalah, rajin mulut dia panggil 'mak'...'mama'...kalau tak asyik sebut papapapa je
  • sebelah kaki dah pandai naik atas kerusi, tapi kalau tinggi sangat tak dapat..haha
  • pandai tekan tepon papanya nak on lagu..sebab senang, tekan button besar 2 kali, kalau tepon touchscreen mama memang fedup la dia sebab tak reti tarik lock kat tepi..hihi
  • dah pandai makan macam2...suka makan kismis..
  • waktu tido makin lambat...pukul 9-10 malam camtu baru nak tido..
  • mata alert betul, kalau mama sorok sesuatu mesti dia nampak, belum sorok lagi laju je mata dia tengok tangan kite...huhu
  • suka menjerit, tapi kalau orang call nak cakap dengan dia, dia diammmm je
  • suka kacau orang mengaji, kalau kita sebut alif, dia sebut ba,  tapi memang dia taknak sebut alif..pernah 2-3 kali je dia sebut..
  • dah faham sikit cakap orang...kalau sebut cicak dia tengok dinding, kalau kata hello, dia letak tepon kat telinga..kalau tanya dia mana 'koloi' dia akan cari bff dia si paci tu..
  • sekarang dalam fasa suka imitate apa orang buat n cakap...mama ke behaveee
ok, setakat ni je la yang aku ingat..



kalau demam tak elok tutup2 sangat camni, yes i know..saje2 untuk tujuan bergambar..heheh

bunny in da house yo~

kamek sik mauk jalan dolok...sik mauk, sik mauk lahh

suka coklat, macam mama dia, nantilah tunggu muna besar skit, baru makan lagi ek.. no more choc for the time being

video muna main 'laptop' dia..ni memang betul2 main, lain2 masa, dia hempas2 je...



eh sebelum tu, ada iklan la pulak korangs...muna kata dia ada nak cakap something la...sempat lagi tu kacau mama blogging...ha, ada apa sayang?

hi pakcik2 makcik2 kawan2...nak tau tak hari sabtu ni hari apaaaa?

hari sabtu ni genap usia muna setahun...yeyeayyy~ muna nak hadiahhhh

uikss...kecik2 dah tau dengan hadiah...hahaha..muna nak apa? nanti mama usahakan...tapi tahun ni takde party tau..kita celebrate private2 aje...untuk kite-kite ajeeee...

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...