assalamualaikum..
first of all aku nak mintak maaf kat sesiapa yang ada mesej aku tapi aku tak reply. Fb n blogger kena block. line telefon satu bar pun payah nak dapat. ni pun guna email dengan gigih demi nak mengupdate blog kesayangan. hihi
aku rasa kalau betul2 korang nak contact aku, gunalah email. insyaallah aku takde halangan nak balas.
muna dah sihat sepenuhnya dari hfmd kali kedua. memang berair cacar dia. last post aku kate bintik2 merah je kan. dia dah besar sikit ni agak fobia dia tengok bahagian yang kena tu, asyik mintak tutup je. alaa sian anak mak. kelakar pun ade..haih.. aku tak tau la macam mane dia dapat sakit tu tapi dia kena masa kitorang cuti dan kat rumah my mil masa cuti CNY tu. doktor pun cakap dah macam wabak dah. banyak reported case masa tu. apa2pun syukur lah sekarang muna dah ok. maksud aku mood dia tu. kalau time sakit, bertabahlah mak dia ni.
ok back to cerita pasal banjir. kesinambungan entri yang lepas2.
sebenarnya banjir kat sini, kat tempat aku kerja ni tak lah seteruk mana..cuma air sungai je naik sebab dengarnya air hidro dilepaskan, jadi paras air sungai naik dan melimpah lah kiranya. sebab musim hujan kan hari tu (cerita sebelum cuti CNY)
gambar2 dari instagram jer. haha.. hp lama aku sedang dibaiki. banyak gambar ada dalam tu. takpelah ulang tayang sikit.
problem utamanya ialah banjir ni berkelompok. rumah aku tak kena, sebab tinggi sikit atas bukit. ni kat jambatan on the way nak keluar pegi town yang terdekat iaitu betong. tempat aku kat lubok antu. about 45 minutes drive sebab jalan tak elok dan sedang dibaiki. sobs.
Pernah sekali aku terpaksa jugak keluar nak beli paci muna. Baruuu je pindah, mane nak terfikir benda kecik macam tu..bila paci yang ade tu dah bocor (sebab muna suka gigit), dah jadi masalah negara pulak kalau tak beli baru..so kitorang tinggalkan kereta kat sebelum jambatan, redah air paras atas sikit dari lutut pastu menambang pulak dengan pakcik sorang ni. masa tu muna pun ikut. so dia pun merasa lah banjir walaupun tak kena setitis air pun. hehe.aku je yang macam hape je jalan2 kat pekan dengan seluar setengah basah..(dah gulung/sinsing seluar tapi kena jugak air, takkan nak sinsing seluar sampai nampak peha??haha)
alhamdulillah, setakat ni takde masalah banjir ni lagi, cuma kalau hujan tak berhenti tu agak risau la sikit sebab jambatan tu rendah sangat, mesti air naik. tapi sekarang ni kan musim panas. so ok lah.. tu je yang aku nak cerita..simpan sebagai kenangan terindah. haha
thanx for reading, till next entry, bye~
No comments:
Post a Comment
thanks for your comments (",)