Thursday, August 22, 2013

masam manis raya 2013


ada cebisan kuih kat tapi mulut muna, hihi


salam aidilfitri....hari ni syawal yang keberapa aku lost count lah pulak..yelah, bz sangat dengan macam3 keroje...(asyik2 bz...takdenya tak bz, nyampah noks)

hurm....cane nak mula ye? maklumlah, dah lama tak menulis..rasa kekok sikit ;P

mengenang kembali entry raya tahun 2012 aku tu...rasa nak tergelak pun ada...kononnya next year nak prepare awal skit...hehe..tapi perbezaannya banyakkk sekali...jom kita tengok raya 2013 pulak..ok zasss

beraya bersama si comelku sayang

sapa lagi kalau bukan muna dalili...our precious..ni tahun pertama dia beraya sebab tahun lepas dia dalam perut lagi...best sangat sebab baru rasa ada family sendiri yang complete...walaupun dah nak masuk 5 tahun perkahwinan, raya kali ni paling ceria :)

hi korang, saya lah precious one mama n papa tuu ;)

si muna ni suka sangat3 dengan popia serunding..dia hisap sikit2 dan kunyah pakai gusi sebab gigi dia belum tumbuh lagi di usia 11 bulan ni...ada 2 kali tu terpaksa kitorang korek mulut dia pakai jari sebab dia duk perap popiah yang dah setengah tu dalam mulut dia..tapi dia tak telan...fuh nasib baik..

tengok muna genggam apa kat dalam tangan dia tuu?


eh ni popia ke? aku tengok macam gelendung benang pun ada

nyam nyam nyam
sedapnyaa popiah serunding nih

tengok ni, sampai setengah muna makan

memang sedap sangat kot...


kat mana mama sorok popiah ni, muna nak lagi laaa


hurmm, kat dalam ni ada tak?

yesss dapat jugak popiah untuk hari ni

muna mempertahankan popiah bila kena marah dengan mama

nangis buat muka kesian bila kena marah..alahai anak mama ni..memang makin manja

tak kira dimana...di rumah orang pun, popiah serunding juga idaman kuuu

dari segi angpau pulak, not bad lah...kitorang tak berjalan raya sangat...sebab tak turns, bila my mil jalan, kitorang kena jaga umah, layan tetamu ;)

pergi menziarah kubur luna-luna



biasanya kat tempat papamuna ni orang akan pergi menziarah kubur pada pagi raya ke 2..kalau ikutkan pagi raya pertama kan? tapi aku ikut jelah, raya kedua pun, sebab dah rindu sangat nak pergi kubur diorang..papamuna yang jaga kebersihan kubur si kembar, pastikan sentiasa bersih, dan tanam bunga...al-fatihah..

baju raya ku sekeluarga

potret keluarga..sori kualiti gamba teruk ;(



cantik tak baju muna??? cepat cakap cantik. hehe


bab ni memang sensitip sikit ha...kiranya tema kitorang yang 'pertama kali beraya dengan anak ni' sebenarnya mint green...tapi tak sempat buat..arghh tensi mak..raya pertama tak jadi tema mint green. aku pakai baju purple corak tribal fishtail dengan kain duyung, muna pulak baju peplum coklat corak tribal yang aku jahit (i'll story later)..papamuna sorang je mint green..tapi bantai jek la, asalkan sume pakai baju baru ;)

tema ibu dan anak : tribal
raya kedua pulak kebetulan aku ada jubah hitam yang baru beli dan belum dipakai..then, aku jahitkan muna jubah warna hitam jugak (i'll story later)...papamuna pakai baju melayu hitam lama. heheh.

hari seterusnya kitorang-mix-and-match-macam-ada-ku-kesah ~

nasib si tukang jahit

kebetulan pulak iklan petronas tahun ni pasal tukang jahit yang bertungkus lumus menjahit menjelang raya demi mencari pendapatan lebih...huu real story tu tauu..

tahun ni memang menggila orang hantar baju, tapi yang buat aku geram tu, ramai yang last minit..aku dari awal dah kata kat 'regular customer' aku, anta baju awal2 nanti sebelum bulan pose aku dah tutup tempahan..tapi dah nama pun regular customer, dia peduli apa, dia antaa jugak last minit.. aku siap cakap "kalau saya kata jangan hantar akak tetap nak hantar jugak kaannn??" huhu..

pastu, ada pulak golongan2 customer yang hantar baju2 raya diorang beli untuk di alter, potong dan kecikkan kaki seluar jeans la, pendekkan jubah la, kecikkan pinggag baju la, kecikkan ketiak la, kecikkan baju melayu pun ade..haihh, jadi masa aku dah banyak terbuang di situ...maybe aku memang baik hati tak kena tempat kot? nasib baik baju melayu awal2 aku dah bagi tender kat kawan seperjuangan aku, si eylot.

