Monday, August 27, 2012

raya oh raya 2012

sempat gak ambik gambar firework masa malam raya ;')


sedar tak sedar hari ni dah 9 hari hari raya ..tapi..kenapa aku tak rasa macam raya lansung? tu la, bak kata orang tua2, kita hanya mampu merancang tapi Allah swt yang menentukan..so aku hanya mampu merancang nak ini nak itu...tapi kesudahannya semua tak menjadi...takpela, raya kan setahun sekali, tahun depan ada lagi..hehe

tapi makan tetap makan..

rendang ayam, menu wajib

sayur campoqq

lemangss

nasi himpit, nyawa ku di hari raya

kuah kacang, pasangan nasi himpit


daging masak kicap powerr

antara kek lapis yg sempat aku tangkap gambarnya

kek buah, tak minat tapi setiap raya mesti ada
emm lazatnya..bukan aku yang masak makanan ni semua, kakak ipar aku yang masak. aku tukang makan je. ada pulak orang bagi hamper cadbury kat dia, dia bagi aku sebungkus besar yang hazelnut choc biji2 tu..bagai orang mengantuk disorong bantal..memang masyuk layan tekak.haha

ok tolak tepi cerita makan. kenapa ye aku tak rasa mood raya tu?



tak puasa 
tak larat la, since dah hujung2 pregnancy ni, as im writing,  3 hari lagi dah full term which is 37 weeks..hari tu pun berat turun 1.5kg in just 2 weeks..risau mak tau..doktor pun tanya aku puasa ke? kalau puasa berapa agaknya turun ye? ke naik? 

tak pegi kubur luna-luna
aku tak pergi bukan sebab ape, jalan nak ke kubur luna-luna tu berliku2 banyak akar kayu, tanah pun lembab, sangat tak sesuai untuk orang yang dah sarat macam aku ni...jeles pun ada bila papaluna pergi kubur..huhu takpe aku kirim doa dari jauh je.

takde baju raya
yang ni tak kelakar ok. seriously. sapa suruh ambik banyak tempahan..end up buat baju orang, baju sendiri tak terbuat..at first ingatkan,eh ni bleh tambah income ni...lagipun sebelum ni pun aku ada jugak jahit baju orang...tapi raya tahun ni memang dibuka untuk orang ramai gitu..haha kira first time ambik tempahan raya..rupanya ada beza menjahit untuk raya dengan tak raya..lagi2 menjahit kat rumah mil..sibuk dengan kerja rumah lagi...sebelum ni tinggal sendiri senang je bajet masa..takpe, lesson learnt. time tengah menaip ni pun masih ada lagi baju yang blum siap..tapi dari orang yang sama, yang hantar banyak pasang. so siap 2-3 pasang jadilah dulu kan.?

tak pergi berjalan raya
bukan taknak, bukan tak larat bawak perut ni...cuma aku still menjahit..padan muka..haha waktu-waktu macam ni, duit banyak pun tak dapat membahagiakan..so lagi sekali, padan muka aku..

tak bersalam raya dengan papaluna
selalunya kalau orang yang dah bersuami isteri ni, wajib untuk si isteri bersalam dengan si suami...yang aku ni pulak bleh lupa nak bersalam dengan papaluna, mintak maaf zahir dan batin...aku rasa banyak jugak dosa2 kecil aku kat dia..hehe tapi bukan tahun ni je lupa, tahun lepas pun lupa..ya rabbi..tapi kan...kalau nak minta maaf aku rasa tak perlu tunggu raya..betul tak? kadang2 bila dah buang tebiat ada je aku salam cium tangan dia dan minta maaf especially lepas solat..lebih afdal rasanya..sebab kita tak tau kot-kot tak sempat...tapi (ada lagi tapinya) bila bersalam time raya tu, macam lagi best la pulak..ala, belum terlambat kot, raya kan sebulan? eh tapi baju raya takde (T_T)

kamera rosak
semput-semput je tangkap gamba. dah banyak kali jugak jatuh..nak dekat dua tahun jugak pakai..tapi kenapa sekarang kau nak rosakkk?

ok. switch mode 60's jap







ade tak sape2 nak buat rumah terbuka lagi..rindu nasi himpit dan kuah kacang ;p till then, selamat hari raya maaf zahir dan batin..next year nak prepare awal sikit, insyaallah.  (>‿◠)✌

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...