Tuesday, April 2, 2013

muna's 6 month checkup

macam biasa, dah nak hujung2 baru nak update pasal checkup kan...mana aci camni..haha..takpe ar at least ada update..

another hoodie yang mama buat, im addicted to hoodies! macam kena je dengan muna ;)

masa checkup 6 bulan ada jugak injection..tapi macam biasa je..apa yang bestnya ialah kena tegur ngan nurse, kenapa tak bagi makanan selain carbohydrate..aiseh, belum berani lah nurse..

nurse bagitau, boleh dah cuba bagi apa2 jenis makanan..cuba untuk dua tiga hari untuk tengok baby allergic ke tak, pastu boleh try jenis lain lagi..nurse ada jugak tunjuk kat aku gambar-gambar cara menyediakan makanan baby..biasa-biasa je...(tapi tu pun aku tak mampu nak buat huh)

sebelum checkup tu aku bagi cerel.ac beras m.erah tu dengan beras biasa je, buat bubur, takde campur apa2..heheh

perkembangan muna setakat ni (dah 6 bulan, 2 minggu, 5 hari)


  • berat naik 450g, masa checkup
  • dah pandai mengesot..pra-merangkak..(huhu ade ke?)
  • dah pandai duduk lama sikit tanpa sokongan
  • dah pandai sebut mama. dada, papa.bubu, yang sewaktu dengannya lah
  • tak suka barang yang dipegang kena ambik..walaupun diganti dengan yang lain, masa baru 6 bulan, ok je kalau diganti dengan yang lain..dah tau memilih eh..
  • pantang tengok mama pegang phone atau laptop, makin nak berebut dengan mama
  • sangat suka iklan selingan t.v3 atau j.om h.eboh tu, memang dia akan pay attention, habis iklan, dah tak lagi..
  • sangat suka bila papa buat dia menari tarian singa atau zapin, seriusly cute!
  • sebelum 6 bulan, dah tido meniarap..tengah2 tido pun boleh angkat kepala, mengigau ke?
  • masih suka menggaru-garu time menyusu..apa2 yang dekat..tangan mama ke, botol ke, baju sendiri ke..yang paling teruk, suka garu kepala, mata, hidung telinga, sampai merah2..
  • baru-baru ni suka angguk2 kepala..macam tegah dengar lagu rock..pelik betul sayang mama ni
  • bila dengar mama dengan orang lain berborak, tetiba je dia mencelah, dahlah suara kuat ;|
  • tak suka sangat makan, 3 kali kejadian muntah yang didahului bunyi macam tercekik.. rasa macam jantung nak gugur je mama tau ;(
  • tapi ada masa dia suka makan...especially lepas letih bermain..
  • suka berendam dan pukul2 air dalam besen
  • suka jolok2 tekak sampai macam nak muntah..
  • selagi tak ngantuk selagi tu taknak tido..bila dah ngantuk, kat mana-mana dan bila-bila dia boleh tido..huhu
  • suka muka kena tiup..dia akan senyum sampai ke telinga..
hmm..tu je kot dapat aku ingat sekarang ni..
















sukanya tengok muna duduk..hehe..pastu bila kita panggil munaaa...dia akan toleh pastu macam tak balance dan tumbang...

psstt, gud news sayang, 7 months takde checkup \(^_^)/

free lunch

last sunday kitorang pegi 'pengilan' a.k.a free lunch sempena pertunangan adik ipar kepada kakak ipar aku..faham ke? hehe



ini second time aku bawak muna pengilan, kali pertama tu, adik ipar kakak ipar aku yang sorang lagi tu bersanding..huhu faham ke? eh.

papepun, kali ni muna tak nangis langsung..walaupun bermandi peluh..yey~ maybe muna dah berani dengan suasana orang ramai..


gud girl, lain kali mama pakaikan gaun lah pulak eh..baju merah ni pun dah selalu recycle..tapi at least muna ada baju baru..sobs, mama pakai baju tahun 2009. dah dekat 4 tahun kot..

..nak cakap still muat lettew..

okbye.

Sunday, March 31, 2013

Side income ;')






Bila ada majlis kat kampung, aku rasa akulah orang paling bz. Hehe..(statement taknak kalah tu..)

But seriusly, aku rasa nak fengsan~ sebab waktu nilah orang nak ambik baju, tak kurang jugak orang nak alter baju..pendekkan, kecikkan, tambah ini, buang itu (kat baju la kan, takkan kat muka korang kot ;p)

Baju2 ala kaftan tu semua alter,baju melayu baby tu, kawan aku suruh gunting..dia jahit..side income gak tu..dan, aku baru je selesai jahit sepasang kurung moden kepunyaan kakak ipar..fuhh !(-_=)

Ni lah side income aku..dan aku suka sangat sebab at least aku boleh bagi perkhidmatan kat orang yg memerlukan..

Tapi satu je ar, esok majlis pertunangan orang, aku nak pakai baju apeee? Huu..tak sempat buat baju sendiri (T_T)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...