masa ni 5 pasang dah siap, tinggal 6 jee lagii baju melayu untuk dijahit


malam esok nak raya hari tu, kitorang bergabung tenaga..aku menjahit, my mil iron, dan papamuna pulak snip2 benang..aku cakap kat dia "bang, nak tak nak abng kena jugak belajar menjahit atau gunting kain..nanti dapat abng tolong sayang banyak sikit" huhuu..malam sebelum tu, aku berjaya jahit 7 pasang baju kurung serentak..gila tak gila? haha...muna? muna my fil temankan dia tido..alhamdulillah di saat2 aku perlu, ada je bantuan datang..sebab sepanjang aku menjahit tak putus2 aku berdoa "ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah urusanku" tak putus2 aku berdoa...huhu

raya tahun ni aku supermom <3

yang ni memang berbeza lah dengan tahun lepas kan...aku start kerga menggunting kain since muna 4 bulan... aku pegi keje dan balik keja sesuka hati...kadang2 tengah hari baru aku turun keje, pulang pulak petang dalam pukul 5:00 pm-6:30pm macam tu la. so agak flexible skit.

lepas tu, kat rumah, aku sambung lagi keje...iaitu keja aku sendiri (leh tak aku nak imagine ada opis di rumah lengkap dengan meja, pc, kerusi empuk dan aircond)..kat rumah aku jahit barang customer aku sendiri..

at the same time aku ada muna untuk dijaga..papamuna pun bz gak kat warong depan umah dia (later aku story)..tapi syukur, bila ada masa, dia memang banyak membantu gak..layan kerenah muna yang makin membesar..

boleh dikatakan, behind a supermom, there's a superdad. gituuu..

berjalan raya..yeay!


masa ni lebih kepada pegi shopping kot, sebab tak naik umah orang pun..hehe

ni last sekali pegi umah kawan papamuna (mix n match)

ni tema ala2 rocksteady pegi umah moyang muna..dekat je..

masa ni nak pegi mandi kolam tapi tak jadi



lepas geram tahun ni, raya pertama kitorang dah berjalan jauh skit...pergi kampung kawan aku dan kawan papamuna..best jalan first raya...kalau ikutkan aku ni memang tak suka duduk rumah je..hari biasa pun macam tu..so, bila papamuna ajak berjalan..aku ON je..haha..

raya kedua kitorang jalan dekat2 je belah malamnya...kitorang nak jalan banyak rumah..tapi muna tak bagi, dah masuk waktu tidonya pun kot..then raya seterusnya aku tak ingat, yang aku ingat ada gak kitorang jalan2 lagi...

dapat duit raya

tahun sebelum ni mana ada duit raya...tahun ni je dapat...haha jangan nak over okey...tu duit anak bukan duit kauuu

shopping sakan


masa ni tak bawak stroller...mmg kena bykkk bersabar dgn kerenah muna ni

main cak-cak dgn mamanye

untuk aku yang shopping 'setahun sekali' ni, kira sakan kot.....aku banyak beli baju untuk muna..lebih dari 10 helai kot. best gila shopping barang budak ni..sebelum ni aku jahit je baju dia..kalau tak jahit pun pakai baju2 lama kazens dia..

as for aku dan papamuna ada la jugak beli barang sendiri sikit2..biasa2 je..sambil shopping sambil berangan "ni kalau ada rm3k memang best nih, eh, rm10k kot baru cukup, nak beli ipad, iphone, handbag, kasut lalala~"

------------------

dari segi persamaan pulak, masih ada perkara yang tak berubah...antaranya:



  • raya tahun kelima sebagai suami isteri masih tak ingat nak salam dan cium tangan papamuna di pagi raya..bila nak buat waktu malam, dia kata nanti jap, pastu masing-masing tak ingat lagi..huhu
  • still menjahit malam raya dan hari2 seterusnya...bz lagi dari tahun lepas
  • aku still banyak makan..hehe
  • still tak dapat nak buat baju baru untuk diri sendiri atau keluarga (satu tak cukup!) haha
  • firework makin menjadi2...meriam buluh jadi santapan tidur kitorang..$%*(#^%^
-----------------


"assalamualaikum...oo..tuan rumah, kami datang nak beraya"

uikss...sapa datang rumah tu? nak beraya kot?

alamak rumah bersepah lagi ish2 mama jom tolong muna 


ok..hurm lurus tak ni

eh eh macam senget je bekas kuih ni

putaq...putaq...

ha camni ok kot

lupa pulak nak tengok cukup tak kuih dalam ni

bunkface: anugerah syawal...seindah ramadhan...sempat tengok iklan feveret

ha...ok kot ni..semua cukup

eh mana tetamu tadi? 

haa makcik2 pakcik2 kawan2 jemput laa masuk yeaaa kita makan kuih!

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin daripada Muna Dalili dan Keluarga"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...