Friday, April 26, 2013

[RESIPI] gulai lemak pisang muda


Salam jumaat..apa menu korang lunch hari ni? Yang ni sebenarnya lauk dah lama aku buat, just nak share kat sini sebab dia sedap tau. Hehe..dulu tak suka tapi entah macam mana tekak aku boleh terlayan pulak. Haha

Bahan2: pisang muda, santan, cili giling, bawang merah, serbuk kunyit, asam keping (sikit je), garam, gula dan perasa. Masukkan semua bahan dalam santan dengan api perlahan. Bawang pun hiris2 je..

Korang leh la tambah2 sikit, udang ke, ikan masin ke, daging ke..rencah dia pun sama leh tambah belacan ke, serai ke. Ape2 lah yang korang nak..aku suka dia simple camni je..ikut selera masing2 la kan..Makan panas2 dengan nasi dan sambal udang. Sedapnya..(^_^)

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...