Thursday, August 2, 2012

pelupa

hari ni ada checkup lagi kat klinik kesihatan...sepatutnya pagi tapi aku sendiri tangguh sampai petang so that papaluna bole keja half day dan temankan aku di klinik..

tiba-tiba (ceh) hp aku berbunyi..rupanya reminder..eh bila masa pulak aku ada set reminder? kalau hp papaluna tu banyak la reminder aku set, suruh jgn merokok, wajib bunyi kul 8 pagi setiap hari, suruh beli penyapu, french fries frozen tu (yes, mana bleh tinggal kentang), suruh macam-macam la, sabar je dia. hehe

ok back to the story, aku pun baca reminder tu..

Birthday papaluna…laaa macam mana boleh lupa! jgn tanya present, nak wish pun lupa..isk.

so cepat-cepat aku sms dan wish birthday dia...dah 29 dah umur hubby aku ni..tapi muka masih muda..aku yang kena giat pakai aging cream.

ha, last entry aku ada mention berat turun 200g. apa lah sangat..2 weeks after, which is today, turun lagi! 1.5 kg..kena refer ngan doctor untuk scanning...sekali doc takmo check sebab dia tengok aku punya gambar ultrasound kat klinik luar tu..follow date katanya. 37 weeks nanti baru doc scan.

macam mana ni..seumur hidup tak pernah pun turun 1.5 dalam 2 minggu. tapi aku memang kurang makan pun. kena start balik minum anmum la camni.

No comments:

Post a Comment

thanks for your comments (",)

My photo

"i'm still the same old me, loving the same sweet you"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...